Thursday, January 31, 2013

kisah dikuala kangsar dan makam Tok Temong

BISMILLAH HU AKHBAR , ini adalah kali KE 2 saya ke makam tok temong setelah beberapa tahun tidak ziarah dan kali ini ada kisahnya... sebelum saya nak mulakan cerita saya...saya sedekahkan Al fatihah dahulu kepada Almarhumah Tok Temong , Almarhum paduka ayahnda dan bonda saya serta muslimin dan muslimat yang seadanya...Setelah sampai saya ke kuala kangsar pada 28-1-2013 bersama adik2 angkat saya dalam waktu petang selepas seBELUMNYA PADA 27-1-2013 kami menyaksikan PERAK AMANJAYA MUAYTHAI INTERNATIONAL CHALLENGE..di stadium indera mulia....selepas santapan tengahari,saya terus bertolak ke makam Almarhum ayahnda saya , iaitu Almarhum Sultan idris Iskandar Shah (D.Y.M.M.Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke 33).Kali ini suasana sangat berbeza kerana saya tidak lagi mampu menahan sebak di dada bila mengenangkan saya hidup hari ini tanpa ayah dan bonda disisi dengan menempuhi segala onak ranjau sakit perit yang tiada siapa tahu...hanya saya dan kakak saya jer dari satu ibu yang tahu..

Di makam diraja bukit chandan , kuala kangsar dan saya di pusara Almarhum ayahnda

Selepas itu pula,saya buat kunjungan hormat bertemu dengan Pembesar Negeri Perak yang amat saya kasihi iaitu Y.D.H.Toh Seri Wangsa ( Orang Besar 16 Negeri Perak) ,Pak tok berahim yang dah pun berusia 87tahun tapi still maintain...Dah lama sangat tak jumpa,rindu...yang pentingggg...Beliau,Boleh drive kereta lagi...Beliau ni orang lama and dah berkhidmat dengan tiga Sultan sebelum ayahnda saya memerintah lagi..jap,nak selitkan gambar beliau..

Y.D.H.Toh Seri Wangsa ( Orang Besar 16 Negeri Perak  Darul Ridzuan)
Tuan Haji Abdul Rahim Bin Mohammad AMP , PKS

Segak kan ? dah 87 tu umurnya...beliau memang seorang yang taat setia pada Raja dan budi bahasa dan adabnya,Mashaallah...Sungguh indah sentiasa dan terpelihara selalu..Semoga ALLAH SWT rahmati pak tok sentiasa..amin Ya Allah...

Setelah selesai menziarahi beliau , saya dan adik2 angkat saya dan tak lama lepas tu rakan2 niaga yang dibawah naungan saya pun sampai juga dan kebetulan orang yang sangat saya nak jumpa ini membalas SMS saya yang dah lama saya hantar,kalau tak memang saya nak balik Ipoh terus..Pertama kali saya bertemu beliau kerana sebelum ni hanya berhubung melalui FACEBOOK dan apabila bersua kami pun minum2 sambil bersoreh bercerita panjang tentang asal usul sejarah dan beliau ialah keturunan dari susur galur tok temong..Selepas itu beliau pun ada cerita yang beliau pernah di datangi oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai kerabat diraja and anak kepada ayahnda saya dan mendakwa yang itu saya....hahahaha semua orang tahu saya macam mana orangnya and kesian pun ada sebab beliau ni tak tahu and terkena la jugak labun sebab si penipu tu nak mintak tengok barang pusaka dan nak pinjam,tapi nasib baikla beliau tak bagi pinjam..lagipun memang licik si Hashim Bin Ahmad Ong ni yang menyamar sebagai RAJA RIZWIN ISKANDAR SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS,memang banyak cerita dan maklumat keluarga saya dia tahu dan hairan macam mana dia tahu ..wal hal mana ada adik beradik saya nama tu..heheheh...yang hairan pun,masa dia sakit siap masuk wad diraja lagi kat HB..hehehe hospital pun boleh kena tipu ..adoiii...ni saya terpaksa dedahkan siapa diri beliau and beliau pernah di tangkap oleh bodyguard saya dan juga PDRM semasa di KL sebab nasib baikla orang2 saya tanya saya dimana,dan masa tu saya di rumah tapi orang cakap saya ada di hotel..tu sebab mereka bertindak...Niat saya dedahkan supaya jangan ramai yang tertipu dengan si laknat ni..dia dah banyak tipu duit orang kampung semua..macam2 cerita peliklah dia buat .BTW sampai ramai yang terkena kiranya dia ni memang liciklah...hati hatilah korang..haa ni kat bawah ni gambar dia..gambar yang pernah di tangkap and gambar dia sedang berangan jadi anak raja..LOL

