Cerita " KuEss Idris " a.k.a. ROYAL BEAUTY BOXER (Muaythai Fighter)
Sekadar berkongsi dari pengalaman sebenar dan menulis apa yang lahir dari hati sebagai seorang Hamba ALLAH S.W.T. yang tidak sempurna Dimana Hanya menjalani kehidupan sebagai seorang Manusia biasa yang dipinjamkan segala nikmat dunia..
Sunday, September 7, 2014
Keris Pusaka berbunyi Nobat
Sunday, August 31, 2014
Luahan MERDEKA saya...
Alhamdulillah negara kita sudah capai kemerdekaannya yang ke 57 , syukur ya Allah..!
Akan tetapi hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca apa yang saya rasa saya perlu berkongsi kerana saya tidak suka menjadi munafik di depan orang ramai supaya di puji saya sempurna dan sebenarnya saya tidaklah sempurna mana pun..banyak2 sangat kelemahan dan keaiban diri saya ini...baiklah saya akan ceritakan sedikit demi sedikit apa yang sesuai...
Dari kecil lahir2 jer saya , saya sudah mempunyai wang iaitu harta peninggalan almarhum ayahnda sayalah apa lagi dan juga mempunyai pencen siasah seumur hidup di bayar kerajaan negeri sebagai ufti pada waris negeri (anak kepada sultan) tidak bergelar iaitu rm1k sahaja setiap bulan...dan untuk pengetahuan semua wang saya tidak pernah berkumpul kerana dari kecil lagi wang saya sudah dibelanjakan untuk perbelanjaan harian keluarga yang saya ikhlas dan redha dibelanjakan oleh arwah ibu saya kerana beliau tiada pendapatan lain dan tidak layak mendapat saraan dari kerajaan kerana arwah bukan permaisuri sulong yang bertakhta sebagai Permaisuri rasmi kerajaan yang bergelar...dan kerana itulah hidup saya tidak sama sebagaimana anak2 sultan yang lain kerana saya tiada pilihan lain asalkan tidak melihat arwah ibu saya menderita kesusahan akibat banyak kali kena tipu...Sebelum arwah meninggal dunia , beliau pernah pegang kedua dua tangan saya dan memohon maaf sambil airmatanya jatuh dan berkata "MAAFKAN UMMI KERANA PAKAI DUIT KAMU,UMMI SUDAH TIADA PILIHAN LAIN KERANA SEJAK BAPAK KAMU TAK ADA...UMMI KENA TIPU MACAM2 DAN KEHILANGAN MACAM2" adakah tergamak kalian membiarkan tangan kalian dicium ibu sendiri ? begitulah keadaan saya terkedu apabila ibu saya berbuat begitu pada saya dan lantas saya menarik tangan saya kembali dan berkata kepadanya disaksikan malaikat kiri dan kanan " MUNGKIN KUESS AKAN SUSAH HIDUP DI DUNIA TETAPI APALAH MAKNANYA KALAU HIDUP TANPA RESTU DARI IBU ? ,TAK PERNAH KUESS RASA MENYESAL PUN DAN KUESS SANGGUP SUSAH ASALKAN UMMI TIDAK "
Saya masih jelas ingat melihat wajahnya bagai sesal kerana beliau tahu saya akan hidup susah tapi saya yakin bahawa Allah tidak akan sesekali biarkan saya susah kerana saya ada doa ibu saya dan saya memujuknya supaya jangan susah hati...doakan saja saya....
