Thursday, January 31, 2013

Ucapan Di Sidang Media Elite Boxing Pada 9 August 2012


UCAPAN DAN VIDEOGRAPHI SAYA DALAM BAHASA INGGERIS SEMPENA SIDANG MEDIA 9 AUGUST 2012 DI SUNWAY HOTEL AND RESORT SEBAGAI PENASIHAT DIRAJA ELITE BOXING MALAYSIA SDN BHD....





9-08-2012 di Sidang Media Thailand Vs Asia THE BEST OF MALAYSIA 2012 bertempat di Sunway Hotel , 





Assalamualaikum and a very Good morning everybody, it was my desire and love for the sport of muaythai that made me feel it was befitting in becoming the Royal Advisor for Elite Boxing Malaysia.

It is not just through my personal interest for the sport but I am also an actual muay thai fighter who even competes in the ring just like any other commoner or muay thai practitioner would. Muaythai has taught me true humbleness and changed my life or in a way we can say Muaythai has saved my Life. My involvement in muay thai started back in 2008 when I fell in love with the sport's movement of art which I feel is filled with tenderness behind the violence. Only in 2010 was I ready and invited to compete in the ring professionally under my own personally by my state, Perak's President of the Muaythai (Mr. Bernard Radin). To fight in the ring and earn the wages of a normal fighter, it made me so humble to know that making a living from the sport is such an admirable thing to do.

When I first fought in the ring, there was much doubt in my family as well as the other Royals who would usually pick up polo or golf as their sport. They didn't think I would last long, but here I am today after 5 years and still loving it Therefore, my advice to people who are interested, do not be afraid to try something that you are interested as long as you use positive thinking. No matter who you are, where you from, if your trust and have confidence in your own ability, you can do it. Muaythai is not only a sport for men, it can also be learned by women, children, mothers and old people as well. Trust me, there's no discrimination in learning muaythai ladies and gentlemen. I hope my strong participation can help inspire the people to learn that muaythai is for all.

Together in organizing this iconic event, Elite Boxing respects Malaysia as a Muslim country and will ensure that the event upholds the country's practices from their ring girls dress codes to the country's arts and culture. Elite Boxing truly brings muaythai to the next level with the success they have achieved in other countries and with the level of class they bring to the sport.

Aside from muaythai, I am also actively involved in the fashion scene in Malaysia. Sitting as the first ROYAL Members of Bumiputera Designer's Association, it occured to me that an entertaining evening would be to combine both my passions, muaythai and fashion together. Taking a look at Sunway Pyramid Convention Centre and what Sunway Resort & Hotel has to offer, in my opinion it is the ideal venue for an event of this calibre well suited for an audience of Royals and A-listers and I'm positive everyone's going to have a wonderfully entertaining evening.


(ROYAL ADVISOR OF ELITE BOXING MALAYSIA SDN BHD) 

9 AUGUST 2012







kisah dikuala kangsar dan makam Tok Temong

BISMILLAH HU AKHBAR , ini adalah kali KE 2 saya ke makam tok temong setelah beberapa tahun tidak ziarah dan kali ini ada kisahnya... sebelum saya nak mulakan cerita saya...saya sedekahkan Al fatihah dahulu kepada Almarhumah Tok Temong , Almarhum paduka ayahnda dan bonda saya serta muslimin dan muslimat yang seadanya...Setelah sampai saya ke kuala kangsar pada 28-1-2013 bersama adik2 angkat saya dalam waktu petang selepas seBELUMNYA PADA 27-1-2013 kami menyaksikan PERAK AMANJAYA MUAYTHAI INTERNATIONAL CHALLENGE..di stadium indera mulia....selepas santapan tengahari,saya terus bertolak ke makam Almarhum ayahnda saya , iaitu Almarhum Sultan idris Iskandar Shah (D.Y.M.M.Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke 33).Kali ini suasana sangat berbeza kerana saya tidak lagi mampu menahan sebak di dada bila mengenangkan saya hidup hari ini tanpa ayah dan bonda disisi dengan menempuhi segala onak ranjau sakit perit yang tiada siapa tahu...hanya saya dan kakak saya jer dari satu ibu yang tahu..

Di makam diraja bukit chandan , kuala kangsar dan saya di pusara Almarhum ayahnda

Selepas itu pula,saya buat kunjungan hormat bertemu dengan Pembesar Negeri Perak yang amat saya kasihi iaitu Y.D.H.Toh Seri Wangsa ( Orang Besar 16 Negeri Perak) ,Pak tok berahim yang dah pun berusia 87tahun tapi still maintain...Dah lama sangat tak jumpa,rindu...yang pentingggg...Beliau,Boleh drive kereta lagi...Beliau ni orang lama and dah berkhidmat dengan tiga Sultan sebelum ayahnda saya memerintah lagi..jap,nak selitkan gambar beliau..

Y.D.H.Toh Seri Wangsa ( Orang Besar 16 Negeri Perak  Darul Ridzuan)
Tuan Haji Abdul Rahim Bin Mohammad AMP , PKS

Segak kan ? dah 87 tu umurnya...beliau memang seorang yang taat setia pada Raja dan budi bahasa dan adabnya,Mashaallah...Sungguh indah sentiasa dan terpelihara selalu..Semoga ALLAH SWT rahmati pak tok sentiasa..amin Ya Allah...

Setelah selesai menziarahi beliau , saya dan adik2 angkat saya dan tak lama lepas tu rakan2 niaga yang dibawah naungan saya pun sampai juga dan kebetulan orang yang sangat saya nak jumpa ini membalas SMS saya yang dah lama saya hantar,kalau tak memang saya nak balik Ipoh terus..Pertama kali saya bertemu beliau kerana sebelum ni hanya berhubung melalui FACEBOOK dan apabila bersua kami pun minum2 sambil bersoreh bercerita panjang tentang asal usul sejarah dan beliau ialah keturunan dari susur galur tok temong..Selepas itu beliau pun ada cerita yang beliau pernah di datangi oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai kerabat diraja and anak kepada ayahnda saya dan mendakwa yang itu saya....hahahaha semua orang tahu saya macam mana orangnya and kesian pun ada sebab beliau ni tak tahu and terkena la jugak labun sebab si penipu tu nak mintak tengok barang pusaka dan nak pinjam,tapi nasib baikla beliau tak bagi pinjam..lagipun memang licik si Hashim Bin Ahmad Ong ni yang menyamar sebagai RAJA RIZWIN ISKANDAR SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS,memang banyak cerita dan maklumat keluarga saya dia tahu dan hairan macam mana dia tahu ..wal hal mana ada adik beradik saya nama tu..heheheh...yang hairan pun,masa dia sakit siap masuk wad diraja lagi kat HB..hehehe hospital pun boleh kena tipu ..adoiii...ni saya terpaksa dedahkan siapa diri beliau and beliau pernah di tangkap oleh bodyguard saya dan juga PDRM semasa di KL sebab nasib baikla orang2 saya tanya saya dimana,dan masa tu saya di rumah tapi orang cakap saya ada di hotel..tu sebab mereka bertindak...Niat saya dedahkan supaya jangan ramai yang tertipu dengan si laknat ni..dia dah banyak tipu duit orang kampung semua..macam2 cerita peliklah dia buat .BTW sampai ramai yang terkena kiranya dia ni memang liciklah...hati hatilah korang..haa ni kat bawah ni gambar dia..gambar yang pernah di tangkap and gambar dia sedang berangan jadi anak raja..LOL

CLICK DISINI UNTUK LIHAT FB BELIAU...

CLICK DISINI UNTUK LIHAT FB BELIAU
























http://www.facebook.com/rajarizwin.iskandarshah.3     http://www.facebook.com/rajarizwin.iskandarshah  1.Tiada Nama Anaknda Al-Marhum Sultan Idris A'fifullah Shah Namanya Raja Rizwin..  2.Gelaran Y.T.M.RAJA KECHIL BESAR PERAK DARUL RIDZUAN (Masih Kosong Dan Belum Dilantik Perkenan Oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak)


Ok,lupakan kisah dia tapi korang hati hatilah supaya jangan terkena pulak......