CLICK DISINI UNTUK LIHAT FB BELIAU...

CLICK DISINI UNTUK LIHAT FB BELIAU
























http://www.facebook.com/rajarizwin.iskandarshah.3     http://www.facebook.com/rajarizwin.iskandarshah  1.Tiada Nama Anaknda Al-Marhum Sultan Idris A'fifullah Shah Namanya Raja Rizwin..  2.Gelaran Y.T.M.RAJA KECHIL BESAR PERAK DARUL RIDZUAN (Masih Kosong Dan Belum Dilantik Perkenan Oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak)


Ok,lupakan kisah dia tapi korang hati hatilah supaya jangan terkena pulak......


Dan hari agak lewat dah sebab bila ralit sembang dengan salah seorang waris tok temong,saya pun cakap yang agaknya tidak sampai hajat saya untuk melawat makam sebab hari dah nak larut malam.Tapi beliau berkata EH , MALAM PUN TAK MENGAPA KALAU NAK ZIARAH dan saya pun gembira lah sebab memang hajat saya nak kesana,tak kiralah pukul berapa sekalipun sebab saya hanya mahu sampaikan sedekah al-fatihah dan zikirullah ringkas disana untuknya tanda ingatan dan hormat pada empunya asal negeri.Dia pun balik dulu rumah and tunggu saya dirumah sebab katanya isteri nak pakai kereta.Dan saya pun dan orang2 saya pergi ke rumahnya untuk ambil beliau dan selepas tu beliau ajak saya turun dan lihat sendiri barang pusaka yang lama warisan tok temong wallah hu alam..Tapi saya rasa bertuah sebab saya dapat melihatnya dan sentuhnya juga dan dibenarkan sendiri oleh beliau WALAUPUN SAYA TAK PERNAH TERLINTAS NAK MELIHAT ATAUPUN SENTUH sebab niat saya datang ikhlas untuk kenal dan mencari sejarah serta menghormati warisan tok temong.Saya pun dapat melihat salasilah waris2 kerajaan sebanr dan telah faham sedikit sebnyak.Alhamdulillah..Tapi ada rahsia yang perlu saya jaga sebab saya dah berjanji dengan beliau tidak akan cerita apa yang tidak perlu di ketahui oleh orang lain.

Setelah itu saya naik satu kereta bersama rakan2 niaga saya yang memang rapat macam kawan pun dah,dan juga lagi satu kereta yang ada adik2 angkat saya bergerak sekali ke Makam Temong di kampung Temong selepas itu kami tunggu lagi satu kereta dekat kawasan JPJ situ,iaitu mereka dari susur galur tok temong juga yang jaga makam selama ini..saya malas nak turun dari kereta selagi tak sampai kat makam kerana saya tak nak jadi perhatian ramai...