Saya tidak mahu salahkan sesiapa bila saya ditimpa kesusahan kerana ada juga punca dari diri saya sendiri kerana banyak belanjakan wang ringgit ke jalan maksiat satu ketika dulu dan tidak bayar zakat seumpamanya...dan jelas apa yang berlaku adalah balasan Allah terhadap kesilapan saya...saya lupa dan alpa bila dipuji dan dikerumuni tetapi itu hanyalah dari orang2 munafik semata mata....nauzubillah minzalik tak sanggup lagi nak cerita bila mengenangkan kembali....dan saya juga banyak kali ditipu dan dianiaya dalam dunia perniagaan SAMPAI SEKARANG saya alaminya tapi saya redha dan sabar....sebab dalam jiwa saya sentiasa ingat ALLAH TIDAK ZALIM...ALLAH MAHA PENYAYANG DAN TENTU ADA HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN...Memang benar...saya sebelum ini banyak kawan dengan salah orang dan saya sungguh menyesal bila kenangkan dan sekarang Alhamdulillah hidup saya banyak berubah kerana saya sendiri memilih untuk berkawan dengan siapa saya mahu...dan jika kita bersahabat kerana Allah dan ingin menyelami kasih sayangnya..In shaa allah ada jalannya...saya syukur saya temuinya dan amat berbeza perjalanan hidup saya dari dahulu kerana sekarang setelah saya lebih manjaga waktu untuknya , lebih banyak ilmu yang saya perolehi dan lebih banyak sahabat yang suka bercakap mengenai Allah serta kebesarannya....Alhamdulillah saya syukur....
Bukanlah untuk bercerita atau hanya cakap pandai sahaja diinternet untuk buat kalian nampak saya hebat dan layak dipuji..tidak tidak dan tidak demi Allah...tidak.!! saya berkongsi keadaan hidup saya kerana saya pernah rasa derita sengsara pedih dan saya tidak mahu ia berlaku pada kalian juga sebab saya tahu apa itu semua...dan ingatlah pesan saya..kalau benar kita lakukan sesuatu kerana ALLAH...JANGANLAH UNGKIT ATAU SEBUT2 PEMBERIAN YANG PERNAH KITA BERI KERANA ITU PADA ZAHIRNYA KITA LIHAT REZEKI KITA TETAPI HAKIKATNYA JIKA KITA FIKIRKAN DENGAN TELITI IA ADALAH REZEKI DARI ALLAH YANG DIUJI DIBERI PADA KITA UNTUK HAMBANYA YANG LAIN...tidak kiralah siapa orang itu sama ada ia adik beradik kita , kawan kita , peminta sedekah sebagainya....
DEMI ALLAH SAYA PERNAH MENDENGAR SENDIRI RINTIHAN HATI SEORANG IBU bahawa ada seorang anaknya mengaibkan maruahnya depan khalayak ramai dengan menyebut IBU BANYAK HABISKAN DUIT SAYA DAN ITU SEBAB SAYA TIDAK ADA DUIT...Kerana sang ibu itu sendiri bercerita dihadapan saya satu ketika dahulu dan dengan hibanya jiwa saya , saya tenteramkan jiwanya dan berkata sabarlah puan....mungkin itu dugaan dari Allah dan jangalah puan menyumpah anak itu kerana hidupnya akan susah nanti jika puan murka dalam hati.....beliau akur dan senyum riang sambil memeluk saya dan mencium dahi saya selepas beberapa lama saya cuba menghalangnya dari mengeluarkan sumpahan pada anaknya ..Alhamdulillah saya syukur sangat2 kerana berjaya menghalangnya....cuma apa yang saya kesalkan dan teramat sedih bahawa anaknya itu pernah menuduh saya yang saya mengaibkan beliau dan tidak pernah ada untuk beliau..sedangkan tanpa pengetahuan beliau sayalah insan yang pertahankan dirinya dari dinista ibunya sendiri dan memujuk ibunya supaya tarik balik sumpahannya...DEMI ALLAH DAN RASUL saya lakukan itu tanpa pengetahuan sesiapa...cuma saya terpanggil untuk luahkan disini kerana saya terlalu sedih....