Dan hari agak lewat dah sebab bila ralit sembang dengan salah seorang waris tok temong,saya pun cakap yang agaknya tidak sampai hajat saya untuk melawat makam sebab hari dah nak larut malam.Tapi beliau berkata EH , MALAM PUN TAK MENGAPA KALAU NAK ZIARAH dan saya pun gembira lah sebab memang hajat saya nak kesana,tak kiralah pukul berapa sekalipun sebab saya hanya mahu sampaikan sedekah al-fatihah dan zikirullah ringkas disana untuknya tanda ingatan dan hormat pada empunya asal negeri.Dia pun balik dulu rumah and tunggu saya dirumah sebab katanya isteri nak pakai kereta.Dan saya pun dan orang2 saya pergi ke rumahnya untuk ambil beliau dan selepas tu beliau ajak saya turun dan lihat sendiri barang pusaka yang lama warisan tok temong wallah hu alam..Tapi saya rasa bertuah sebab saya dapat melihatnya dan sentuhnya juga dan dibenarkan sendiri oleh beliau WALAUPUN SAYA TAK PERNAH TERLINTAS NAK MELIHAT ATAUPUN SENTUH sebab niat saya datang ikhlas untuk kenal dan mencari sejarah serta menghormati warisan tok temong.Saya pun dapat melihat salasilah waris2 kerajaan sebanr dan telah faham sedikit sebnyak.Alhamdulillah..Tapi ada rahsia yang perlu saya jaga sebab saya dah berjanji dengan beliau tidak akan cerita apa yang tidak perlu di ketahui oleh orang lain.

Setelah itu saya naik satu kereta bersama rakan2 niaga saya yang memang rapat macam kawan pun dah,dan juga lagi satu kereta yang ada adik2 angkat saya bergerak sekali ke Makam Temong di kampung Temong selepas itu kami tunggu lagi satu kereta dekat kawasan JPJ situ,iaitu mereka dari susur galur tok temong juga yang jaga makam selama ini..saya malas nak turun dari kereta selagi tak sampai kat makam kerana saya tak nak jadi perhatian ramai...

Setelah sampai ke makam,dan memang jalan masuk situ dalam dan gelap..dan tambah2 lagi kawasan makam tu tengah di perbaiki kembali untuk dibaik pulih...maknanya tiga kereta la ke sana dengan dua kereta yang mengiring untuk menjaga keselamatan saya..Alhamdulillah..,terima kasih kepada adik2 dan rakan2 yang setia menjaga saya..Sampai2 situ saya melihat tempat kawasan makam tu memang sedang dalam proses di baik pulih dan itu ialah kali kedua saya kesitu.Dan sebelum tu saya ada dengar cerita dari warisnya sendiri yang semasa kerja baik pulih situ,orang2 yang melakukan kerja itu DISERANG TEBUAN DAN LEBAH..pelikkan ? mana boleh tebuan dan lebah bersatu..tapi kuasa ALLAH? wallah hu alam..

Makam Tok Temong di siang hari


Jadi sebelum saya naik ke makam itu,saya salam dulu waris2nya yang lain kenal kenalan untuk rapatkan silaturahim .MAAF SEBAB KEBETULAN SIAPA PUN TAK INGAT NAK AMBIL GAMBAR SEBAB MEMANG GELAP.HANYA LAMPU KERETA SAHAJA MENYULUH TEPAT KE MAKAM.dua orang adik angkat perempuan saya tak berani nak turun :-) Hanya yang lelaki jer turun.Saya pun mula buka kasut saya dan naik melangkah ke makam serta memegang batu nisan itu dengan memberi salam hormat serta berselawat , zikirullah dan sedekahkan al fatihah sebanyak 7 kali serta mendoakan kesejahteraan buat keturunana NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN JUGA NABI IBRAHIM A.S....Setelah selesai segala urusan saya pun mohon untuk pulang ke Ipoh sebab besoknya kami perlu berangkat segera ke KL sebab ada urusan.Saya pun baliklah homestay tempat kami menginap di Ipoh dan pada malam saya tidur,Saya rasa dipeluk oleh seseorang dan seperti ada orang memeluk saya dengan kasih sayang dengan seumpama meletakkan dagunya di belakang bahu saya.Saya dapat rasa dan agak terkejut SERAM tapi saya bacalah ayatul kursi.Tapi memang ternyata bukan niat jahat sebab tidak pulak benda tu menjerit mengamuk ke apa walau baca ayat kursi.Semuanya baik belaka..WALLAH HU ALAM selebihnya

Pagi selepas bangun,memang saya terlajak la solat subuh sebab penat..And bila semua dah bangun dan masa untuk check out..adik angkat saya sorang ni si Ijoy (click kalau nak tahu siapa) minta izin kat saya supaya boleh tak dia nak ceritakan sesuatu masa kat makam masa saya tengah berzikirullah and apa yang dia nampak sebab selama ni dia tak percaya dengan semua tu dan dengan apa yang isteri dia cakap pernah nampak semua..,kalau nak tahu kisah isteri dia boleh click sini .DIRIKU,JIN DAN MANGSA SIHIR .. dan dia cerita yang semasa saya sedang kusyuk membaca ayat2 suci alquran dengan hanya disuluh oleh lampu kereta...Dia nampak TIGA LEMBAGA YANG BERPAKAIAN PUTIH SETINGGI HAMPIR SEPULUH KAKI tetapi berselindang dan kemas bersih tapi tiada kepastian jantina makhluk itu sebab jauh..yang dia jadi takut ialah sebab besar dan tinggi..Makhluk itu merenung tepat pada makam semasa saya disitu tidak pada tempat lain dan adik angkat saya tu melihat MAKHLUK ALLAH itu merenung dari hutan yang boleh katakan beberapa langkah jer dari saya..Saya ingatkan dia seorang jer nampak,rupa2nya isteri dia dan seorang lagi teman saya juga melihat yang ada juga sedang bertenggek DARI ATAS POKOK..tapi malam masa kami tidur,rupa2nya semua tidur lambat ingatkan saya sorang jer ,diorg tak boleh nak tidur sebab mereka rasa ada sesuatu bersama tapi mereka tak lah layan sangat.Tapi mereka cerita ada yang kena baling dengan ampaian,pintu tingkap di ketuk and mereka di sakat..heheheh mungkin di uji kot..nasib baikla mereka tu kuat semangat juga sebab saya selalu train diorg supaya kenal diri yang kita ni dicipta oleh ALLAH semulia mulianya dan darjat kita lebih mulia dari Jin dan makhluk yang lain..Masha Allah...nak kata saya berani dan bijak sangat tak la jugak..sederhana jer.saya sendiri pun masih banyak yang tak betul...
Jadi itulah kisah yang terjadi dan hanya itu sahaja yang saya boleh cerita ..nak percaya atau tidak,terpulanglah,..wallah hu alam ,tapi DEMI ALLAH itu lah yang berlaku,tiada tokok tambah kat sini..tapi kita kena ingat yang makhluk halus ni memang wujud dan mereka juga makhluk ALLAH macam kita cuma tak serupa.dan Apa YANG TERJADI PADA SAYA BILA PULANG KE KL PULA kalau nak tahu boleh click di entry saya yang ini LABAH LABAH HITAM ,

Sekian,Dan apa yang berlaku semua atas izin ALLAH YANG MAHA AGONG..dan ini bukan cerita REKAAN...ini adalah pengalaman yang benar...

hasbunallah wa ni'mal wakil ...

