Officiall Twitter : @KuEss_RBB |
Nico Mie |
Sharifah Norhaslinda Al Khaired a.k.a. Lynn |
Orang yang mula2 rapat dan berikan sokongan asalnya kepada saya ialah Sharifah Haslinda a.k.a. Lynn dan Nisri .Mereka berdualah yang selalu mendampingi saya dan berikan kekuatan kepada saya melalui kata kata positive etc.Sharifah Haslinda lah banyak sponsor saya masa tu dan boleh dikatakan masa tu ekonomi saya jatuh teruk.Banyak jasa beliau terhadap saya..I LOVE YOU BABE..YOU'RE MY BFF..
Oklah malas nak cerita panjang2 , pasti ramai pengiat tomoi nak tahu cerita saya kisah suka dan duka perjalanan saya dalam dunia tomoi ni.TIDAK SEMUDAH YANG DI SANGKA :-) ..Mula mula perjalanan saya ialah di Kelab muaythai naga api dan saya menjadi Penaung Diraja Tomoi gombak selama dua tahun disitu dan kehadiran saya dalam dunia tomoi memang agak kontroversi dan saya sebagai penaung kelab itu di PERSOALKAN oleh banyak pihak disebabkan saya ni hanya seorang yang diluar NORMAL dan banyak masalah disiplin katanya..Tak apalah saya redha,Well memang banyak masalah disiplin pun masa tu dan saya lupa la tarikah bila saya undur diri sebagai penaung ..Tahun 2009 kalau tak silap di anuual meeting diorg dan melalui apa yang mereka cakap lagi,nama saya tidak mampu majukan mereka dan benarlah apa yang mereka cakap itu sebab masa tu pun saya tak ada pengalaman sangat dan siapalah saya kan ????? .Tapi yang saya tak puas hati sebab semuanya berani cakap BELAKANG jer..lain kali nak cakap ,depan2 la kan..Tapi tak apalah,ada hikmah disebalik setiap kejadian.Kita tak boleh pandang jahat jer orang .kADANG2 ORANG YANG KITA SANGKA JAHAT TU RUPA RUPANYA LEBIH BANYAK KEBAIKAN DARIPADA KITA , WALLAH HU ALAM...
Sebenarnya biarlah saya terus terang , saya sangat kecil hati dan tersinggung dengan apa yang saya terima dari mereka walaupun saya redha.Tapi DEMI ALLAH sikit pun tidak ada niat tak balas dendam ke apa sebab saya jenis manusia yang tidak suka nampak salah orang sahaja , saya lebih suka kaji untuk kenali diri saya sendiri dulu dimana kelemahan dan kesilapan saya dan tang mana perlu saya perbaiki diri untuk menjadi manusia yang leboh berporduktif tanpa perlu menjadi MUNAFIK.
Ok,selepas saya dah kumpul sedikit pengalaman di Naga Api , saya berhijrah ke kelab KLFK Kuala lumpur freestyle fullcontact Kickboxing kepunyaan Abang Marzuki Bin ismail.Saya disitu dalam setahun lebih la jugak dan bila saya hijrah ke situ banyakla jugak mulut2 jahat ni kata bukan2 sebab situ ada jekaka kacak yang namanya baktash dari afghanistan,wal hal sikti pun tak tahu dia ada kat situ masa tu..Inilah nasib bila kita ni lain pada orang,Kena kutuk je lah kerjanya :-) Nak buat macam mana kan ? Itulah lumrah kehidupan.Termasuk orang dalam gym itu sendiri pernah soal saya soalan cepu emas dan pernah aibkan saya depan orang ramai dengan cara nak ajuk saya cakap la lengok la itu la,Wal hal pesonaliti saya tidak lah seperti yang mereka buat..I GOT MY OWN CLASS AND STYLE ..sebab ramai orang yang bila mereka judge yang saya ni cara semua sama maacam golongan2 akak yang mereka kenal tapi bila mereka dah berhadapan dengan saya,TIDAK SERUPA SAMA SEKALI seperti apa yang mereka harapkan dan itu membuatkan mereka pelik dan diorg yang nampak bodoh bila ajuk macam tu because thats totally not me..Benda senang jer sebenarnya..STAY AWAY FROM JUDGEMENTAL ATTITUDE and respect all..You will find the answer if you think neutral..