INI BUKAN MENGUNGKIT ATAU MENAGIH SIMPATI DEMI ALLAH BUKAN, Cuma ini adalah satu coretan dari hati saya untuk dikongsikan bersama....Hati kita ini akan bertindak menggerakkan minda kita mahu dari segi tindakan dan perkataan (HATINITU RAJA,DAN AKAL ITU MENTERI)...JIKA berdendam hati , maka ayat yang dikeluarkan akan ikuti selaras dengan minda dan jiwa.....JAUHILAH DENDAM kerana ia adalah pemusnah.....dan belajarlah ikhlas kan hati kerana Allah.. dekat blog mungkin siapa pun boleh tulis ikhlas dan buat yang lain nampak mereka ikhlas tapi tidak terhadap ALLAH...pada mata anda mungkin saya seorang idola dan ikon masyarakat ...tetapi saya masih banyak kelemahan dan keaiban terutama dimana tempat saya berteduh sekarang...Saya percaya,hari ini hari saya dan apabila tiba masanya hari saya ? DEMI ALLAH DAN RASUL SAYA BUKAN JENIS MANUSIA MEMBALAS DENDAM MAHUPUN SUKA AIBKAN ORANG LAIN APATAH LAGI MENGANIAYA / MEMFITNAH...saya tetap berprinsip sama...TIDAK AKAN SAKITI HATI INSAN LAIN SEDAYA UPAYA SAYA....Apa yang pernah saya beri atau bantu adalah ikhlas hatI kerana Allah..dan jika ditakdirkan saya mati pada bila bila masa...sesiapa yang pernah saya berhutang saya minta halalkanlah...jika sesiapa yang hutang dengan saya kalau tak sempat nak bayar dekat saya ,berikanlah pada golongan asnaf atau fakir miskin (begitu juga harta saya)....dan saya halalkan kalau tak.mampu...banyak lagi saya nak kongsi rasa sebenarnya , mungkin akan datang nanti yer...
Assalamualaikum WBT dan Salam kasih sayang buat kalian...
Tuesday, August 26, 2014
Pertubuhan kerabat pusaka merong wangsa Malaysia dimataku..
Assalamualaikum semua ,
sudah lama sangat saya tidak update kan ?
Baru tahu boleh rupanya update blogs melalui telefon dan apa lagi ? download terus la melaluI application kan...
Semenjak saya diangkat sebagai Penaung diraja oleh Pertubuhan kerabat pusaka merong wangsa Malaysia pada tahun ini , saya boleh dikatakan akan selalu sibuk dan mula aktif kembali dengan program2 yang di Jalankan...
semasa saya sedang menaip sekarang ni , saya sedang dalam perjalanan pulang ke kota kuala lumpur dari gurun kedah setelah selesai menghadirkan diri untuk mesyuarat pertubuhan bagi melantik ahli2 jawatankuasa di setiap negeri / daerah masing2 bagi menjalankan tugasan masing2 sebagai ahli berdaftar yang dianjurkan oleh pengasas iaitu Yang Dimuliakan Paduka Abdul Ghapar ( Abang Jebat ) Bin Dato Raja Abdul Majid..Beliau juga bekas juara dunia 5 kali dalam dunia persilatan dan beliau adalah anakda kepada pengasas mahaguru silat tersohor dalam negara dari Aliran Pusaka Gayong Malaysia dimana Almarhum ayahnda saya "Almarhum Sultan Idris Shah II" masih lagi dianggap dan diangkat mereka sebagai Penaung Teragong Gayong Malaysia...Alhamdulillah ia satu penghormatan..
Ramai yang tertanya tanya pada saya , Kenapa saya memilih / berkenan menerima diangkat mereka (Pertubuhan kerabat pusaka merong wangsa Malaysia) sebagai Penaung diraja ??? Saya sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana sebab nama MERONG MAHAWANGSA itu sahaja adalah satu mama besar dalam dunia sejarah ketamadunan melayu iaitu seorang Raja besar yang pertama kali mengislamkan diri baginda dan bagi saya , baginda adalah sesuatu lambang semangat juang serta sedikit sebanyak menjadi inspirasi pada saya....