Wednesday, January 30, 2013

Labah-labah Hitam

Dalam lingkungan pukul 10.30pm semalam perkara ini terjadi dari tarikh saya tulis blog ni and memang baru sampai dari Ipoh dalam pukul 5lebih , lepas solat maghrib saya agak lapar and nak makan sesuatu and saya pun makanlah dengan kakak saya di dapur.Dalam waktu pukul 10 macam tu saya terasa macam mengantuk secara tiba2 tapi dalam keadaan sedar dan tidak...saya cuba melawan mata saya tapi saya tak pasti sama ada saya tengah sedar ataupun tidak masa keadaan itu berlaku..semasa saya dalam keadaan yang mengantuk ke khayal ke apa entah,saya menghadap langsir sambil baring melawan keadaan mata yang agak2 mengantuk tapi keliru..mengantuk ke atau seumpama terpukau,dipukau ? wallah hu alam...

di langsir inilah,saya melihat sesuatu yang mistik dalam pukul 10 lebih (malam) , ini ialah langsir di bilik saya


Dalam keadaan sedar tak sedar tu , mulut saya tak berhenti membaca ayatul kursi walaupun memang agak mamai tapi saya lawan kan juga,lepas tu perlahan lahan saya nampak sesuatu menjelma di langsir itu bukan luar,tapi dalam bilik dan melekat di langsir itu dan jelas kelihatan ia adalah seekor labah2 berwarna hitam dan  saya pun teruslah lagi baca ayatul kursi,mata saya antara pejam and nak pejam tapi saya lawan juga celikkan...(sehari sebelum pulang ke KL memang saya ada melawat makam TOK TEMONG "click kalau nak tahu siapa" pada waktu MALAM iaitu empunya negeri perak darul ridzuan yang asal and nantilah saya cerita pada entry lagi satu)

Mungkin lama imej labah2 itu makin membesar dan saya agak takut la jugak,memang saya ngeri binatang2 macam Labah2 and jenis kaki banyak2 macam tu..nasib baikla labah2..kalau lipas ?? lagi saya terus jerit hehehe....memang saya nampak dengan jelas labah2 tu membesar dan membesar and saya pun bacala ayat apa yang ada tapi saya dapat rasa labah2 tu bukan nak mencederakan saya cuma ia seperti mahu tunjukkan sesuatu yang mungkin mereka ini wujud dan wallah hu alam..tak berani nak buat andaian sendiri...selalunya kalau baca ayatul kursi mereka akan lenyap tapi ini tidak,lagi jelas saya nampak...terus saya lawan kan mata saya yang kuyu ni and bukak pintu bilik and tidur tak tutup pintu lepas tu..heheh risau melekat kat badan ke pulak kan..heheh geli..masa saya nak bangun buka pintu,memang benda tak hilang ada jugak tapi bila pintu dah di buka pelan2 ia mengecil kembali dan hilang...saya terus pergi periksa sendiri kat langsir tu walau dalam keadaan takut,dalam hati ni cakap Janganla lekat kat tangan ke apa..memang pengsan heheh..biar ular lagi..saya tak takut..heheheh jangan binatang jenis kaki banyak cam tu...apa pun itulah dia ceritanya and saya sudah dapat jawapan dari salah seorang waris tok temong apakah maknanya tapi saya masih belum berpuas hati kerana saya mahu mencari jawapannya lagi...in shaa allah...




Seniwati Norizan & Dato Sri Cik Puan Norizan ?

Semalam saya mendapat panggilan dari wartawan hiburan HUZZ dan beliau menanyakan pada saya sendiri yang ada orang cakap Allahyarhamah Seniwati Norizan itu adalah ibu saya dan saya nafikan, Bukan...Arwah seniwati itu dan arwah bonda saya punyai nama yang sama dan kebetulan juga mereka berdua pernah mengahwini Sultan Perak tetapi bukan Sultan yang sama....




Well,biar saya jelaskan supaya tidak berlaku kekeliruan.Sebelum Arwah seniwati Norizan ini berkahwin dengan p ramlee..Beliau ialah isteri kepada Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke 32 ,Almarhum Sultan yusuf Izuddin Shah. Dan beliau telah diceraikan oleh Tuanku Sultan Yusuf dan selepas itu beliau berkahwin dengan P Ramlee . Manakala arwah Ibu saya pula berkahwin dengan Sultan Perak yang ke 33 , Almarhum Sultan Idris Shah II dan bercerai mati bukan di ceraikan..Ibu saya meninggal dunia sebagai Balu kepada Almarhum Sultan idris Shah II dan arwah tidak berkahwin selepas mangkatnya Almarhum suaminya..Itulah perbezaannya..ada dua Norizan yang pernah berkahwin dengan Sultan dari negeri perak..Bezanya seorang di ceraikan semasa hidup dan seorang bercerai mati...Harap2 perkara ini sudah dapat di fahami dengan jelas...

sekian dari saya..
KuEss Idris

Diriku , Jin dan mangsa sihir


Official Page : KuEss Idris
Photo By :taisgilo

Pada 20-1-2013 saya di telefon oleh adik angkat saya (Mohd Hazril a.k.a. Mak yong) untuk bertemu kerana beliau kurang faham dengan kontrak perjanjian dalam bahasa inggeris kerana untuk menolong seorang gadis saudara pada kawannya yang bernama ijoy , jadi saya pun bertemu mereka dan berbincang mengenai masalah itu dan terangkan cara yang betul dengan mengikut undang2 .Saya dikenalkan kepada saudara kepada wanita tersebut dan yang GF adik angkat saya ni mulalah telefon sebab bila dapat tahu jumpa saya, dia lama tak jumpa saya and rindu katanyer and yang sorang tu pula isterinya mula telefon beliau di mana..Dan pendekkan cerita pada 23 hb ni saya keluarlah lagi sekali dengan adik angkat saya dan kali ni turut serta bersama teman wanita bakal tunangannya dan juga kawan nyer yang bernama ijoy serta isterinya..tetapi dari awal saya telah nampak sesuatu pada sinar muka isteri ijoy ini yang ada yang tidak kena..Saya bukanlah bomoh atau ahli nujum..cuma itu kelebihan ALLAH SWT berikan....

Nak di jadikan cerita , ke esokkan harinya adik angkat saya bersama kawannya ijoy datang bertemu saya lagi dan mereka ajak saya minum2 dan kami pun pergi lepak sembang2..tapi tak lama tu Isteri ijoy ni telefon and emosi dan menghantar SMS yang seumpama berbaur kearah penceraian dan saya nasihatkan si ijoy supaya jangan dilayan sangat kerana saya dapati diorang berdua ni mangsa sihir oleh orang yang dengki ank hidup mereka porak peranda..Jadi adik ipar ke apa ntah pada si ijoy telefon , eh bukan Gf si adik angkat saya ni telefon cakap si hunny..(nama yang saya panggil) tu dah jadi lain macam and selama ini tak pernah macam tu,sejak bertemu saya terus macam dia tunjuk perangai tapi saya tahu itu bukan diri beliau and dia tak bagi saya nak datang singgah rumah and suruh suami dia hantar saya balik katanyer.Dan bila sedang seronok melepak bersama adik angkat saya dan suami dia,GF adik angkat saya tu SMS adik angkat saya dan si ijoy ni pun rasa lain macam dan ajak saya tengok sekali.Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang ada sikit2..saya pun pergilah ikut juga and semasa saya naik tangga nak kerumah mereka , saya dah nampak ada LEMBAGA yang duduk disitu tapi tak berani nak hampiri saya...saya diam dan berselawat ke atas nabi dan zikirullah dalam hati dan saya dah tahu ini hantaran orang...

Berbaju biru itu  Dhia zara adalah GF / Bakal Tunangan adik angkat saya dan berbaju hitam itulah mangsa Sihir  itu..


Bila masuk jer rumah , saya bagi salam dulu dan lihat isteri beliau ada atas katil terlantar...sebab saya tahu,makhluk halus ni tak boleh jawab salam.,.bagi salam mereka boleh tapi mereka tak boleh nak jawab..wallah hu alam tak  tahu kenapa..And adik2nya di rumah dalam ketakutan and termasuk gf tunangan adik angkat saya yang lemah semangat..