Setelah sampai ke makam,dan memang jalan masuk situ dalam dan gelap..dan tambah2 lagi kawasan makam tu tengah di perbaiki kembali untuk dibaik pulih...maknanya tiga kereta la ke sana dengan dua kereta yang mengiring untuk menjaga keselamatan saya..Alhamdulillah..,terima kasih kepada adik2 dan rakan2 yang setia menjaga saya..Sampai2 situ saya melihat tempat kawasan makam tu memang sedang dalam proses di baik pulih dan itu ialah kali kedua saya kesitu.Dan sebelum tu saya ada dengar cerita dari warisnya sendiri yang semasa kerja baik pulih situ,orang2 yang melakukan kerja itu DISERANG TEBUAN DAN LEBAH..pelikkan ? mana boleh tebuan dan lebah bersatu..tapi kuasa ALLAH? wallah hu alam..

Makam Tok Temong di siang hari


Jadi sebelum saya naik ke makam itu,saya salam dulu waris2nya yang lain kenal kenalan untuk rapatkan silaturahim .MAAF SEBAB KEBETULAN SIAPA PUN TAK INGAT NAK AMBIL GAMBAR SEBAB MEMANG GELAP.HANYA LAMPU KERETA SAHAJA MENYULUH TEPAT KE MAKAM.dua orang adik angkat perempuan saya tak berani nak turun :-) Hanya yang lelaki jer turun.Saya pun mula buka kasut saya dan naik melangkah ke makam serta memegang batu nisan itu dengan memberi salam hormat serta berselawat , zikirullah dan sedekahkan al fatihah sebanyak 7 kali serta mendoakan kesejahteraan buat keturunana NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN JUGA NABI IBRAHIM A.S....Setelah selesai segala urusan saya pun mohon untuk pulang ke Ipoh sebab besoknya kami perlu berangkat segera ke KL sebab ada urusan.Saya pun baliklah homestay tempat kami menginap di Ipoh dan pada malam saya tidur,Saya rasa dipeluk oleh seseorang dan seperti ada orang memeluk saya dengan kasih sayang dengan seumpama meletakkan dagunya di belakang bahu saya.Saya dapat rasa dan agak terkejut SERAM tapi saya bacalah ayatul kursi.Tapi memang ternyata bukan niat jahat sebab tidak pulak benda tu menjerit mengamuk ke apa walau baca ayat kursi.Semuanya baik belaka..WALLAH HU ALAM selebihnya

Pagi selepas bangun,memang saya terlajak la solat subuh sebab penat..And bila semua dah bangun dan masa untuk check out..adik angkat saya sorang ni si Ijoy (click kalau nak tahu siapa) minta izin kat saya supaya boleh tak dia nak ceritakan sesuatu masa kat makam masa saya tengah berzikirullah and apa yang dia nampak sebab selama ni dia tak percaya dengan semua tu dan dengan apa yang isteri dia cakap pernah nampak semua..,kalau nak tahu kisah isteri dia boleh click sini .DIRIKU,JIN DAN MANGSA SIHIR .. dan dia cerita yang semasa saya sedang kusyuk membaca ayat2 suci alquran dengan hanya disuluh oleh lampu kereta...Dia nampak TIGA LEMBAGA YANG BERPAKAIAN PUTIH SETINGGI HAMPIR SEPULUH KAKI tetapi berselindang dan kemas bersih tapi tiada kepastian jantina makhluk itu sebab jauh..yang dia jadi takut ialah sebab besar dan tinggi..Makhluk itu merenung tepat pada makam semasa saya disitu tidak pada tempat lain dan adik angkat saya tu melihat MAKHLUK ALLAH itu merenung dari hutan yang boleh katakan beberapa langkah jer dari saya..Saya ingatkan dia seorang jer nampak,rupa2nya isteri dia dan seorang lagi teman saya juga melihat yang ada juga sedang bertenggek DARI ATAS POKOK..tapi malam masa kami tidur,rupa2nya semua tidur lambat ingatkan saya sorang jer ,diorg tak boleh nak tidur sebab mereka rasa ada sesuatu bersama tapi mereka tak lah layan sangat.Tapi mereka cerita ada yang kena baling dengan ampaian,pintu tingkap di ketuk and mereka di sakat..heheheh mungkin di uji kot..nasib baikla mereka tu kuat semangat juga sebab saya selalu train diorg supaya kenal diri yang kita ni dicipta oleh ALLAH semulia mulianya dan darjat kita lebih mulia dari Jin dan makhluk yang lain..Masha Allah...nak kata saya berani dan bijak sangat tak la jugak..sederhana jer.saya sendiri pun masih banyak yang tak betul...
Jadi itulah kisah yang terjadi dan hanya itu sahaja yang saya boleh cerita ..nak percaya atau tidak,terpulanglah,..wallah hu alam ,tapi DEMI ALLAH itu lah yang berlaku,tiada tokok tambah kat sini..tapi kita kena ingat yang makhluk halus ni memang wujud dan mereka juga makhluk ALLAH macam kita cuma tak serupa.dan Apa YANG TERJADI PADA SAYA BILA PULANG KE KL PULA kalau nak tahu boleh click di entry saya yang ini LABAH LABAH HITAM ,

