Sunday, February 17, 2013

The Royal Beauty Boxer Vs Srikandi lianpadukan ?

Seperti yang saya janjikan tempoh hari di entry sebelumnya " Srikandi Lianpadukan Bertemu Royal Beauty Boxer"...Saksikanlah disini Video saya berkongsi ilmu melalui Sparing Persahabatan bersama Srikandi nurhijrah seperti yang ada dibawah ini...



Dengan izin ALLAH S.W.T. secara rasminya,saya berkenan menjadi anak murid kepada Srikandi Nurhijrah dalam bidang Seni bela diri Lianpadukan ...Semoga ALLAH S.W.T. Permudahkan segalanya..Amin





Thursday, February 14, 2013

Srikandi Lianpadukan Bertemu Royal Beauty Boxer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH S.W.T. Kerana sampai juga hajat hati saya untuk bertemu dengan srikandi Lianpadukan yang saya hormati dan kagumi iaitu seorang mualaf yang bernama Srikandi Nurhijrah pada 13-2-2013 mashaallah..Best sangat2


Saya sungguh kagum dengan wanita ini dan sedikit sebanyak menjadikan beliau sebagai ikon contoh teladan yang baik buat diri saya dengan kisah kehidupan yang beliau lalui sebagai seorang mualaf dan pengalamannya.Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya hati saya dapat bertemu dengan beliau kerana memang hajat dihati ingin bertemu wanita muslimah ini.Alhamdulillah ALLAH telah sampaikan hajat hati saya..Terima kasih ya Allah....Apapun sedikit sebanyak kami tadi banyak berkongsi ilmu dalam seni pertahanan diri dan juga mendalami perihal Agama Islam...Beliau seorang yang berfikiran terbuka dan memang POSITIVE selalu...Semoga ALLAH S.W.T. Permudahkan perjalanan hidup beliau sekeluarga sehingga ke alam Syurga..Amin Ya Allah..Oh ,apapun tadi kami ada berlatih dan sparing persahabatan teknik pukulan sebagainya...memang AWESOME...nanti kalau dah siap VIDEO kami...saya share dengan semua ek..Muahhhh Assalamaualikum dan salam sejahtera Malaysia...

Friday, February 8, 2013

Modelling Di Malaysia



Terus terang saya katakan ramai yang keliru apa itu talent dan model.Ramai yang jenis senang senang mendakwa berangan diri mereka model tetapi mereka terlupa ciri2 utama yang dilihat dari seorang model ialah dari segi Raut Wajah , tubuh badan , Dan juga Ketinggian serta PERSONALITI itu mereka tak memilikinya..Sifat2 yang sebegitu kadang2 akan mengelirukan masyarakat luar kerana secara tak langsung mereka akan melihat industri model tempatan kita ni seperti TIADA KUALITI atau CITARASA.Kena ingat bahawa Model untuk gambar dan stage adalah lain.Model gambar tidak berapa pentingkan ketinggian dan kebanyakan mereka hanya layak berada di gambaran sahaja dan bukan di pentas peragaan.Tetapi lain pula bagi model Catwalk / Pentas peragaan .Mereka sesuai berada di dua dua arena sama ada untuk iklan ataupun pentas..Selalunya model2 pentas peragaan adalah pakej yang lengkap. 


Lagi satu yang saya pelik ialah , Kenapa ramai model berbangsa Eropah di negara kita ? Kenapa mereka tidak cari makan di negara sendiri ? Kenapa kena datang sini ? Mereka tidak lakukah di negara sendiri ? Tidak cukup segakkah Anak2 temapatan kita sendiri yang terdiri dari bangsa Melayu , Cina dan India ?? Kenapa kena utamakan mereka ?? sedangkan banyak anak2 tempatan kita yang memiliki ketinggian dan paras rupa yang menarik serta Fotogenik...dan kenapa orang yang ketinggiannya kurang dari 5'8 bagi wanita dan kurang dari 6kaki bagi lelaki juga kadang2 boleh berada di pentas peragaan ?? manakah kualiti seorang model ???Saya berpendapat adalah elok agensi2 di negara kita ini utamakan anak2 tempatan yang ada ciri2 untuk menjadi seorang Model ..Jangan main hentam jer terima hanya kerana wang tanpa mementingkan kualiti.Ini akan jejaskan imej modelling di negara kita..Jangan bagi harapan palsu pada orang yang tidak layak menjadi model dengan mengambil duit mereka dan taburkan janji janji manis.Ramai diluar sana idamkan untuk menjadi seorang MODEL tetapi bukan semua mereka layak dijadikan MODEL..Cantik tak semestinya layak menjadi model kalau anda tiada tarikan dan tidak unik di mata pereka dan fashionista...