Dan sejujurnya saya telah banyak perhatikan atau menhadiri jemputan dari majlis2 ngo pertubuhan melayu yang lain tetapi ada sesuatu yang saya jarang nampak pada ahli jemaah lain yang ada pada Merong ..apakah itu ??? jawapan saya ialah : KASIH SAYANG SERTA SIKAP RENDAH DIRI ANTARA SATU SAMA LAIN SERTA SIKAP HORMAT MENGHORMATI TERHADAP AHLI YANG BUKAN DARI KALANGAN MELAYU ATAU ISLAM....MEMANG JELAS BOLEH RASAI PERASAAN KASIH SAYANG SERTA HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN TIDAK MENGIRA BANGSA DAN AGAMA SETIAP KALI BERHIMPUN....setakat ini saya belum pernah lihat ada dikalangan sesama sendiri nak tunjuk siapa besar , siapa kaya dan berpengaruh sebagainya....itu yang membuatkan saya senang sekali....Tapi saya tidaklah bermaksud yang pertubuhan lain tak bagus seumpamanya ..cuma saya hanya dapat rasa kesemua itu ada dalam keluarga pertubuhan meronh wangsa yang dimana sekarang dibawah naungan diraja saya Alhamdulillah....
Semenjak saya bersama mereka , dimana acara rasmi yang saya hadiri sebagai tetamu diraja utama / tetamu kehormat etc...saya lebih selesa dikenali sebagai Penaung diraja PKPMWM...Saya dari lubuk hati yang ikhlas serta penuh dengan azam kasih sayang sangat berharap dam bercita cita untuk membawa nama pertubuhan ini sebagai satu pertubuhan yang gah dengan sikap positif dalam semua perkara dengan usahasama bersama tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa...saya percaya asalkan jika semua jemaah bersatu hati dengan sikap hormat menghormati antara satu sama lain dengan izin yang maha kuasa , pasti kebaikan hasilnya ....ASALKAN IKHLAS DENGAN KEJUJURAN TANPA ADA KEPENTINGAN PERIBADI ...
To be continued ..
KuEss Idris
Saturday, August 23, 2014
Sorry sebab lama tak update
Assalamualaikum and salam kasih sayang semua , maaf sebab dah lama sangat tak update blog dan nanti saya update ek...
Banyak cerita yang saya nak kongsikan disini....cerita baru dan yang dah lepas dimana saya tak update...salam kasih sayang...
Sunday, March 24, 2013
Melawat Gelanggang Seni Silat Harimau Berantai Sang Penakluk Di Jeram,Kuala Selangor
Sampai juga hajat hati saya nak melawat tok ayah karim dan tapak silat mereka akhirnya dengan izin ALLAH SWT,alhamdulillah...Mula mula perkenalan saya bersama Tok ayah hanya di Facebook dan apabila saya melihat profile beliau saya jadi berminat untuk mengenali tok ayah dengan lebih dekat iaiatu seorang guru silat yang handal di kampung jeram..Saya memang minat benda2 macam ni dan boleh dikatakan memang minat la menjalinkan perhubungan persaudaraan dengan mana mana persatuan silat mahupun mana mana pengamal ilmu seni bela diri bagi menambahkan ilmu pengetahuan seni bela diri saya yang cetek ini.Seperti biasa tak lain tak bukan mesti la adinda saya dari hulubalang melayu yang temani :-)
Saya begitu teruja dengan persembahan silat dari anak anak Melayu yang handal bersilat dan sekaligus ia membuatkan saya rasa terharu dan sangat bangga dengan mereka kerana jiwa dan jati diri mereka sebagai Anak Melayu jati MASIH KEKAL dan TEBAL tidak hilang diarus zaman..Bagus..!!! Bagus mereka jebakkan aktiviti2 sebegini ,salah satunya ialah supaya tak lupa budaya sendiri dan satu lagi dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang baik dari melepak tak tentu arah.
Tetapi sebelum saya berangkat pulang,Tok ayah telah membuatkan kejutan dengan menganugerahkan saya selempang yang utama MANDAT DIRAJA PUNCAK JUANG SANG PENAKLUK Sebagai KEKANDA JIHAD SERTA PENASIHAT YANG UTAMA PSSHBSP BERSAKSI SEUMUR HIDUP..Alhamdulillah.