Saya pun mulakan dengan apa yang saya tahu,saya minta izin suami dia untuk sentuh nadi isteri beliau melalui tangan dan saya mulakan dengan nama BISMILLAH HU AKHBAR dan zikirullah serta ayatul kursi dan doa selawat keatas keturunan Nabi Muhammad S.A.W. dan Nabi Ibrahim A.S....Mulalah isterinyer meronta ronta dan cakap sakit...dan saya tidak berhenti saya teruskan baca surah ayatul kursi berulang ulang dan ayat yang saya ulang tiga kali di pertengahan ialah WALA YAUDUHU 3x and sambung HIFZUHUMMA WAHUAWAL ALI YUL AZIM seperti ada seorang ustaz dari jabatan agama islam negeri pahang ajarkan dan sampai sekarang saya ingat dan tak lupa,terima kasih ustaz... dan masa itu lagi kuat dia meronta and melawan dan akhirnya jin itu tewas dan mohon untuk pergi dan mengaku bahawa DIA TAK NAK LIHAT MEREKA NI HIDUP BAHAGIA dan sudah semestinya itu atas arahan SIHIR menggunakan syaitan..Saya bukan cakap kosong tetapi ada video bukti dari suami nya sendiri ( ijoy ) tapi saya memilih tidak mahu upload video tersebut kerna takut terjadi riak sebagainya pulak..saya bukan BOMOH,saya tidak sempurna dan masih banyak cacat cela dan silap..cuma ada ilmu sikit2 yang tak seberapa..tapi itu kurniaan ALLAH...

Alhamdulillah dengan izin ALLAH S.W.T.,dengan menyeru YA ALLAH Jika benar ALLAH JADIKAN HAMBA INI KETURNUNAN SUSUR GALUR YANG BERDAULAT,kabulkanlah permintaan hamba ini untuk pulihkan rakyat ini dan tunaikanlah hajat di hati supaya jin itu akur dengan titah perintah hamba jika benar hamba ini dari susur galur yang HAQ...akhirnya dengan kuasa ALLAH, Jin itu mengalah dan saya memaksa jin itu shahadah mengaku bahawa ALLAH itu tuhan yang satu dan Nabi Muhammad S.A.W. rasul ALLAH...dan jin itu akur mengucap dan Jin itu telah berjanji akan pergi dan tidak akan menganggu lagi dan akan kembali kepada tuannya atas nama ALLAH dan telah DIISLAMKAN ..ALLAH HU AKHBAR3X..apa jadi dengan orang yang menghantar tu? wallah hu alam dn itu adalah urusan MALIKIYAU MIDDIN..bukan saya..

P/S: PADA ijoy dan Hunny..sis sayangkan korang  berdua dan perasaan kasih sayang itulah yang membuatkan sis bertindak sedemikian kerana ALLAH S.W.T. I LOVE YOU GUYS SO MUCH AND SIS NAK KORANG SENTIASA HIDUP BAHAGIA MACAM NI ..ITU PUN SUDAH CUKUP BUAT SIS RASA BAHAGIA....SIS DOAKAN SUPAYA KORANG KEKAL BAHAGIA HINGGA KE ALAM SYRUGA..AMIN YA ALLAH




Friday, January 25, 2013

24-1-2013 Fashion Fighter By Tais Gilo

Entry saya yang ni tak panjang sangat kot sebab just nak share beberapa gambar yang saya photoshoot bersama photographer berbangsa russia itu..Website rasmi beliau disini . http://taisgilo.com/ dan di bawah ini saya masukkan la sekeping dua hasil dari photographer ni yang mendapat keizainan dari saya untuk menjadi modelnya secara sukarela ...



apa pun kalau nak tengok gambar yang selebihnya , boleh pergi ke official page saya di OFFICIAL FB : KuEss Idris ..

Sekian,Terima kasih...
Royal Beauty Boxer

Thursday, January 24, 2013

Me Modelkan diri yang tak berapa model sangat la..lol


Rekaan Raymond Zack (Bumiputra Designers Association)


Setelah sekian lama meninggalkan bidang peragaan posing2 pelbagai ni,hari ni kira petang tadi la,setelah lama berjanji untuk bersetuju jadi model untuk seorang juru foto yang berasal dari russia dan kebetulan saya pun tengah ada mood nak bergedik posing depan kamera dan memang best..Beliau datang bersama isteri dan anak perempuannya yang berusia lima tahun dan yang bestnya ...isteri dia yang EXPERT tang ambil gambar2 ni..Memang terbaikla hasil kerja isteri beliau dan anda boleh lihat dengan klick link disini >http://taisgilo.com/ .


Memang sangat2 berbakat isteri beliau dan yang seronoknya,isteri beliau seumpama tahu apa yang saya hendakkan dan tidak perlu kita cakap atau complain sebab setiap shot yang di snapnyer..membuatkan saya terpaku bersama adik angkat saya yang menemani saya...memang senang sangat berurusan dengan mereka dan mereka juga begitu dan rasa syok kejap bila diorg cakap , saya masih mampu beraksi seperti seorang model yang proffesional..hehehe alhadmulillah..DEMI ALLAH bukan saya yang cakap tau...diorg yang cakap gitu,kembang sekejap..hahah apa apa pun gambar photoshoot saya yang memperagakan rekaan ciptaan amir luqman , raymond zack dan hanimarini treasure masih belum siap dan saya akan update lagi bila mereka dah siapkan ek...apa pun ada la sedikit gambar2 terbaru saya yang sedang memakai pakaian yang dipakai tadi semasa sebelum photoshoot ....Tungguuuu heheheh

Rekaan Dari butik Violetta




Tuesday, January 22, 2013

Kenangan 7-7-2012 Selangor Muaythai Charity Challenge ke 4




Kali ni saya nak cerita pengalaman saya yang ke 4 pada 7-7-2012 di gelanggang pertarungan muaythai yang berlangsung di dewan muhibbah,taman bolton,Gombak . Game kali ni agak bangga sikitlah kan sebab saya MENANG..fuhh syukur alhamdulillah.dah 3 kali lawan kalah jer and kali ke 4 menang la pulak,rezeki serta hasil gigih training.Tapi mesti ada pihak akan cakap , Saya menang nasib jer sebab regu yang lawan dengan saya tu tak cukup training..Whatever it is,I DONT CARE sebab saya tahu saya lawan dengan penuh bermaruah.Kali ni saya lawan dengan orang yang bernama Jasin dari sitkrumat Muaythai camp di kelang yang menggunakan gelaran PUTERA MUAYTHAI berasal dari sabah ,! Beliau tidak pernah ada pengalaman berlawan atas gelanggang tapi punyai semangat fighter yang tinggi dan cool orangnya walau atas gelanggang dia agak attitude sikit hehehehe.Sepatutnya saya perlu lawan dengan fighter club dari sabah , tapi dengar kata mereka cedera semasa latihan dan hmmmm tu sebab kena lawan dengan jasin.Regu last minute jasin tu...tapi tak apalah,saya betul2 dah bersedia mahu lawan and kalau tak ada regu mesi bengang la kan...! dan dalam hati saya perlawanan kali ini AKU MESTI KENA MENANG...!! selaunya rasanya kalau orang lain 3 kali lawan and kalah berturut turut mesti give up sebab malu..but i dont care..KALAH MENANG tolak tepi,janji KITA CUBA hingga berjaya ..

Datanglah saya di tempat perlawanan waktu awal pagi dalam pukul 9 lebih macam tu untuk timbang berat and dah selesai timbang berat, apa lagi saya makanlah....Tapi saya hanya makan 3 biji telur setengah masak sebelum datang timbang berat and bila dah timbang saya makan nasi goreng kat gerai belakang dewan tu hanya 4 sudu sebab saya takut lambat hadam..Nanti tengah lawan termuntah pulak naya aku kan..Hehehehe wal hal saya regu ke 15 kalau tak silap.Saya ingatkan saya regu ke 5 macam tu..hehehe Saya lawan dalam waktu 3 ke 4 petang macam tu lah sebab mereka nak buat orang tertunggu tunggu sebab memang ramai yang ternanti nanti bila saya nak lawan sebab sayalah yang terlain antara yang lain hehehehe....saya jalan jer masuk gelanggang,punyalah menjerit and bergema satu dewan tu orang sorak dan berikan sokongan kat saya..terharu saya ..terima kasihla sangat2.,.