Bercakap mengenai MODEL berbangsa luar , Bukan mereka tak bagus..Kadang2 memang ada kualiti tapi kenapa tak utamakan anak tempatan ? Kalau kami di negara barat tak hairanlah sangat jika melihat bangsa2 mereka menjadi peragawan dan peragawati..Tetapi kalau di Malaysia ? Sudah semestinya orang luar nak melihat KECANTIKAN dan KEUNIKAN anak anak tempatan kita ? Kenapa kena teggelamkan ? Kenapa tak naikkan martabat anak tempatan ? Kenapa balik2 mesti kena ada MODEL mat saleh kat stage peragaan kita ?Lagi satu,sakit mata saya bila tengok model berbangsa luar ni peragakan busana traditional kita kerana kasar cara mereka bawa baju kita..Tiada kelembutan dan baju nampak macam tiada message dan rosak dibuatnya..Itu pada mata sayalah,tak tahu pulak mata orang lain macam mana...hmm malas nak ulas panjang dah.Faham faham sendirlah yer..Tapi mintak sangatlah supaya kalau yang kurang ketinggian tu seperti yang saya dah sebut diatas tadi janganlah dijadikan model peragaan ..Bukan menghina tapi biarlah kena pada tempatnya..Saya bercakap pasal KUALITI bukan KUANTITI....Banyak anak2 tempatan kita yang cantik,kurus,tinggi lampai dan fotogenic yang anda berkenaan itu TERLEPAS PANDANG....



Saturday, February 2, 2013

"MELAYU - Tanah Jawi Itu Di Sini"


Saya agak terkilan kerana tidak dapat bersama dengan 
HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Akhir Zaman) tempohari di Lumut pada 27 Hb January 2013 kerana jadual saya bercanggah dengan program tersebut..tetapi hati saya bersama perjuangan mereka dan saya ingin kongsikan pada semua sajak dari sahabat saya "Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh "yang sungguh menyentuh hati dan sanubari saya...

Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh





"MELAYU - Tanah Jawi Itu Di Sini"

Dulu..Di sini..Di sini ini..Bermula bicara
Di atas gunung berdiri cerita Tinggi Beruas turun ke lembah Hulu semenanjung sampai ke Manjung Gangga Negara nama ditanda Menjulang tinggi adaban dunia..

Dulu..Di sana..Di sana itu..Ditulis surat Persuratan tua buat umat Tamra ditanda batu bersurat Tinggal sepi dalam negeri Megat..Di Kuala Berang terpecah urat..

Sayup terdengar jeritan kelam..Ini negeri Megat Panji Alam..!Banyak wali Allah dan banyak pula Ahlul Bay'tul Rasul..!Diwartakan buat kalian anak cucu umat Muhammad SAW..Di sini.. Dalam akhir zaman..Ini..

Maka tersurat...Apa yang tersirat...

"Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka..Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam..Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya..Di benua ku ini penentu agama Rasulullah Salallahualaihi Wassalam."DI BENUA KU INI PENENTU AGAMA RASULULLAH SALALLAHUALAIHI WASSALAM..!"Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya..DI DALAM BUMI INI PENENTU FARDHU PADA SEKALIAN..!Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar..Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka;Tuhan..!Tuhan..!Tuhan yang menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama..Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala..Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua.."

"KELUARGA DI BENUA JAUH KAN DATANG BERIKAN.."

"Allahumasoli'ala Muhammad, Wa'ali Muhammad"

Dulu..Di atas..Di atas sana..Tersurat hikayat Merong Maha Wangsa..Kalha.. Kataha..Nama tercipta Negeri Kedah TuaSheikh Abdullah al-Qaumiri dan Sultan Muzzafar sendiri..Berjanji teguh adinda kekanda..Gunung Jerai ke Langkasuka..