Tok Ayah Karim sedang menyampaikan Penganugerahan kepada saya.. |
Gambar Kenangan Bersama Keluarga Perguruan Seni Silat Harimau Berantai Sang Penakluk, Kampung Jeram Kuala Selangor |
Grambit dari kerja hasil tangan sendiri Tok Ayah Karim hadiahkan kepada saya sebagai cenderahati dan juga Selempang Yang Utama MANDAT DIRAJA PUNCAK JUANG SANG PENAKLUK. |
DEMI ALLAH dari hati saya tidak mengharapkan apa apa langsung dari pihak mereka dan nawaitu saya datang memang untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kami..Penganugerahan ini terlalu istimewa buat saya dan saya teramat hargainya dengan ucapan kalimah ALLAH HU AKHBAR serta ALHAMDULILLAH..! sebenarnya saya rasa saya tak layak untuk terima pengiktirafan sebegini kerana saya seroang insan yang jahil dan banyak dosa,Apa pun saya percaya ini kehendak ALLAH SWT ia berlaku dan saya terima dengan hati yang penuh syukur dengan merendah diri...
Dengan rendah diri dan perasaan syukur padanya,Saya menadah tangan berdoa kehadrat ALLAH SWT supaya penduduk kampung jeram dan ahli keluarga seni silat harimau berantai sang penakluk supaya sentiasa dilimpahi rahmat yang baik dari ALLAH S.W.T. sehingga ke alam syurga..Amin Ya ALLAH....Terima kasih juga kepada mereka mereka yang telah bersusah payah sediakan makan minum yang lazat2 buat saya dan rombongan..Saya tidak akan lupakan jasa jasa baik penduduk kampung jeram sehingga akhir hayat saya in shaa allah....
TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA, IN SHAA ALLAH TAALA...
P/S:Untuk melihat gambar2 selebihnya,boleh layari page PAGE OFFICAL FB SAYA : http://www.facebook.com/KuEssRBB
1.Megat Faris / Puan Iman Capri
2.Adnan Bin Ismail
3.Kamarul Zaman Abdul Latif
4.Puan Hamidah / Azahari
Nama nama diatas saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana bersusah payah mengeluarkan modal yang banyak untuk menyambut keberangkatan saya..Saya rasa segan dan juga terasa seperti menyusahkan kalian semua kerana kalian sanggup bersusah payah berusaha menyambut kedatangan saya yang tidak mengharapkan layanan sebegini,tetapi kalian tetap mahu buat yang terbaik..Semoga dilimpahi setinggi tinggi kemuliaan oleh yang maha kuasa terhadap anda semua didunia mahupun di akhirat....amin ya ALLAH...
Wednesday, March 20, 2013
Perjalanan Bersama HULUBALANG MELAYU
Harizon Ramli |
Jadi perjumpaan kami pertama kali berlaku di Taman Tun,belakang pasar besar TTDI tempat pot biasa saya lepak dengan member2 layan shisha.Stall shisha belakang tu kepunyaan anak pada pelakon veteran Normah Damanhuri.So,semasa tu Saudara Harizon datang bersama dengan seorang lagi sahabat yang saya kenal dari Fb namanya Faizal Osman yang juga bersemangat juang yang sama.Saya memang sebenarnya tak suka nak jumpa sebarangan orang sebab saya tak suka orang jenis yang mengarut merapu semua ni.Jadi saya percaya pada Firasat saya mengatakan mereka ini insan yang baik2.Tapi sebenarnya takut jugak saya nak jumpa si harizon ni pada mulanya sebab takut kena gossip atau orang salah sangka bukan2 sebab dia ni seorang pemuda yang segak dan tampan , wal hal niat hati saya bukan sebab muka dia ke apa..sebab personaliti dan semangat juang beliau yang sama yang menyebabkan saya tertarik untuk bertemu dan berkongsi ilmu sebagai saudara sesama islam dan atas dasar sialturahim yang ikhlas .Bila fikir balik,pergi mampus la orang nak cakap apa pun , JANJI ALLAH S.W.T. tahu sudahla..
