Sunday, August 31, 2014

Luahan MERDEKA saya...

Alhamdulillah negara kita sudah capai kemerdekaannya yang ke 57 , syukur ya Allah..!

Akan tetapi hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca apa yang saya rasa saya perlu berkongsi kerana saya tidak suka menjadi munafik di depan orang ramai supaya di puji saya sempurna dan sebenarnya saya tidaklah sempurna mana pun..banyak2 sangat kelemahan dan keaiban diri saya ini...baiklah saya akan ceritakan sedikit demi sedikit apa yang sesuai...

Dari kecil lahir2 jer saya , saya sudah mempunyai wang iaitu harta peninggalan almarhum ayahnda sayalah apa lagi dan juga mempunyai pencen siasah seumur hidup di bayar kerajaan negeri sebagai ufti pada waris negeri (anak kepada sultan) tidak bergelar iaitu rm1k sahaja setiap bulan...dan untuk pengetahuan semua wang saya tidak pernah berkumpul kerana dari kecil lagi wang saya sudah dibelanjakan untuk perbelanjaan harian keluarga yang saya ikhlas dan redha dibelanjakan oleh arwah ibu saya kerana beliau tiada pendapatan lain dan tidak layak mendapat saraan dari kerajaan kerana arwah bukan permaisuri sulong yang bertakhta sebagai Permaisuri rasmi kerajaan yang bergelar...dan kerana itulah hidup saya tidak sama sebagaimana anak2 sultan yang lain kerana saya tiada pilihan lain asalkan tidak melihat arwah ibu saya menderita kesusahan akibat banyak kali kena tipu...Sebelum arwah meninggal dunia , beliau pernah pegang kedua dua tangan saya dan memohon maaf sambil airmatanya jatuh dan berkata "MAAFKAN UMMI KERANA PAKAI DUIT KAMU,UMMI SUDAH TIADA PILIHAN LAIN KERANA SEJAK BAPAK KAMU TAK ADA...UMMI KENA TIPU MACAM2 DAN KEHILANGAN MACAM2"  adakah tergamak kalian membiarkan tangan kalian dicium ibu sendiri ? begitulah keadaan saya terkedu apabila ibu saya berbuat begitu pada saya dan lantas saya menarik tangan saya kembali dan berkata kepadanya disaksikan malaikat kiri dan kanan  " MUNGKIN KUESS AKAN SUSAH HIDUP DI DUNIA TETAPI APALAH MAKNANYA KALAU HIDUP TANPA RESTU DARI IBU ? ,TAK PERNAH KUESS RASA MENYESAL PUN DAN KUESS SANGGUP SUSAH ASALKAN UMMI TIDAK "

Saya masih jelas ingat melihat wajahnya bagai sesal kerana beliau tahu saya akan hidup susah tapi saya yakin bahawa Allah tidak akan sesekali biarkan saya susah kerana saya ada doa ibu saya dan saya memujuknya supaya jangan susah hati...doakan saja saya....

Saya tidak mahu salahkan sesiapa bila saya ditimpa kesusahan kerana ada juga punca dari diri saya sendiri kerana banyak belanjakan wang ringgit ke jalan maksiat satu ketika dulu dan tidak bayar zakat seumpamanya...dan jelas apa yang berlaku adalah balasan Allah terhadap kesilapan saya...saya lupa dan alpa bila dipuji dan dikerumuni tetapi itu hanyalah dari orang2 munafik semata mata....nauzubillah minzalik tak sanggup lagi nak cerita bila mengenangkan kembali....dan saya juga banyak kali ditipu dan dianiaya dalam dunia perniagaan SAMPAI SEKARANG saya alaminya tapi saya redha dan sabar....sebab dalam jiwa saya sentiasa ingat ALLAH TIDAK ZALIM...ALLAH MAHA PENYAYANG DAN TENTU ADA HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN...Memang benar...saya sebelum ini banyak kawan dengan salah orang dan saya sungguh menyesal bila kenangkan dan sekarang Alhamdulillah hidup saya banyak berubah kerana saya sendiri memilih untuk berkawan dengan siapa saya mahu...dan jika kita bersahabat kerana Allah dan ingin menyelami kasih sayangnya..In shaa allah ada jalannya...saya syukur saya temuinya dan amat berbeza perjalanan hidup saya dari dahulu kerana sekarang setelah saya lebih manjaga waktu untuknya , lebih banyak ilmu yang saya perolehi dan lebih banyak sahabat yang  suka bercakap mengenai Allah serta kebesarannya....Alhamdulillah saya syukur....