Sekian,Dan apa yang berlaku semua atas izin ALLAH YANG MAHA AGONG..dan ini bukan cerita REKAAN...ini adalah pengalaman yang benar...

hasbunallah wa ni'mal wakil ...

20 comments:

  1. Tq sangat coz kongsi cite sal hashim ahmad ong nih..3 4ari lepas fmly sye kt kmpg de kenal 1 mahluk allah ni y mengaku dia ank raja perak istri no 3!!pas tu mengaku die dsp bukit aman bahagian perisik bagai.de ke anl raja jdi polis?dah tu datang pahang naik bus ok!ank raja naek bus..low profile ktenye..beg baju buruk gile.hp buruk!y pliknye org2 gov pahang kenalnye n hormat die!!ble search cari sal TENGKU RIZWIN ISKANDAR SHAH ni bru tw spe dye!dpe siap ckp kt fmly sye kalau tak caye die ank raja search la kt internet de gmbr die!!igt org kmpg xtw internet.org tue bole la nk kencing!!ble tw sal ni kkk sye curi2 geledah beg die..taw pE y kte jmp????resit hotel n medical kad tp name dye HASHIM AHMAD ONG!!tertnya si laknak ni penipu!mslhnyeskg ni mkayh n fmly y len pcye dye tu ank raja pdhl da terang die tu penipu.sye xfaham pe y dorg pk..fmly sye kt phg sye kt jb..y xpercaya skg ni sye ngn kembar sye je..y lain sume temakan kte2 die.si laknat ni siap terangkan nape die ade byk name..katenye sume tu keje abg2 tiri die yang nk kianat die.pas tu siap tunjuk pic dye ngn raja perak y kononnye ayhanda die.pic kt makam ibu tiri die lah.pas tu tunjuk surat angkat sumaph ke pe tah.tp y copy pnye bkn ori pn!so flmy sye kt kmpg sume caye la ble die tnjuk `bukti` gmbr sume tu.n dye ckp klu tak bukti die ank raja ikt die g kelantan..mslhnye fmly sye percaya n ikot die g kelantan..kate dye kat kelantan die de tanah..nk kasi ayah n adik laki dye jage tanah tu.bru kenal 3 4 ari nk kasi tanah.baik btol hati die!!then bile smapai sane abg ipr sye msg kakak saye thne kasi tau deorang da masok istana kelantan jumpa sultan ok!!!!!betol ke sume ni.sape die sebenarnye?nape
    boleh lepas masom istana??????pelik n susah nk percaya sume ni...sape hashim ahmad ong ni sebenarnye.kalau betul ape y ang ipar sye ckp dorg dah masok istana kelantan sape die??macam mana bole lepas.mana ada ank raja perak nama raja rizwin!!de sesape boleh tolong tak...tak tau nk buat pe dah...takut pape berlaku je y melibatkan org licim cam tu.nanti fie terlepas kite y tanggung akibatnye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahahah yang saya pasti...adik beradik saya tiada nama itu ...