Jadi,pertemuan kami pada mulanya banyak kami berkongsi ilmu bukan saja kebatinan,malah juga ilmu ketuhanan.Sebab matlamat hidup kita ialah kerana ALLAH SWT .Mesti ramai nak yang tergelak besar sebab saya cakap macam ni kan ? yelah,saya tahu sebab saya ni jahil dan telah dihukum oleh banyak pihak dengan kata kata yang seumpama syurga neraka saya ditentukan oleh manusia..Wal hal ALLAH ialah MALIKIYAU MIDDIN dan mereka lupa akan itu :-) .Biarlah ,asalkan mereka2 itu bahagia.Pada malam itu tergerak lah hati saya untuk sampaikan sesuatu rahsia ilmu yang tidak ramai orang saya boleh beritahu kerana hanya insan2 yang terpilih dan saya percayai saja akan saya beri mereka pengetahuan itu.Dan alhamdulillah,saya merasakan beliaulah orangnya salah satu yang terpilih.Saya ni bukan jenis manusia yang taksub pada JIN , saya akan mulakan menyeru nama ALLAH terlebih dahulu dan mohon gerak darinya.Bukan dari makhluk halus atau ghaib sebab itu akan jadi syirik sebab meminta tolong selain dari ALLAH SWT.Ramai yang suka buat tafsiran tanpa ilmu.
Jadi,setelah apa yang dah diamanatkan pada beliau dari saya , beliau telah sampaikan amanat itu kepada mereka mereka yang berkenaan kepada hulubalang melayu dan semestinya mereka itu dari ahli ahli utama.Jadi dengan mengikut gerak hati yang ditentukan oleh yang maha kuasa,Pada malam pertemuan itu , saya memberitahu mereka bahawa saya mahu membawa mereka bertemu dengan Orang besar 16 negeri perak darul ridzuan , Iaitu Toh Seri Wangsa yang sudah pun berumur 87 tahun.Beliau telah berkhidmat dengan 3 orang Sultan perak iaitu bermula dari Almarhum Sultan Yusoff ,Almarhum Sultan idris iaitu ayahnda saya dan juga sekarang Sultan Azlan Shah.Pak tok ni banyak tahu adat istiadat dan pantang larang orang2 melayu secara traditional terutamanya hal ehwal istiadat diraja melayu.
Jadi 24hb Febuari kami pun bertolaklah dari KL ke Ipoh dan agak lewatlah juga kami gerak kerana seperti biasala ada yang terlambat,dan harizon datang bersama adiknya ambil saya dirumah dan yang lainnya kami berjumpa di highway . Agak lambat la juga kami sampai kuala kangsar and nak dijadikan cerita lupa pulak yang hari tu hari le tour de langkawi dan hotel semua penuh..LOL..! terpaksa lah saya tidur hotel biasa mana entah kat Ku Inn hotel rasanya nama hotel tu setelah jenush kami ronda kat kuala tapi itu jer ada..Sangat lucu hahahah..Semua hotel yang elok tambah2 lagi rest house kuala kangsar penuh.Belasah jer la kan,janji boleh tidur and ada tempat solat.
Makam Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah (Sultan Perak ke 33 / Sultan idris II) |
Hulubalang Melayu bergambar di Hadapan Makam Diraja Kuala Kangsar |
Selepas selesai bacaan tahlil semua selsai kami bergerak ke rumah Pembesar negeri perak yang saya kasihi,Toh seri wangsa untuk menemukan mereka dan beliau.Turut menemani saya ialah kekanda angkat saya panglima silat gayong Malaysia yang datang dari taiping atas permintaan saya.