Dulu..Di bawah..Dan di seberang sana..Berteguh janji bapa saudara Demang Lebar Daun juga Sang Sapurba "Tak Melayu derhaka pada Rajanya,Adil saksama ganjaran di beri Memberi malu tidak sekali"

Hikayat berlalu pecah gelora Parameswara jadi MaharajaJadi lambang daulat negara Kekallah Melaka jadi seadanya..

Dulu..Di bawah sana..Sultan Mansur Syah dan Bendahara Seri Paduka RajaTun Perak dan Laksamana Tun Tuah memacu tenagaLekir di hilir, Lekiu di huluJebat-Kasturi tinggi berdiri..

Hilang.. Hilang terus perjanjian tua.."Tak Melayu derhaka pada Rajanya..?"

Dulu..Di sana..Tiba giliran Paduka Sultan beraja Sultan Mahmud Shah jadi ingatan Benggali Putih buat belasahan..Terbakarlah Melaka zaman berzaman..

Undur Sultan ke serata peri..Tinggal sekeping hati dan alatan negeri Kampar benteng harapan buat baginda merajaiKekal tak kembali ke Melaka lagi..

Dulu..Di tanah ini..Raja Muzzaffar dijemput pergi..Tanah Tun Saban dan Tok Temong dikongsi-bahagi ,Berangkatlah ke negeri Perak yang belum beraja lagi..Sambil diiring Paduka seberang..Daulat raja di ranah Minang Megat Terawis hulubalang terbilang..

Dulu..Di bumi ini..Datang pula dugaan Tuhan Buat menguji hati sang raja Supaya ingat akan asal dan jasa Usul dititah untuk dijaga..

Lantas..Dia berbisik..Berbisik dari hati yang suci murniBuat jadi benteng diri Dari 'penghuni' segenap negeri..

"Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka.."

Hari ini..Kini di sini..Apa yang tinggal hanya kita-kita..Menggalas tanggungan beban derita..Bukan hanya sekadar cerita..Buat mainan dikala hiba..Atau buat mengulit si kecil lena..

Hari ini..Di bumi ini..Yang tinggal hanyalah aku dan kamu Setelah cukup zaman itu Kini bermula zaman yang baru Kembalilah kita ke Khalifah yang satu..

Aku dan kamu Adalah darah saka,Para panglima silam Yang bergadai nyawa Demi maruah agamabangsa tanahairTanah tumpah nya darahku

Tanah yang sekangkang kera ini..Inilah tanah kita..Ini Tanah para Syed dan Syarifah..Ini tanah Raja-Raja ,Ini tanah Megat-Megat,Ini tanah Daeng-Karaeng ,Ini tanah Meor-Meor,Ini tanah Wan-Wan ,Ini tanah Nik-Nik ,Ini tanah kita semua..Ini tanah Ahlul Bay't..!... Tanah ini 'Tanah Melayu'

Aku dan kamuDi antara saka pustaka Penyambung warisan bangsaPara pertapa ke Batu BelahKe Ulu Perak ke Pulau Besar Untuk bertauliah dan berijazah Antara yang nyata atau Rijalul Ghaibi Dengan para auliah dan para santabi

Aku dan kamu Rajawali mahupun Jentayu Mengembang sayap di angin lalu ,Dengan seruan jihad bertalu-talu..Telah berlalu 500 tahun itu..1511 ke 2011 kini datanglah pula 2013..Di sini kekita menantiDalam hati-hati manusia itu diam sendiri Tentu ada yang tak takut mati..

Maka akan bangkit..Inshaallah Taala akan bangkit nanti..Akan bangkit hati-hati yang umpama kepingan besi..Akan datang panji-panji hitam dari ufuk timur ini..Agama Tauhid akan kembali berdiri..Dari sini..Dari sebelah sini..

Hari ini..Antara Habil dan Qabil,Antara Jalut dan Talut,Antara Harut dan Marut,Antara Hassan dan Hussin,Antara Lekir dan Lekiu ,Antara Osama dan Obama..