Diiringi oleh sahabat2 saya ke gelanggang perlawanan Awie tok seh fighter dari CTR 313 MUAYTHAI FIGHT CLUB,Sahabat saya dari KIRSTY MUAYTHAI FIGHT CLUB dan WAN CHEMPAKA SARI (KIRSTY MUAYTHAI FIGHT CLUB)




Bergema satu dewan tu , saya betul2 rasa syukur dan terharu diatas sokongan moral semua dan ia menambahkan semangat saya untuk berjaya dan kali ni saya memang cukup rehat semua tapi agak lapar heheh..but i know i can do it..dan lagi satu saya rasa amat gembira kerana pertama kalinya guru saya ada sekali,iaitu guru asal saya dan itu juga semangat kuat untuk saya menjadi juara kerana restunya bersama dan didepan mata saya,walaupun memang beliau restu sebelum ini tapi saya agak kecewa sebab dia tak dapat hadir sama atas sebab2 tertentu...



Guru asal saya yang saya panggil abang mie sedang mencabut mongkun dari kepala saya dengan membaca beberapa potong ayat suci ALLAH..



Anda saksikanlah video pertarungan saya yang ke 4 dibawah ini dengan mata kepala sendiri dan sumpah DEMI ALLAH saya bersa sangat lapar masa tu dan walaupun begitu ALHAMDULILLAH berbekalkan semangat ingin berjaya,saya kawal minda saya sehingga saya bergelar juara akhirnya dan saya lawan habis habisan dan saya tetap dengan prinsip saya KEBERANIAN LEBIH PENTING DARI KEMENANGAN.



Mazli ( Kirsty Muaythai fight club) , Awie Tok Seh ( Official FB :CTR 313 Muaythai Fight Club,) , Wan Chempaka Sari ( Kirsty Muaythai Fight Club) yang menjadi Corner Man saya





Gambar pertarungan di atas hasil dari Mr Azizan CM



Sumber2 diatas itu ialah dari Keluaran Majalah Seni Beladiri Keluaran september 2012 ...dan Alhamdulillah saya syukur sangat2 kali ini saya berjaya dan hadiah telah disampaikan oleh paduka kekanda saya sendiri Iaitu Yang Amat Mulia Raja Saidatul Mardiah a.k.a. Ku Diah Bt Almarhum Sultan Idris Shah ( Official FB : Raja Mardiah Idris )

Ku Diah yang selalu berikan sokongan dan dorongan kepada saya . Selalu berada disisi saya apabila saya menghadiri perlawanan penting.
Alhamdulillah,Akhirnya saya memliki PIALA JUARA tapi ini bukan perjuangan terakhir .Saya akan kembali bertarung lagi.


TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA GURU PERTAMA SAYA DAN JUGA AHLI2 KELUARGA KIRSTY MUAYTHAI FIGHT CLUB KERANA MENDIDIK SAYA HINGGA BERGELAR JUARA......JUGA PENDUDUK KAMPUNG KELANG GATE DAN KELUARGA ANGKAT SAYA DI TAMAN MELAWATI..I LOVE YOU GUYS SO MUCH AND ALSO RAKYAT2 JELATA SERTA SAHABAT2 YANG BAIK...ALLAH HU AKHBAR

Monday, January 21, 2013

Kenangan 9-10-11 Selangor Muaythai Charity Challenge 1

KuEss Idris (Royal Beauty Boxer) Kirsty Muaythai Club Vs Petra Sitkrumat "Sitkrumat Muaythai Klang"


Memang perlawanan ketiga saya ni agak kelam kabut sikit,maklumlah lawan di pagi hari kot,dalam pukul 10 cam tu...THE BEST PART IS kalau korang nak tahu , SYA TIDUR SATU JAM jer ....boleh ? wal hal nak lawan ni...Hanya ALLAH jer yang tahu betapa mengantuknya saya masa ni...sampai jer kat tempat perlawanan memang menguap dan wajah saya ketara kelihatan mengantuk.Sebelum tu sempat singgah kat rumah Engku Shah sahabat saya berdekatan Gym Naga Api tu dimana perlawanan berlangsung.Ok nak dijadikan cerita memang saya dah berapa kali menguap sebab time nak dekat lawan tu , time tu jugak la mengantuknya tapi perlawanan harus diteruskan kerana saya berlatih bersungguh snugguh tapi sebenarnya tak guna berlatih bersungguh pun kalau tidur tak cukup sebab tenaga tak ada....Korang kalau tengok video kat bawah ni korang sendiri boleh tengok masa saya buat sembah tari ni terhuyung hayang...LOL

Nampak macam nak jatuh kan ? LOL...mana taknya,longlai rasa diri..tapi gagahkan juga,cuba kosongkan minda...dan bila mula round 1,mak aiiiiiiii..Boleh bantai lompat tinggi sangat and sampai terhantuk kepala kat bucu syiling dalam gym tu..lupa pulak diri ni TINGGI orangnya...hahahahahah..Berdesing la kepala sampai terpaksa berhentikan perlawanan sekejap and berikan laluan pada regu seterusnya sebab saya kepala berpinau...korang tengoklah sendiri macam mana kepala saya terhantuk tu kat video di bawah ni..

Memang saya tak nampak apa lepas terhantuk tu,rasa semuanya blur..Mana tak nya ? berderai syiling kapor tu hahah..kepala batu agaknya aku ni..LOL..! saya duduk la rehat sekejap lepas tu sehingga regu lagi satu selesai berlawan.Saya pulak sambung untuk kira round ke 2 lah..Sakit tu memang sakit kepala tapi saya MESTI TERUSKAN kerana rugilah saya training selama ni susah payah kalau mengalah macam tu jer..Dalam hati menyesal sebab tak cukup tidur dan lagipun nak buat macam mana? cuba tidur tapi tak boleh....mata susah nak pejam..mungkin  nervous or too many things in my mind kot....ha tengok video round 2 dan 3 pulak kat bawah ni...



Saya pun tak tahu tenaga saya datang dari mana sebab mengantuk tahap gaban ooo...tapi mungkin semuanya bergantung pada minda kita...Jadi minda saya cakap LAWAN walau badan letih.Korang sendiri boleh tengok bagaimana pergerakan saya...lemah dan tak bermaya...rasa nak balik tidur jer hahahaha...tapi akhirnya nasib tidak menyebelahi saya,saya tak mampu nak bertahan lagi pada round ke 4..nak tumbuk pun dah macam haper ntah..hahahah LEMAH...Saya tak mampu nak tahan bila si petra tu menendang peha saya,sepak potong orang panggil..hahahah..and saya K.O. bila dia menumbuk tepat mata kanan saya...terus terduduk ala ala ratu kalah dalam pertandingan ratu cantik hahahahah.....Berpinau mata ku rasa macam ada bintang2 tengah kelilingi di atas kepala and korang tengok sendirilah video yang saya maksudkan itu di bawah ni yer..Hahahahahaha...NASIB PETRA NI BAIK SEBAB SAYA TAK CUKUP TIDUR JER...!! Kalau takkkkkkkkkkkkkk...dia sendiri pun tahu :-)






ENTRY AKAN DATANG NANTI , PERLAWANAN SAYA YANG KE 4 PULA DAN ALHAMDULILLAH , AKHIRNYA KEMENANGAN MILIK SAYA JUGA DI SELANGOR MUAYTHAI CHARITY CHALLENGE 4,TO BE CONTINUED...