Friday, March 15, 2013
14-3-2013 Melawat kawasan Bukit Jugra
Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua.Maaflah sebab sudah lama tak update blog :-) tengah tak ada mood susah nak tulis cerita sebab tak ada ilham ikhlas..tak best..heheheh..Well entry saya kali ini ialah mengenai perjaalanan saya yang simple dan terasa nak dikongsikan bersama anda.Khamis malam jumaat saya telah dijemput atau dipelawa oleh saudara Harizon dari persatuan Hulubalang melayu untuk bersama beliau ke majlis zikirullah dan bacaaan yasin..
Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH S.W.T. kerana jemputan itu dan saya terima dan redha hendak bersama beliau kerana ALLAH S.W.T. disebabkan pada hari tu saya asyik naik marah jer heheh..Ayat2 suci al quran lah ubat bagi saya dan saya rasa sungguh tenang selepas itu :-)
Sampai saya dirumah seorang hamba ALLAH ni iaitu salah seorang ahli dari hulubalang melayu , Kami pun mulakanlah upacara majlis dengan diketuai oleh tuan rumah dengan bacaan ayat ayat pembuka semua dan paling saya serobnok ialah apabila kami sama sama membaca surah al fatihah 44x dan selepas itu surah yasin dan juga zikirullah nama ALLAH SWT sebanyak 1000x ,Kami panjangkan khasiat dan nikmat surah Al fatihah itu dan dihadiahkan buat Nabi junjungan besar S.A.W.,Para para rasul,para para wali,para para Keramat,Sultan2 dan juga sebagainya termasuklah untuk yang telah tiada ..Mashaallah,sungguh hebat rasa perasaan ini kerana itulah pertama kalinya zaya berzikir sebanyak itu dan syukur sangat kehadrat ALLAH SWT..! Saya juga rasa bertuah kerana telah diterangkan kepada saya khasiat dan hikmah kebesaran surah AL FATIHAH dan rupa rupanya setiap baris ayat itu jika kita bacanya ALLAH SWT juga mendoakan kita ...ALLAH HU AKHBAR3X...saya akan terangkan nanti di entry saya yang lain yer,sabar :-)
Alhamdulillah selepas selesainya upacara tersebut,dengan limpah kurnia perkenan dari ALLAH SWT,saya telah dihadiahkan oleh seorang hamba ALLAH SWT ini dengan sebuah geliga embun..Subhanallah betapa gembiranya saya rasa,dan bukan geliga embun tu sahaja beliau hadiahkan,Malah surah yasin dan tasbih saya gunakan itu juga dihadiahkannya kepada saya..Sungguh terharu saya rasa dan ia amat tidak ternilai buat saya..Dan yang menjadi menariknya,geliga embun itu selalunya berwarna putih air dan memang tidak nampak jika ia direndam dalam air dan memang geliga itu terendam dalam air yang diletakkan dalam satu bekas sebesar minyak atar oleh beliau.Dan dengan kebesaran ALLAH SWT beliau menceritakan yang Geliga itu bertukar warna seperti kuning keemasan pada hari beliau berniat untuk hadiahkan kepada saya dan ia sesuatu yang luar biasa katanya..wallah hu alam..Apa pun alasannyaitu semua kuasa ALLAH SWT dan saya bersyukur sangat2.
dua orang hulubalang yang mengiringi saya |
Setelah berehat sebentar selesai upaca majlis,Tuan rumah cadangkan saya supaya melawat beberapa kawasan bersejarah dan mistik di kawasan jugra terutamanya makam Almarhum Sultan Abdul Samad..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada apa apa halangan yang berlaku..Syukur kehadrat ALLAH SWT kerana mengizinkan semuanya berlaku dengan baik..In shaa allah nanti saya akan kongsi lagi kisah saya pada bulan Feb berkenaan lawatan saya ke kuala kangsar dan juga kemakam Almarhum Sultan Idris murshidul Azmam Shah,Makam Almarhum Sultan Iskandar Shah kadasallah juga Makam Almarhum ayahnda ,Sultan idris Iskandar Shah dan tak lupa Makam Keramat Tok Temong bersama beberapa orang penting dari Hulubalang melayu melakukan beberapa istiadat adat pendekar..tunggu yer...Assalamualaikum dan salam kasih sayang.....:-)