Ada sesuatu..Ada sesuatu yang perlu diambil tahu..

Patah tongkat berjeremang..Habis Hulubalang bersiak..

Bukan balang-balang Hulubalang,Hulubalang terbilang jitu..Bukan barang-barang Penjurit,Penjurit Kepetangan jua yang tahu..... Kepetangan itu adalah penamat ilmu kau dan aku...




---------------------------------------------------

- Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh Lumut, Perak Darul Ridzuan
27hb Januari 2013HIKMAH III (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman)* Termasuk curlikan dari Inskripsi Batu Bersurat Terengganu, ucapan dialog Sultan Muzzafar Shah I Negeri Perak Darul Ridzuan dan nukil Ajar-Ajar Tua Pendita Megat Ainuddin al Asyuro Ibni Dato' Megat Mohd Nordin.

Ediey Selindang Kuning 27-01-2013


Salah satu sebab-sebab yang membuatkan saya lagi berkobar kobar nak datang di PERAK AMANJAYA MUAYTHAI INTERNATIONAL 2013 pada 27-01-2013 yang bertempat di Stadium Indera Mulia ,Ipoh ialah sebabnya salah seorang Trainer saya yang banyak berjasa berikan tunjuk ajar pada saya dalam sukan seni bela diri Muaythai/Tomoi dari Kirsty Muaythai Fight Club iaitu " Ediey Selindang Kuning "  anak kelahiran kelantan yang juga penyandang gelaran Peninju Tomoi no 1 Dalam MALAYSIA Katogeri 67 kg turut juga bertarung di event ini bagi mengantikan The Golden Elbow Faizal Ramli yang tidak dapat sertainya pada beberapa hari sebelumnya . Beliau menentang Peninju yang bernama  Igor Pedote Cabriata di event ini.Apapun ucapan Tahniah saya kepada Bernard Radin selaku President Persatuan Muaythai Perak kerana berjaya menganjurkan event muaythai bertaraf besar buat pertama kalinya di negeri PERAK.



Sebelum beliau mulakan perlawanan , yang penting saya sempat pergi ke backstage untuk bertemu beliau bagi berikan semangat kepada salah seorang guru saya ni walaupun saya sedang duduk di kerusi VIP utama tapi saya tak pedulilah..saya minta orang2 saya bawa saya kesana tempat mereka bersiap dan malas nak fikir apa orang nak cakap walau ramai yang sedang memerhati kemana saya menghala. Yang saya tahu,saya nak pergi backstage jumpa kawan2 sealiran dengan saya.Protocol tu kadang2 tak salah langgar kot..bukan selalu kan ? hehehehe..bukan buat salah apa pun..Just nak pergi jumpa kawan2 ..Kalau nak tengok gambar banyak2 saya disana ? ha boleh click di OFFICAL FB SAYA > KuEss Idris  ..Oh ya,pada yang tak berkesempatan melihat pertarungan hebat ini yang tak sempat habis satu pusingan pun dan bagaimana Ediey perolehi kemenangan ?? Lihatlah video dibawah ini yer..Dan sebelum perlawanan , Ediey telah mulakan tarian langkah sembah yang sangat menarik perhatian ramai termasuklah saya,walau selalu dah tengok tapi setiap kali lihat ediey bertarung di pentas,saya memang sentiasa akan bersorak macam baru first time tengok ..SAKSIKANLAH SENDIRI DI BAWAH INI VIDEONYER :-)






GAMBAR KENANGAN BERSAMA RAKAN2 SEPERJUANGAN MUAYTHAI DALAM DAN LUAR NEGARA SETELAH SELESAI PERTANDINGAN
P/S: SEKALI LAGI SAYA NAK INGATKAN ATAU BERI TAHU WALAUPUN EVENT INI IALAH ANJURAN SEBUAH PARTI POLITIK,TAPI KEDATANGAN SAYA BUKAN ATAS DASAR SEMANGAT POLITIK MAHUPUN KEMPEN KE APA SEBAB SAYA BUKAN AHLI ATAU PENYOKONG MANA2 PARTI POLITIK KERANA SAYA NEUTRAL.SAYA DATANG SEBAGAI SEORANG AHLI SUKAN MUAYTHAI YANG MENUNJUKKAN SOKONGAN PADU PADA RAKAN2 YANG BERTANDING.