Kenangan 27 March 2011 Pertarungan Tomoi Saya Yang Ke 2








27/03/2011 pertarungan saya buat kali keduanya dalam dunia muay thai dengan seorang jejaka yang sangat hebat dan keras dari segi mental dan fizikal nya yang berasal dari kelantan dengan gelaran nama peninjunya "AMIN SELSEMA BURUNG".Heheheheh kelakar pun ada namanya,saya siap boleh tanya lagi kenapa nama itu ambiknya..:-) tak ada nama lain ke amin..! well,apa yang seronok dalam muay thai ni ialah kita hanya bergaduh atas gelanggang sahaja,dibawah gelanggang kita terus jadi kawan dan bertukar pendapat masing masing dan walaupun kalah dengan teruknya dibelasah oleh beliau,Tetapi itu semua tidak kami bawa semasa habis bertarung.Itu hanya cerita gelanggang dan ia habis disitu sahaja antara kami.Apa yang saya belajar dari pengalaman ini dan saya terpanggil untuk menulisnya disini untuk berkongsi bersama anda semua apa yang saya rasa.Memang ramai yang MENGUTUK, mengritik dan cuba mempertikaikan perlawanan saya,dan saya ingin jelaskan disini bahawa sebenarnya saya memang tidak setaraf untuk berentap dengan beliau kerana beliau jauh lebih hebat dan berpengalaman lebih lama dari saya.Sepatutnya saya perlu bertarung dengan seseorang yang lebih berat pada saya (87Kg) yang nama gelaran peninjunya "AWANG JANGGUT" kickboxing bukit bintang yang tak pernah ada pengalaman berentap atas gelanggang.Atas sebab sebab yang tertentu beliau tidak dapat berentap dengan saya.Jadi saya gak cemas kerana saya telah pun berjanji yang saya akan bertarung untuk 27 march 2011.Dan bila saya dapat tahu yang saya kena hadapi beliau iaitu saudara AMIN SELSEMA BURUNG..! Saya memang cuak dan gentar tetapi sedikit pun perasaan untuk berundur tidak wujud walaupun saya tahu saya akan kalah dengan teruk dan aibnya :-)



Bila pertama kali saya jumpa beliau kat stadium semalam,berdengup jantung bila lihat fizikal nya.Dalam hati saya terus berkata,alamakkkk mampus aku,keras mamat ni :-) mahu tersungkur aku dibuatnya.Tetapi belum cuba belum tahu sebab saya perlukan pengalaman.Bila dibelakang stage sebelum perlawanan dia agak terkejut kerana lawannya ialah saya,hehehhe..!  Memang dari awal dia tak tahu yang dia kena lawan dengan saya dan saya juga suruh penganjur rahsiakan kerana saya tahu dia akan tarik diri sebab saya bukan tarafnya dan belum layak berentap dengannya dan termasuk la jugak paras rupa saya.Tetapi saya sangat kagumi semangat nak muay beliau yang betul betul jati dalam diri,apa yang dia tunjukkan diatas gelanggang dekat saya ialah,KITA TIADA PILIHAN LAIN ...! HIDUP ATAU MATI..! LAWAN TETAP LAWAN..! 





Saya memang dinasihati untuk tenangkan diri diatas gelanggang dan jangan gopoh di pusingan pertama.Tetapi bila dia terus terjah saya begitu,saya terus cuak dan gabra dibuatnya sampai lupa semua langkah yang patut saya buat :-) hahahahah lawak pun ada! bila dia tendang peha saya,teramatlah sakit tetapi saya masih mampu untuk bertahan dan membalas tendangannya.Tetapi yang saya terkejut ialah bila saya terkena lutut di perut saya secara tetiba..! itu yang amat menyakitkan sebab ia tepat dan padat ..! Memang susah nak bernafas masa tu..! Itu yang buatkan saya tak mampu bertahan dan saya akui saya perlu lebih banyak latihan yang berdisiplin.



Lah Peninju Proffesional yang juga trainer saya sedang menekan perut saya yang sakit akibat tujahan lutut yang kena ..Hheheheh..Sakitt woooooooo


Saya tak salahkan trainer saya seperti edie selindang kuning,Lah kirsty,Emie sampuri.Mereka telah ajar saya apa yang patut dan saya salahkan diri saya sendiri kerana saya selalu ambil jalan mudah masa training...! padan muka kat aku,hahahaha inilah hasilnya :-) saya tahu mereka menghormati saya disebabkan kedudukan saya sebagai kerabat diraja dan anaknda kepada Almarhum Sultan yang memerintah negeri Perak satu ketika dulu.Apa yang saya belajar kat sini ialah kita jangan sekali ambil jalan mudah semasa latihan dan dengar nasihat coach kita kerana ia untuk kebaikan kita..! saya dengar nasihat meraka tetapi saya banyak ambil jalan mudah ( shortcut) semasa latihan dan saya akui saya tidak ikut disiplinnya serauts peratus.Terima kasih tak terhingga saya kepada KIRSTY ,MARZUKI BIN ISMAIL DAN banyak lagi kerana mereka mereka ini kerana memberikan kepercayaan kepada saya walaupun saya sangat menghampakan mereka kali ni.Oh ya,bila saya dapat tahu yang kaki Amin luka akibat tendangan tulang keting saya,bangga jugakla saya sekejapkan walaupun tak menang..hehheheeh janji kena !


luka merah yang diatas tu yer,bukan yang lebam tu...




Apa yang saya gembira disini ialah,perlawanan saya berakhir dengan persahabatan dengannya :-) Dia seorang insan yang merendah diri dan baik budi bahasanya.
Semoga ALLAH SWT murahkan rezekinya di dunia dan akhirat.Amin





Dibawah ini ada video saya yang kalah dengan teruk , malu nak tunjuk tapi tak perlah kan..Pengalaman..
PERLAWANAN SAYA START DARI SAAT 2:32



AKAN BERSAMBUNG KISAH PERLAWANAN SAYA YANG KETIGA BERTARIKH 9-10-11..TUNGGGUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Sunday, January 20, 2013

Kisah Permaisuri Siti Aishah dan saya

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera,Ya kali ini saya akan menulis kisah Mantan seri paduka baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia yang ke 11 , Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah. Dengan nama ALLAH YANG MAHA AGONG apa yang saya tulis ini adalah benar belaka dan ALLAH akan hancurkan hidup saya jika niat saya tidak baik...Saya hanya akan cerita apa yang saya perlu sahaja




Saya kurang pasti tarikhnya tapi seingat saya ia berlaku pada awal tahun 2010 , ada seorang kenalan saya dan juga rakan FB saya berkata Beliau serve Permaisuri Siti Aishah kat pavillion . Kawan saya tu namanya sazrul dan dia kerja di Jaguar Pavillion masa tu.Dia cakap Permaisuri nak beli kereta jaguar.Saya pun terus cakap dengan dia...SAZRUL,BOLEH TAK BERI TAHU PERMAISURI TU YANG SAYA NAK JUMPA DIA ? SAYA PUN TAK TAHU KENAPA SAYA NAK JUMPA DIA TAPI HATI SAYA BETUL2 NAK JUMPA DIA.BELIAU BETUL2 BUAT KAN SAYA TERINGAT KUAT PADA BONDA SAYA sebab bila suami dah tak ada orang buat  tak tahu jer..Memandangkan dia ada number personal Permaisuri saya suruh dia sms dulu sebab saya hormati Permaisuri sebagai mantan Permaisuri Malaysia dan Selangor selagi beliau belum berkahwin, Beliau wajib dihormati kerana beliau telah DITABALKAN sebagai permaisuri takhta kerajaan walaupun beliau orang kebanyakan..

Jadi dengan izinnya Permaisuri Siti Aishah suruh berikan number telefon peribadi beliau kepada saya dan sebelum saya pergi training tomoi di sri rampai ketika tu, saya sms "Mohon diampun Yang Amat Mulia Paduka Permaisuri , saya anaknda bongsu Almarhum Sultan idris Shah dari perak,harap diampun kerana menganggu" sedang saya berehat dari training,malam tu Permaisuri reply SMS saya and say it was nice to hear form you..And lepas tu tak lama saya dah habis training telefon pun berbunyi dan namanya keluar di skrin telefon saya dan saya pun jawablah dan berbual dengan Permaisuri..