      Delete
  2. Tq coz kongsi sal si laknat ni.. 3 4 hari lepas fmly saye ade kenal 1 makhluk allah ni y mengaku dia sebagai TENGKU RIZWIN ISKANDAR SHAH.ANK RAJA PERAK BINI NO 3 OK!!ngn die jgk seorang polis DSP BUKIT AMAN bahagian perisik!ok...fmly sye kt kmpg mmg da percaya die tu ank raja..ank raja dtg pahang naik bus beg buruk hp buruk??kesiannye!low dprofile ktenye!!die ckp kalau tak percaya die ank raja g tgk kt internet de gmbr die!hello igt org kmpg bodoh sangt ke sal internet!org tue bole la nk kencing!ble search kt internet bru tw die sape.then my twin kt kmpg g geledah beg die ngn jmp resit n medical kad die.tau pe y kite jumpa???name die kat resit tu hashim ahmad ong!!!address kangar!ble searck address kt skudai johor.ni kar kangar pulak!kte ank raja perak asl address merata tempat!ble dah tau die penipu.my twin n me search hashim ahmad ong then kua la sal peniouan die.then kasi tau kat fmly..ok dorg dah mule sangsi..tp ttbe deorang bole percaya plak ngn die..coz dye tnjuk gmbr die ngn raja perak konon ayhanda die!gmbr die pat makan mk tiri die la.pas tu surat angkat sumpah y name die tengku bla bla bla @hashim ahmad ong!tp surat tu photostat je bkn ori pn!so fmly sye kat kmpg da percaya ngn si laknat ni.n die ckp klu nk bukti die ank raja ikt dyie g kelantan.so skg fmly sye dah pn g kelantan.n abg ipr sye msg kakak sye kasi tau dorg dah masok istana kelantan jmp sultan kelantan!!!pe ni...sape die sebenarnye?kalau betul dorg dah masok istana..persoalannye sape hashim ahmad ong sebenarnye????macam mana die bole lepas masok istana?muslihat pe yg die pakai.bertambah2 persoalan n kemusykilan tentang hashim ahmad ong ni.sye just risau takut pape blku y mlibatkan fmly sye..si laknat tu tlepas nti y sgkut fmly sye..org licik cam tu sng je tlepas!so srg ni xtau pe nk buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saye alami perkara yang sama pada tahun ini..lakhnat la si penipu ini..kalau betul dye anak raja..kenapa perlu meminta sedekah...dye baru shaja menipu duit saya dan memaki hamun saya dan keluarga..mmg sial hashim bin ahmad ong nie..dari mana dye beranak pon tak tahu larh..yg penting saya tak akan maaf kan dye sampai bila2...lakhnat la dye...saya ada gambar dye kene tangkap..yang terbaru tahun 2014..memiliki 9 rekod jenayah..termasuk jenayah pecah rumah..

      Delete
    2. saye alami perkara yang sama pada tahun ini..lakhnat la si penipu ini..kalau betul dye anak raja..kenapa perlu meminta sedekah...dye baru shaja menipu duit saya dan memaki hamun saya dan keluarga..mmg sial hashim bin ahmad ong nie..dari mana dye beranak pon tak tahu larh..yg penting saya tak akan maaf kan dye sampai bila2...lakhnat la dye...saya ada gambar dye kene tangkap..yang terbaru tahun 2014..memiliki 9 rekod jenayah..termasuk jenayah pecah rumah..