Bukanlah untuk bercerita atau hanya cakap pandai sahaja diinternet untuk buat kalian nampak saya hebat dan layak dipuji..tidak tidak dan tidak demi Allah...tidak.!! saya berkongsi keadaan hidup saya kerana saya pernah rasa derita sengsara pedih dan saya tidak mahu ia berlaku pada kalian juga sebab saya tahu apa itu semua...dan ingatlah pesan saya..kalau benar kita lakukan sesuatu kerana ALLAH...JANGANLAH UNGKIT ATAU SEBUT2 PEMBERIAN YANG PERNAH KITA BERI KERANA ITU PADA ZAHIRNYA KITA LIHAT REZEKI KITA TETAPI HAKIKATNYA JIKA KITA FIKIRKAN DENGAN TELITI IA ADALAH REZEKI DARI ALLAH YANG DIUJI DIBERI PADA KITA UNTUK HAMBANYA YANG LAIN...tidak kiralah siapa orang itu sama ada ia adik beradik kita , kawan kita , peminta sedekah sebagainya....

DEMI ALLAH SAYA PERNAH MENDENGAR SENDIRI RINTIHAN HATI SEORANG IBU bahawa ada seorang anaknya mengaibkan maruahnya depan khalayak ramai dengan menyebut IBU BANYAK HABISKAN DUIT SAYA DAN ITU SEBAB SAYA TIDAK ADA DUIT...Kerana sang ibu itu sendiri bercerita dihadapan saya satu ketika dahulu dan dengan hibanya jiwa saya , saya tenteramkan jiwanya dan berkata sabarlah puan....mungkin itu dugaan dari Allah dan jangalah puan menyumpah anak itu kerana hidupnya akan susah nanti jika puan murka dalam hati.....beliau akur dan senyum riang sambil memeluk saya dan mencium dahi saya selepas beberapa lama saya cuba menghalangnya dari mengeluarkan sumpahan pada anaknya ..Alhamdulillah saya syukur sangat2 kerana berjaya menghalangnya....cuma apa yang saya kesalkan dan teramat sedih bahawa anaknya itu pernah menuduh saya yang saya mengaibkan beliau dan tidak pernah ada untuk beliau..sedangkan tanpa pengetahuan beliau sayalah insan yang pertahankan dirinya dari dinista ibunya sendiri dan memujuk ibunya supaya tarik balik sumpahannya...DEMI ALLAH DAN RASUL saya lakukan itu tanpa pengetahuan sesiapa...cuma saya terpanggil untuk luahkan disini kerana saya terlalu sedih....

INI BUKAN MENGUNGKIT ATAU MENAGIH SIMPATI DEMI ALLAH BUKAN, Cuma ini adalah satu coretan dari hati saya untuk dikongsikan bersama....Hati kita ini akan bertindak menggerakkan minda kita mahu dari segi tindakan dan perkataan (HATINITU RAJA,DAN AKAL ITU MENTERI)...JIKA berdendam hati , maka ayat yang dikeluarkan akan ikuti selaras dengan minda dan jiwa.....JAUHILAH DENDAM kerana ia adalah pemusnah.....dan belajarlah ikhlas kan hati kerana Allah.. dekat blog mungkin siapa pun boleh tulis ikhlas dan buat yang lain nampak mereka ikhlas tapi tidak terhadap ALLAH...pada mata anda mungkin saya seorang idola dan ikon masyarakat ...tetapi saya masih banyak kelemahan dan keaiban terutama dimana tempat saya berteduh sekarang...Saya percaya,hari ini hari saya dan apabila tiba masanya hari saya ? DEMI ALLAH DAN RASUL SAYA BUKAN JENIS MANUSIA MEMBALAS DENDAM MAHUPUN SUKA AIBKAN ORANG LAIN APATAH LAGI MENGANIAYA / MEMFITNAH...saya tetap berprinsip sama...TIDAK AKAN SAKITI HATI INSAN LAIN SEDAYA UPAYA SAYA....Apa yang pernah saya beri atau bantu adalah ikhlas hatI kerana Allah..dan jika ditakdirkan saya mati pada bila bila masa...sesiapa yang pernah saya berhutang saya minta halalkanlah...jika sesiapa yang hutang dengan saya kalau tak sempat nak bayar dekat saya ,berikanlah pada golongan asnaf atau fakir miskin (begitu juga harta saya)....dan saya halalkan kalau tak.mampu...banyak lagi saya nak kongsi rasa sebenarnya , mungkin akan datang nanti yer...

Assalamualaikum WBT dan Salam kasih sayang buat kalian...