Angkat2 jer telefon bila dengar cara permaisuri bercakap saya dah tahu BELIAU SAKIT,TAK SIHAT DAN BUKAN DALAM KEADAAN DIRI BELIAU YANG SEBENAR.Saya dapat tangkap sebab arwah bonda saya juga ada alami sakit yang sama seperti itu.Kena disihir orang satu hal , dan ada orang cakap tak tahan daulat..Kang kalau nak cerita lebih2 ada pulak nak cakap POYO MACAM BAGUS sangat raja ni itu la ini la kan,Tapi hakikatnya kalau orang kebanyakan kahwin dengan Sultan yang berdaulat selalunya bila suami mereka mangkat , mereka akan jadi begitu macam tak senang duduk,Bukan saya nak memandai mandai ,ARWAH BONDA SAYA "Allahyarhamah Y.T.M.Dato Sri Cik Puan Norizan Binti Haji Hamzah" sendiri macam tu .Macam tenggelam timbul,kejap diorang ok kejap diorang tak.Sebab apa ? wallah hu alam..Daulat ke Tulah ke apa itu semua kelebihan yang ALLAH S.W.T. Pinjamkan kepad amakhluknya yang bergelar sang RAJA

Allahyarhamah UMMI/BONDA saya
Yang Teramat mulia
Dato Sri Cik Puan Norizan Binti Haji Hamzah
(Isteri Bongsu Kepada Almarhum D.Y.M.M.Paduka Seri Sultan Perak yang Ke 33)

Saya kalau training , saya selalu akan duduk di taman melawati rumah mak angkat saya . Pada malam yang sama juga dalam pukul 1pagi macam tu Telefon saya berbunyi lagi dan permaisuri telefon.Masa tu saya tengah lepak2 dengan kawan2 saya di rumah family dia tengok tv ramai ramai.Saya pun layanla berborak dengan Permasuri dan hati saya menangis sebab saya tahu beliau sakit .Beliau sembang benda2 yang boleh dikatakan tak masuk akal dan saya faham itu bukan beliau..Beliau tak sihat dan emosinya terganggu dan apa lagi ?jin setan semua pun campur la bagi lagi jahanam..Kalau orang yang tak pernah alami keadaan mistik macam ni orang akan cakap beliau kurang siuman atau GILA..sebenarnya beliau tidak GILA..!! Gangguan Jin yang membuatkan beliau macam tak tentu arah..Malam tu juga beliau jemput saya supaya lepak2 dan sembang dengan beliau di kediaman beliau tapi saya menolak sebab saya penat dan saya tak selesa begitu.Saya janji pada beliau yang pagi dalam pukul 10 macam tu saya akan datang ke kediaman beliau bersama keluarga (tak boleh nak bagi tahu kediaman beliau dimana sebab privasi) .

Keesokan harinya dalam pukul 10 macam tu sampailah saya dirumahnya dan saya tunduk salam dan cium tangannya dan bila tengok keadaan muka beliau ketika sambut kedatangan saya,saya rasa nak menangis sebab kesian saya tengok .Dengan muka yang pucat , keadaan diri macam tak terurus dan kelam kabut dirinya buat kan saya terkenang sangat arwah bonda saya yang alami keadaan yang sama.Kalau ikutkan , Sultan Selangor yang dulu Iaitu suami kepada Beliau adalah pangkat sepupu pada saya dan kira nya Permaisuri tu sepupu ipar la gitu..saya anggap kakak ler.Beliau pun tak mahu saya panggil beliau Tengku Permaisuri dan suruh panggil kak long jer.Saya pun turutkan.

Lepas tu dia ajak saya masuk dalam bilik pakaian dia untuk tolong pilihkan baju mana dia nak pakai ke majlis rasmi katanya kat finas,Sebab ada nak launching filem MOMOK LAGI apa entah tajuknya arahan M Jamil . Saya dah tak sedap hati sebab saya tahu beliau tak sihat dan beliau boleh bertindak sampai malukan diri beliau sendiri dalam keadaan macam tu dan beliau bukan mampu kawal diri beliau masa tu sebab beliau sakit.Yang jadikan saya terkejut lagi ialah beliau cakap beliau ada berlakon WATAK PENDEK dalam filem tu dengan hanya menyebut kalimah LAILAHAILLALLAH watak sebagai ibu kepada pelakon mana ntah dalam filem tu.PUNYALAH TERKEJUT BERUK SAYA BILA DAPAT TAHU YANG DIA BERLAKON ? saya terus sound permaisuri and cakap...DO YOU KNOW WHO ARE YOU ? YOU SEDAR TAK APA YOU BUAT NI ????? YOU ARE MANTAN RAJA PERMAISURI AGONG MALAYSIA YER.! bukan isteri tukang kebun ke apa..YOU AKAN JATUHKAN MARTABAT KERABAT DIRAJA kalau you buat begitu and beliau tersentap jap and fikir ..Betul jugak yer..and saya tak salahkan beliau sebab beliau tak sihatttttt..Beliau tenggelam timbul..dalam keadaan macam tu senang beliau diperbodohkan dan di tipu..and lepas tu beliau masuk bilik personal beliau buat apa tak tahu lah and ibu pada beliau datang pada saya dan menangis..ENGKU, PATIK MOHON ENGKU JANGAN BENARKAN PERMAISURI PERGI.TAHAN DIA.ENGKU FAHAM KAN? menangis Datin Sri Shamsina depan saya tunduk sebak dan saya pun cakaplah "DATIN SRI , SABAR YER..SAYA FAHAM DAN TAHU DIA SAKIT..ARWAH IBU SAYA PUN MACAM TU DULU TAPI KAMI KELURGA KUNCI RUMAH SEMUA TAK BAGI DIA KELUAR SEBAB DALAM KEADAAN MACAM NI PERANGAI DIORG BOLEH BAGI ROSAK NAMA DAN MEMALUKAN.mereka tak sedar,mereka macam tak mampu nak kawal minda dan diri mereka sebab salah satunya memang gangguan syaitan dan jin.Tapi kalau doktor diorg akan cakap sakit jiwa dan mental.Permaisuri diminta oleh Sultan Selangor yang sekarang untuk masuk hospital untuk rawatan tapi Permaisuri tak nak tinggal kat situ dan berdegil..Susah nak kawal beliau sebab beliau boleh jadi agresif kalau mengamuk.Sebab itu bukan diri dia...doktor and nurse datang pun beliau boleh halau balik...and say tanya kenapa Kak Long ? dia terus tarik saya masuk bilik and kunci cakap "KAK LONG TAK NAK MASUK HOSPITAL KUESSSSS, NANTI DIORG BAGI KAK LONG UBAT BIUS ..KAK LONG TAK SUKA..pada hal memang nak bagi dia bertenang tapi orang sakit macam ni kita kena pandai bertoleransi dengan mereka dan pujuk mereka.

Yang bagi saya lagi nak pengsan ialah bila Datin Sri cakap Uncle seekers cakap Poster filem momok jangan panggil aku kalau tak silap dah siap and ada gambar Permaisuri Siti Aishah kat situ sebagai PELAKON JEMPUTAN..Gila tak gila ??? PERMAISURI jadi pelakon? Bukan nak hina sebab memang la itu pekerjaan tapi HELLLOOOOOOOOOOOOO...PERMAISURI TU..!! dia bukan kena cerai .....she still permaisuri....bercerai mati dengan Almarhum Sultan .Saya terus cakap dengan mak permaisuri "ARE YOU SERIOUS ?????? MANA BOLEH.,..! SHE'S PERMAISURI ..BUKAN LEVEL ISTERI GENERAL KE APA..PERMAISURI TAHU KE APA?" mak permaisuri terus jawab "PATIK TAHU KU,TAPI PATIK TAK BOLEH BUAT APA..KAK LONG BERKERAS" saya pun sound la permaisuri balik..YOU CAN'T DO THAT...and setelah bertoleransi dengan Permaisuri,Barulah permaisuri tersedar yang diri dia siapa dan cakap cancel semua dan tak izinkan sebarang artikel mengenai nya di sangkut pautkan kat filem tu.Saya pula suruh Datin Sri hantar SMS pada uncle yang saya mewakili kerabat diraja tak izinkan juga perkara tu berlaku dan saya cakap kat datin sri dan scene lakonan tu pun kena delete,saya berani cakap macam tu sebab tahu permaisuri tak sihat dan ada sokongan dari pihak hospital dan pakar saya boleh dapatkan jika mereka nak saman atau alwan,lagipun permaisuri caakap dia tak sign apa apa dokumen perjanjian ke apa..Ini kalau Sultan Selangor tahu ni,Lagi la Tuanku Murka...Tak pernah dibuat Isteri Sultan jadi pelakon..Lain lah kalau dah kena cerai...ini BALU pulak tu..Bekas RAJA PERMAISURI AGONG lagi...kerja gila tak ?