      Delete
    3. saye alami perkara yang sama pada tahun ini..lakhnat la si penipu ini..kalau betul dye anak raja..kenapa perlu meminta sedekah...dye baru shaja menipu duit saya dan memaki hamun saya dan keluarga..mmg sial hashim bin ahmad ong nie..dari mana dye beranak pon tak tahu larh..yg penting saya tak akan maaf kan dye sampai bila2...lakhnat la dye...saya ada gambar dye kene tangkap..yang terbaru tahun 2014..memiliki 9 rekod jenayah..termasuk jenayah pecah rumah..

      Delete
  3. betul ke org yg gelar dia 2 anak raja sbnarnya menipu,klau ank thu sekarang dia berada di kota bharu dan skrng sedang berurusan dgn seorang pelanggan di kota bharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi ALLAH dan RASUL dia bukan anak raja..dia penipu...ALLAH akan jatuhkan bala pada saya jika saya cakap bohong...nama dalam ic dia HASHIM BIN AHMAD ONG...

      Delete
    2. Money, mcm mana nak contact awak? Saya pun ada maklumat pasal dia ni.

      Delete
  4. Assalam. try search gambo tok ayh ttba tjumpe dlm blog ni, hemm..rindu lama x ziarah tok ayah,pak tok, Abdul Rahim. saya mganggap diri sbg cucu angkat tok ayah, maaf saya mcelah dlm blog ni

    ReplyDelete
  5. Assalam..mohd_sany81@yahoo.com.my fb mohd sany (profile ninja)

    ReplyDelete
  6. arini bru sye taw dy sape sbnrnyer~ mmg xsangka langsung.. sy dah 2 3 kli jmpa dy.. kt kuantan.. dy ade berurusan ngn compny tmpt sy kerja~ dy ade buka syrkt.. mulut dy mmg byk bckp mmg xpelik r kalo org percaye ckp dy ni.. ckp kemain besar lg~

    ReplyDelete
  7. baguslah kalian semua ada juga tempat utk merujuk....tetapi saya hanya seorang diri tiada tempat utk mengetahui asal usul keturunan saya....terlalu banyak peristiwa pelik tetapi arwah atok org biasa ada menyebut 'kamu bkn org kebanyakkan, suatu hari nanti kamu akan tahu'...setelah saya bertanyakan mimpi berturut-turut tujuh hari 7kain kuning di dalam talam emas berukir...saya gemar buat hal sendiri, pernah terlibat di jemput secara peribadi oleh Dato Undang Luak Jelebu mengikutinya ketika Pertabalan Tuanku Muhriz...walaupun saya menolak beliau merayu mengatakan Tuanku berhati rakyat sayangnya jika dia tidak bertahta di singgahsananya....hanya kerana kata2 itu saya setuju mengikutinya..sehingga Tuanku selamat menjadi Sultan Negeri Sembilan.....saya tak gemar bertemu dgn pawang2 mereka ada agenda tersendiri seringkali menyakiti jasadku, pernah aku menuruti zikir dn solat hajat selepas 12am..saya lalukan shgga tertidur di atas sejadah akhirnya saya bertemu dgn 2 orang berpakaian perangan zaman rasulallah...saya memberi salam mereka menyahut salam..pertama ayat yg keluar dari mulut mereka subahanallah syukran...berbahasa arab maksudnya saya pahami...'akhirnya kamu datang sekian lama kami menanti lihatlah di puncak bukit sana 3 org lagi saudara kita ingin bertemu dengan kamu'...bile dia menyedari saya sakit di bahagian berlakang...dia minta saya kembali,cukuplah dengan pertemuan ini...kamu sudah bertemu dgn kami, merupakan rahmat dari allah swt dan duduklah kamu dlm rahmat Allah swt....d pakaian perang d bahu kanan dn kiri mereka tertulis Allah swt dn Mohammad saw...sampai kehari ini saya tertanya2 siapa mereka..seolah2 mereka bersiap sedia utk berperang....Raja muda Nazrin memang tak mahu bertemu dengan saya walaupun saya cuba menunggu di laluannya...moga2han si dia mendapat petunjuk dari Allah swt...saya berharap jika ada di antara kalian yg sebenar2nya berdarah raja yg masih kuat bantu saya mengenali keturunan dan wasilalallah keturunan saya...ianya ada kaitan dengan Perak dan Brunie....keturunan Brunie yg sebenarnya perempuan berada di kuntilanak indonesia mengesahkan saya dari jurai keturunan dia yg sama....tp tak banyak yg dia mengetahui keseluruhan keturunanku....jika ada, saya berharap utk mengetahuinya tp jangan lah ada niat serong hal ini akan membuatkan saya sedih dan terluka.....cukup sekadar utk aku mengetahui jurai keturunanku siapa....dn mengenali siapa sanak saudara berdarah keturunan jurai yang sama....utk catatanku utk keturunanku seterusnya, saya lagi gemar meneruskan kehidupan dgn cara sekarang kerana ianya sejiwa dgn diriku....