Tuesday, August 26, 2014

Pertubuhan kerabat pusaka merong wangsa Malaysia dimataku..

Assalamualaikum semua ,
sudah lama sangat saya tidak update kan ?
Baru tahu boleh rupanya update blogs melalui telefon dan apa lagi ? download terus la melaluI application kan...

Semenjak saya diangkat sebagai Penaung diraja oleh Pertubuhan kerabat pusaka merong wangsa Malaysia pada tahun ini , saya boleh dikatakan akan selalu sibuk dan mula aktif kembali dengan program2 yang di Jalankan...

semasa saya sedang menaip sekarang ni , saya sedang dalam perjalanan pulang ke kota kuala lumpur dari gurun kedah setelah selesai menghadirkan diri untuk mesyuarat pertubuhan bagi melantik ahli2 jawatankuasa di setiap negeri / daerah masing2 bagi menjalankan tugasan masing2 sebagai ahli berdaftar yang dianjurkan oleh pengasas iaitu Yang Dimuliakan Paduka Abdul Ghapar ( Abang Jebat ) Bin Dato Raja Abdul Majid..Beliau juga bekas juara dunia 5 kali dalam dunia persilatan dan beliau adalah anakda kepada pengasas mahaguru silat tersohor dalam negara dari Aliran Pusaka Gayong Malaysia dimana Almarhum ayahnda saya "Almarhum Sultan Idris Shah II" masih lagi dianggap dan diangkat mereka sebagai Penaung Teragong Gayong Malaysia...Alhamdulillah ia satu penghormatan..

Ramai yang tertanya tanya pada saya , Kenapa saya memilih / berkenan menerima diangkat mereka (Pertubuhan kerabat pusaka merong wangsa Malaysia) sebagai Penaung diraja ??? Saya sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana sebab nama MERONG MAHAWANGSA itu sahaja adalah satu mama besar dalam dunia sejarah ketamadunan melayu iaitu seorang Raja besar yang pertama kali mengislamkan diri baginda dan bagi saya , baginda adalah sesuatu lambang semangat juang serta sedikit sebanyak menjadi inspirasi pada saya....

Dan sejujurnya saya telah banyak perhatikan atau menhadiri jemputan dari majlis2 ngo pertubuhan melayu yang lain tetapi ada sesuatu yang saya jarang nampak pada ahli jemaah lain yang ada pada Merong ..apakah itu ??? jawapan saya ialah : KASIH SAYANG SERTA SIKAP RENDAH DIRI ANTARA SATU SAMA LAIN SERTA SIKAP HORMAT MENGHORMATI TERHADAP AHLI YANG BUKAN DARI KALANGAN MELAYU ATAU ISLAM....MEMANG JELAS BOLEH RASAI PERASAAN KASIH SAYANG SERTA HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN TIDAK MENGIRA BANGSA DAN AGAMA SETIAP KALI BERHIMPUN....setakat ini saya belum pernah lihat ada dikalangan sesama sendiri nak tunjuk siapa besar , siapa kaya dan berpengaruh sebagainya....itu yang membuatkan saya senang sekali....Tapi saya tidaklah bermaksud yang pertubuhan lain tak bagus seumpamanya ..cuma saya hanya dapat rasa kesemua itu ada dalam keluarga pertubuhan meronh wangsa yang dimana sekarang dibawah naungan diraja saya Alhamdulillah....

Semenjak saya bersama mereka , dimana acara rasmi yang saya hadiri sebagai tetamu diraja utama / tetamu kehormat etc...saya lebih selesa dikenali sebagai Penaung diraja PKPMWM...Saya dari lubuk hati yang ikhlas serta penuh dengan azam kasih sayang sangat berharap dam bercita cita untuk membawa nama pertubuhan ini sebagai satu pertubuhan yang gah dengan sikap positif dalam semua perkara dengan usahasama bersama tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa...saya percaya asalkan jika semua jemaah bersatu hati dengan sikap hormat menghormati antara satu sama lain dengan izin yang maha kuasa , pasti kebaikan hasilnya ....ASALKAN IKHLAS DENGAN KEJUJURAN TANPA ADA KEPENTINGAN PERIBADI ...

To be continued ..
KuEss Idris


Saturday, August 23, 2014

Sorry sebab lama tak update

Assalamualaikum and salam kasih sayang semua , maaf sebab dah lama sangat tak update blog dan nanti saya update ek...

Banyak cerita yang saya nak kongsikan disini....cerita baru dan yang dah lepas dimana saya tak update...salam kasih sayang...