Friday, February 1, 2013

Muhammad Ali Yaakub Juara lagi ..!!





Well,entry saya kali ini mengisahkan seorang peninju tomoi yang memang tengah top dan diminati ramai kat Malaysia ni,saya sendiri pun meminati beliau..Beliau juga dikenali dengan gelaran THE HANDSOME WARRIOR Ali Yaakub Katogeri 57 KG Peninju Tomoi No1 Terbaik dalam MALAYSIA dan memang handsome orangnya pun ,Cuma sayang kurang ketinggian jer...kalau tak !! dah lama ambik dia jadikan model sebab tubuh badan dia pun kemas , heheh jangan marah Ali ..Beliau pernah dipilih team Elite Boxing Malaysia (saya sebagai Penasihat Diraja) untuk wakili Malaysia bagi menentang Peninju thailand di Event kami THAILAND VS ASIA 2012 yang berlangsung hari itu di Sunway Pyramid Convention Centre pada 9 Oktober 2012 . Ketika itu ada tiga orang Peninju dari Malaysia dan dua lagi dari negara Iran serta china yang menentang Peninju dari thailand dan Alhamdulillah hanya ALI seorang sahaja yang berjaya bergelar JUARA ketika itu menentang negara Thailand..di bawah ini saya selitkan sikit videography beliau yang di buat oleh Elite Boxing untuk tujuan promosi



Alhamdulillah beliau telah MENGHARUMKAN nama MALAYSIA dengan kejayaan masa itu dan selaku penaung dan penasihat Diraja bagi Elite Boxing Malaysia , semestilah saya gembira dan berbangga sekali ketika itu.Tapi tak bermaksud saya tidak berbangga dengan dua orang lagi peserta ..Mereka juga hebat tetapi rezeki memihak kepada Ali pada malam itu..Alhamdulillah..

ketika sampaikan sijil kemenangan kepada beliau di sunway pyramid convention centre 9 /10/12 sebagai
Penaung Diraja bagi THAILAND VS ASIA 2012


27-1-2013 ketika menyaksikan Perak Amanjaya Muaythai 

Kali ini juga pada 27-01-2013 alhamdulillah sekali lagi beliau telah bergelar juara tapi kali ini untuk Perak Amanjaya Muaythai International Challenge anjuran Pemuda BN Perak di stadium indera mulia,Ipoh .Saya hadiri event tersebut tiada kena mengena atas dasar semnagat politik ke apa , SAYA NEUTRAL.!! saya hadir sebagai penyokong bagi peninju2 negara kita yang bertanding dan juga semangat sebagai seorang FIGHTER MUAYTHAI..saya lupalah di amenang menentang peninju negara mana..Tapi beliau lawan dua kali..Dan akhirnya KEMENANGAN berpihak kepadanya dan sekaligus.Memang beliau berlawan habis habisan dan akhirnya usaha beliau tidak sia sia..Selama saya mengenali beliau , Beliau memang sangat rajin berlatih berusaha dan memang layaklah kemenangan miliknya...


Kemenangan beliau sekali Lagi Membuatkan kami warganegara MALAYSIA merasa amat berbangga..Alhamdulillah,hasil usaha anak kelahiran terengganu ni memang berjaya dan untuk pengetahuan yang tidak tahu.Beliau juga adalah ketua pasukan bagi Muay thai Malaysia bagi peninju2 di Malaysia kalau tidak silap saya lah.

gambar kenangan bersama beliau di stadium indera mulia , ipoh bertarikh 27-1-2013

Kepada Muhammad Ali Yaakub,saya sentiasa doakan kejayaan buat beliau dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang Muaythai di persada antarabangsa dan saya juga bersyukur kerana Muaythai juga telah mendapat tempat di tanah air kita dan telah diberi perhatian oleh pihak Kerajaan..Sebagai salah seorang Peninju Muaythai/Tomoi dalam negara...Saya bangga dengan pencapaian ANAK MALAYSIA dalam bidang ini..SYABAS DAN MALAYSIA BOLEH..!!!