Bernard Radin (President Muaythai Negeri Perak) |
Tak lama saya berlatih disitu , saya dapat panggilan dari Bernard Radin yang beliau akan anjurkan Perlawanan charity pertama di perak dan saya pun mulalah excited sebab memang cita cita saya nak jadi fighter macam Nong Toom .Jadi saya pun bersetuju dan perlawanan itu bermula pada bulan August tahun 2010 dan saya memilih untuk berlawan dengan seorang Lelaki yang beratnya lebih 18 kilo dari saya . Lagipun saya rasa tercabar dengan seseorang hamba ALLAH ni yang cakap 'KUESS TU NAK NAIK RING ? PERCAYALAH KAK , DIA TAKKAN BERANI PUNYA ! DIA TAKKAN NAIK PUNYALAH..SAYA BERANI KERAT JARI SAYA NI" begitulah bunyinyer :-) ..Ish ish ish manusia oh manusia..inilah dia kalau ada penyakit hati atau JUDGEMENTAL attitude.Macam macam lah orang panggil saya ni belakang2..Ada panggil PONDAN LA,BAPOK LA ITU LA INI LA and seriously bila dengan golongan terpelajar dan educated..they never call me that , Why ? Dari situ kita sendiri boleh lihat bagaimana orang yang didik diri mereka with respect and humanity and dengan yang katogeri kurang didikan dan tak nak dididik diri mereka untuk hormat orang lain..ada orang tu pernah hina saya CACAT lagi sebab saya ni macam ni...Alhamdulillah...kolluinnalillah hi wainna hila hirojiun..Itu saya ucapan yang mampu saya lafazkan :-)
(Ini ialah video perlawanan pengalaman pertama saya di perak)
Tapi kalau anda nak tahu semua, Bernard la orang yang pertama berikan semangat kepada saya dan membawa saya lawan naik di gelanggang tanpa ada sikap DISKRIMINASI dan tak pernah HINA HINA saya walaupun di belakang saya .Saya tidak akan lupakan jasa jasa beliau terhadap saya kerana sedikit sebanyak beliaulah telah buka jalan pada saya untuk menjadi FIGHTER TOMOI secara rasmi dan Alhamdulillah saya berjaya...Terima kasih bernard kerana berikan kepercayaan pada saya..Oh ya,lupa nak Story pasal dua ahri sebelum fight..Korang nak tahu tak cermin besar jatuh atas tangan saya belah kanan dan luka berdarah la and kena 3 jahit..Saya berlawan dalam keadaan tangan berjahit dalam vidoe ni dan bernard dan yang lain tak tahu pun yang masa ni tangan saya tengah berjahit sebab saya siap2 dah atang pakai handwrap,haa hanya sorang adik angkat saya namanya ALONG,dia jer yang tahu sebab dia teman saya pergi klinik masa tu ..heheheh..Yelah bukan apa,ada sorang tu datang dari penang semata mata nak tengok saya fight..Kalau saya tak fight? kesian diorang and lagipun saya dah janji..Apa jadi pun saya tetap akan lawan..
(Y.A.M.Raja Saidatul Mardiah Almarhum Sultan Idris Shah) kakak saya sedang membuka balutan luka saya dan dia punyalah terkejut yang tangan saya rupa-rupanya baru dua hari jahit.dan masa ni sementara dia bukakan and bersihkan tangan saya SAMBIL SAYA KENA MAKI..hahahah |
Walaupun saya tewas di pusingan kedua dengan KO ,kena hentak lutut kat bawah dagu..sakit kottttttt...heheheh..tapi saya syukur dan bangga kerana hajat saya tercapai dan agak terkilan sikit sebab guru saya tak ada sama..beliau ada urusan penting di luar yang tak dapat di elakkan.Semasa perlawanan diatas tu saya tidak membawa nama mana mana persatuan kerana atas nama sendiri sahaja.Saya tak nak malukan nama mana mana kelab diatas kekalahan saya..Dan selepas itu saya berjanji pada diri sendiri yang saya akan cuba lagi untuk berjaya di masa akan datang...