    ReplyDelete
  8. Saya tgah mencari maklumat sejarah negeri Perak. Saya memang tertarik dgn keunikan sejarah negeri Perak. Saya memang minat sejarah. Saya berharap saya dpat menerbitkan buku saya sendiri mengenai sejarah Perak. Walaupun saya sedang sibuk dgn pengajian di Universiti Malaya dlm bidang sains, tp bidang sejarah tetap saya minat. Mungkin disebabkan faktor saya ank jati Perak dan keluarga saya sendri ada sedikit leluhur keturunan Megat.

    ReplyDelete
  9. Seronok membaca tulisan YAM Tuanku mengenai pengalaman di Makan Tok Temong. Secara kebetulan saya terbaca beberapa blog mengenai asal keturuan DiRaja Negeri Perak, mengenai Almarhumah Tok Temong, adat istiadat di Beting Beras Basah yang sangat menarik pada pandangan saya. Boleh tak sekiranya YAM Tuanku memberitahu saya lokasi sebenar Makan Tok Temong, kerana sekiranya diizinkan oleh Allah SWT, ingin saya pergi menziarahi makan beliau.

    Selain daripada itu, terima kasih atas kesudian Tuanku berkongsi pengalaman hidup dan cerita bersama kami, rakyat jelata.

    Please take a good care of yourself and your brother, YAM Raja Jamil juga adalah seorang yang sangat baik, saya pernah bekerja di waktu yang sama ketika beliau berkhidmat di Bina Puri.

    Hope to read more of your interesting stories and experiences.

    Aziaton Bt Ahmad @ Azi

    ReplyDelete
  10. en.firdaus,minat awk dgn saya sama,tambah2 saya berminat utk mengkaji keris taming sari dan beting beras basah...klu awk x keberatan,marilah kita ngeteh sama2 sambil sembang pasal sejarah negeri perak

    ReplyDelete
  11. Saya pernah nampak dia berada di pejabat Ketua menteri melaka dan saya tanya dia siapa dan apa tujuan. Dia jawab dia keluarga di raja Perak dan mahu berjumpa Ketua Menteri dan membetulkan fakta yg tersiar dlm satu keratan akhbar. Beliau tak dapat jumpa dengan Ketua Menteri tetapi seronok juga bersembang dengan dia. Saya anggap sebagai hiburan shj tak lebih dari itu. Btw, apa jadi kat dia sekarang?

    ReplyDelete
  12. TQ YAM, saya Dari ulu Cheka Jerantut, pernah arwah moyang saya suruh pegi makam Tok Temong sb itu keturunan kami, ada masa saya akan sana... Moyang saya allahyarham Pawang Nong...very good info about my ancestor.... 01110810619 badrul hisam

    ReplyDelete
  13. Syukur Alhamdulillah, trima kasih Ku dgn coretan yg amat bermakna buat sy... In shaa Allah akan ke Makam Tok Temong moga bertemu dgn waris2 Tok Temong di sana...

    ReplyDelete