Oklah,nak cerita semua tak tercerita pulak,tapi yang saya peliknya Uncle seekers tahu Permaisuri tu sakit macam tu dan kenapa tergamak beliau sebarkan gambar permaisuri yang tak menutup aurat  pulak tu?? and memang aib permaisuri..Semasa dalam keadaan Permaisuri itu sakit,Beliau memang tak jaga sangat auratnya seperti selalu.Kalau keluar beliau pakai tudung and selalunya kalau bukan muhrim datang rumah ataupun di tempat tertutup beliau tetap tutup aurat tapi bila beliau sakit beliau main suka hati jer nak tudung ke tak,ikut mood dia jer la..Sama macam arwah bonda saya dulu..Kalau time dia sihat and waras..MEMANG TERSANGATLAH JAGA AURATNYA and bila dah sakit..buat selamba anad ikut suka jer nak jaga ke tak..Banyak gambar permaisuri dengan saya yang kami berdua tangkap dalam keadaan beliau tidak menutup aurat,i mean tak bertudung tapi saya tidak pernah terlintas pun nak UPLOAD ATAU SHARE sebab saya tahu beliau tak waras masa tu dan BERDOSA Tau jika kita aibkan orang seumpama makan daging sendiri...k,Dan plan diorg yang berkenaan nak jadikan Permaisuri ni dalam filem Momok tu tak jadi ialah semuanya berpunca dari saya , yer saya yang MENGHALANG sebab demi menyelamatkan maruah beliau sebagai wanita yang lemah dianiaya dan juga sekaligus martabat keluarga diraja Selangor .

Sekarang siapa yang ZALIM dan SELFISH ? korang nampak sendiri kan ?? DEMI ALLAH saya pernah inbox uncle seekers dulu kat profile FB beliau dan tanya selepas dah mula keluar blog tentang cerita cinta syhhhhh,saya tanya uncle " YOU TAHU DIA SAKIT, KENAPA YOU BUAT MACAM NI ?"  dia hanya reply senyum jer..kalau saya tahu screen print dah lama saya print kan..tapi account lama tu saya dah delete...dan ada setelah lama saya tak jumpa permaisuri sebab saya busy Datin Sri telefon saya sebab dia cakap uncle seekers nak Duit berapa ntah saya kurang pasti jumlahnya,Tak berani nak estimate sebab berdosa pulak kalau benda tu tak betul kan.And setahu saya Dato Sri ayah pada permaisuri tak kasi dan tak izinkan uncle datang ke kediaman mereka and apa yang saya tahu melalui Datin sri , dia cakap Uncle seekers cakap Tak apa..kalau tak bagi atau kalau tak nak kerjasama dengan beliau,Beliau akan sebarkan gambar2 Permaisuri Aishah bersama beliau dalam keadaan yang tak sesuai..,sebab apa saya not sure sangat dah lupa tapi pasal ugut nak sebarkan tu,memang benar...Dan keluarga Permaisuri pun tetap berkeras sebab pelan2 permaisuri dah tersedar dari awang awangan dan mula mampu berfikir secara logik pelan2 setelah berubat...

Sekitar tahun 2011 di Soho KL , Ketika Permaisuri dah sihat dan datang breakfeast berjumpa dengan saya bersama keluarga beliau..


Sejak dari insiden tak puas hati itulah TERSEBARLAH GAMBAR PERMAISURI SITI AISHAH yang dalam keadaan begitu..Yer,memang uncle seekers becakap benar tentang apa yang permaisuri siti aishah buat TETAPI SAYA BERANI BERSUMPAH ATAS QURAN yang permaisuri ketika itu dalam keadaan TIDAK WARAS DAN SAKIT ......beliau adalah orang yang berbeza jika beliau sedar dan normal..Semasa beliau dalam keadaan tak sihat , Hilang keperibadian beliau sebagai seorang Permaisuri termasuk cara percakapan dan tingkah laku beliau...Dan apabila beliau sihat, Beliau seorang yang jaga akhlak dan budi pekertinya...Semasa beliau tak sihat,Beliau kasar dan biadap terhadap Bondanya sendiri dan apa bila beliau sihat , Beliau seorang anak yang baik...Itulah yang apa saya lihat dengan mata kepala sendiri disaksikan malaikat kiri dan kanan dengan kalimah ALLAH HU AKHBAR...Permaisuri memang seorang wanita yang tabah sebab dah la baruuuuuuu baik sakit masa tu,kena pulak gambar beliau disebarkan oleh makhluk ALLAH sorang tu..bayangkan ? beliau tertekan sangat and hanya ALLAH yang tahu bagaimana beliau rasa..saya kesian dekat dia sebab terjumpa salah orang...dan yer,memang saya juga yang suruh beliau ambil tindakan undang2 demi untuk membersihkan nama beliau walaupun dah agak terlewat,tapi saya percaya ALLAH MAHA ADIL dan ada hikmah disebaliknya .Permaisuri juga redha dengan ujian ALLAH SWT tapi hati beliau siapa yang tahu ? Bayangkan apabila diri kita diaibkan sebegitu rupa?? nauzubillah...Dari situlah bermulanya hubungan silaturahim antara saya dan Permaisuri Siti Aishah seperti adik beradik..dan hubungan itu kekal hingga ke hari ini....SAYA MEMBELA PERMAISURI SITI AISHAH kerana ALLAH SWT dan juga KERANA DEMI ARWAH IBU SAYA...sebab masa beliau hidup saya kurang matang dan tak tahu sangat nak buat apa..sekarang saya dah dewasa dan berpengalaman sedikit dari dulu dan apa yang patut saya buat,Saya akan lakukan dengan ikhlas hati...

Sebelum saya nak habiskan cerita saya ini , Saya mahu semua tahu yang saya menulis blog ini bukan nak balas dendam dekat Uncle seekers ...Demi ALLAH sikit pun tidak ada niat itu walaupun dalam hati ni sebanrnya memang geram dengan dia..Saya menulis sebab SAYA MAHU RAKYAT TAHU KEBENARAN DAN KEADAAN YANG SEBENAR...jangan cepat JUDGE orang bukan2...Apa yang saya tulis diatas tu semuanya apa yang berlaku di depan mata saya sendiri...bukan cerita rekaan.,Apa apa pun pembaca nilailah sendiri..Tepuk dada tanya selera,mana baik mana buruk..Kita semua ALLAH kurniakan akal..gunakanlah dengan sebaik mungkin...JAZAKALLAH KHOIRAN....


P/S:JANGAN TANYA MACAM MANA PERMAISURI BOLEH BERKENALAN DENGAN UNCLE SEEKERS TU SEBAB SAYA TAK PERNAH TANYA AND TAK NAK TAHU PUN...I JUST DO WHAT I HAVE TO DO

Yang Benar dan Ikhlas
KuEss Idris a.k.a. Royal Beauty Boxer
(Official FB :http://www.facebook.com/KuEssRBB)

SIAP PADA 8.25AM / 20 -1-203