Selepas saya macam dah cukup pengalaman di KLFK saya beralih pula ke Kirsty Muaythai Fight Club ,Ampang .Saya mula berlatih disana dan pada march 2011 saya bersetuju untuk masuk bertanding kali ke dua dan kali ini anjuran KLFK dan saya mewakili KLFK . Mesti pelikkan ? berlatih kat kirsty tapi bawa nama KLFK..biar saya terangkan,saya dah janji awal2 dengan abang amrzuki masa tu utnuk fight tapi bawah nama club dia jadi saya pun mohon izin dari kirsty dari awal2 untuk bawa nama KLFK dan bukan KIRSTY.Saya sayang sangat kirsty sebab beliau sangat open minded dan faham keadaan dan senang dibawa berbincang..Beliau tak marah sebab saya dah bagi tahu awal2 beliau cakap...Fuhh selamat..Well,saya sebanrnya agak kurang bersedia masa tu sebab banyak masalah dalam otak and kebetulan sebulan lepas tu saya kena naik stage jadi MODEL SELEBRITI untuk satu designer ni kat MODA punya anniversary ...Malaysia Official Designer Association..terganggu la otak sebab takut cedera la itu la ini la..! Hmm memang kalah teruk la saya,tak sempat habis satu pusingan dah selamat hehehehe..saya lawan dengan AMIN H1N1 nama gelarnya atas ring...sepatutnya saya tak boleh nak lawan dia sebab dia bekas juara dan saya hanya fight baru second time..Orang yang patut lawan saya tu Awang janggut namanya tarik diri...tak tahu la sebab apa...Tapi saya ni jenis kalau dah janji and cakap nak lawan,Saya kan hadap jugak walau saya tahu saya akan kalah..JANJI KITA CUBA...tapi sebenarnya tindakan saya itu memalukan diri sendiri hahahah..tapi tak apalah,pengajaran dah dapat....lain kali tak nak buat cam tu dah..serik...
Baiklah,tak nak cerita pasal lawan..itu nanti saya akan cerita pada isu akan datang..Kita sambung setelah penghijrahan saya di kirsty muaythai fight club.SAYA MEMANG CUKUP SELESA dengan kirsty dan team yang lain di gym..Mereka sangat sporting dan open minded serta menerima saya seadanya..Mereka gelarkan saya BEAUTIFUL BOXER MALAYSIA..heheheh Ada la juga kadang2 some of LELAKI yang perli la itu la ini la.,.yelah,sebab kemunculan saya ni pelik bagi diorg and apa apa jelah..malas nak fikir sangat...
Sampai Sekarang saya masih ahli Kirsty muaythai fight club kerana mereka semua saya sayang macam saudara mara saya sendiri,Dah biasa bergurau senda,lepak sama sama dah memamg rapat la dan semua kepala gila2...hehehehehehe..oh ya,mula mula sekali saya start minat nak join bila tahu ia dimanage oleh seorang perempuan . Saya lebih selesa jika ia diruruskan oleh wanita sebab wanita lebih memahami jiwa wanita.Oh bukan sebab diuruskan wanita sahaja,lagi satu saya minat sangat tengok Ediey Selindang Kuning lawan..Start tu lah saya jadi WOWWWWWWWWWWWWWWW...hebat..
Wan Chempaka sari , Mazli Mr Cindrelella,Kirsty and Ediey Selindang Kuning |
Saya nak balas balik dengan kata kata pedih dengan apa yang orang kata saya boleh sebnarnya,tapi bila fikir balik buat apa ? kenapa perlu jatuhkan akhlak diri kita seperti mereka ? Saya sendiri pun banyak dosa dengan ALLAH SWT dan eee nak naggung dosa aibkan orang lain lagi ke? Nauzzubillah saya tak sanggup..Kalau kita berdosa dengan ALLAH,In shaa Allah jika kita mohon ampun padanya pasti diampun kecuali syirik sebab ALLAH MAHA PENGAMPUN...kalau buat dosa dengan orang ? Orang tak maafkan macam mana ??? ALLAH pun tak dapat nak maafkan kalau orang yang disakiti tu tak maafkan...Eeeeeeeee nauzubillah..risau....fikir fikir sendirilah yer...IF YOU CLAIM YOURSELF AS A GOOD MUSLIM...LET ME TELL YOU SOMETHING,READ MY LIPS " A GOOD MUSLIM WILL NEVER TALK BAD ABOUT OTHERS"
To be Continued.......
i want to joint tomoi club and come across your perjalanan as a tomoi fighter. Your story is very touching and honestly you have a good heart and may angels be with u always.
ReplyDelete