Wednesday, January 30, 2013

Diriku , Jin dan mangsa sihir


Official Page : KuEss Idris
Photo By :taisgilo

Pada 20-1-2013 saya di telefon oleh adik angkat saya (Mohd Hazril a.k.a. Mak yong) untuk bertemu kerana beliau kurang faham dengan kontrak perjanjian dalam bahasa inggeris kerana untuk menolong seorang gadis saudara pada kawannya yang bernama ijoy , jadi saya pun bertemu mereka dan berbincang mengenai masalah itu dan terangkan cara yang betul dengan mengikut undang2 .Saya dikenalkan kepada saudara kepada wanita tersebut dan yang GF adik angkat saya ni mulalah telefon sebab bila dapat tahu jumpa saya, dia lama tak jumpa saya and rindu katanyer and yang sorang tu pula isterinya mula telefon beliau di mana..Dan pendekkan cerita pada 23 hb ni saya keluarlah lagi sekali dengan adik angkat saya dan kali ni turut serta bersama teman wanita bakal tunangannya dan juga kawan nyer yang bernama ijoy serta isterinya..tetapi dari awal saya telah nampak sesuatu pada sinar muka isteri ijoy ini yang ada yang tidak kena..Saya bukanlah bomoh atau ahli nujum..cuma itu kelebihan ALLAH SWT berikan....

Nak di jadikan cerita , ke esokkan harinya adik angkat saya bersama kawannya ijoy datang bertemu saya lagi dan mereka ajak saya minum2 dan kami pun pergi lepak sembang2..tapi tak lama tu Isteri ijoy ni telefon and emosi dan menghantar SMS yang seumpama berbaur kearah penceraian dan saya nasihatkan si ijoy supaya jangan dilayan sangat kerana saya dapati diorang berdua ni mangsa sihir oleh orang yang dengki ank hidup mereka porak peranda..Jadi adik ipar ke apa ntah pada si ijoy telefon , eh bukan Gf si adik angkat saya ni telefon cakap si hunny..(nama yang saya panggil) tu dah jadi lain macam and selama ini tak pernah macam tu,sejak bertemu saya terus macam dia tunjuk perangai tapi saya tahu itu bukan diri beliau and dia tak bagi saya nak datang singgah rumah and suruh suami dia hantar saya balik katanyer.Dan bila sedang seronok melepak bersama adik angkat saya dan suami dia,GF adik angkat saya tu SMS adik angkat saya dan si ijoy ni pun rasa lain macam dan ajak saya tengok sekali.Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang ada sikit2..saya pun pergilah ikut juga and semasa saya naik tangga nak kerumah mereka , saya dah nampak ada LEMBAGA yang duduk disitu tapi tak berani nak hampiri saya...saya diam dan berselawat ke atas nabi dan zikirullah dalam hati dan saya dah tahu ini hantaran orang...

Berbaju biru itu  Dhia zara adalah GF / Bakal Tunangan adik angkat saya dan berbaju hitam itulah mangsa Sihir  itu..


Bila masuk jer rumah , saya bagi salam dulu dan lihat isteri beliau ada atas katil terlantar...sebab saya tahu,makhluk halus ni tak boleh jawab salam.,.bagi salam mereka boleh tapi mereka tak boleh nak jawab..wallah hu alam tak  tahu kenapa..And adik2nya di rumah dalam ketakutan and termasuk gf tunangan adik angkat saya yang lemah semangat..

Saya pun mulakan dengan apa yang saya tahu,saya minta izin suami dia untuk sentuh nadi isteri beliau melalui tangan dan saya mulakan dengan nama BISMILLAH HU AKHBAR dan zikirullah serta ayatul kursi dan doa selawat keatas keturunan Nabi Muhammad S.A.W. dan Nabi Ibrahim A.S....Mulalah isterinyer meronta ronta dan cakap sakit...dan saya tidak berhenti saya teruskan baca surah ayatul kursi berulang ulang dan ayat yang saya ulang tiga kali di pertengahan ialah WALA YAUDUHU 3x and sambung HIFZUHUMMA WAHUAWAL ALI YUL AZIM seperti ada seorang ustaz dari jabatan agama islam negeri pahang ajarkan dan sampai sekarang saya ingat dan tak lupa,terima kasih ustaz... dan masa itu lagi kuat dia meronta and melawan dan akhirnya jin itu tewas dan mohon untuk pergi dan mengaku bahawa DIA TAK NAK LIHAT MEREKA NI HIDUP BAHAGIA dan sudah semestinya itu atas arahan SIHIR menggunakan syaitan..Saya bukan cakap kosong tetapi ada video bukti dari suami nya sendiri ( ijoy ) tapi saya memilih tidak mahu upload video tersebut kerna takut terjadi riak sebagainya pulak..saya bukan BOMOH,saya tidak sempurna dan masih banyak cacat cela dan silap..cuma ada ilmu sikit2 yang tak seberapa..tapi itu kurniaan ALLAH...

Alhamdulillah dengan izin ALLAH S.W.T.,dengan menyeru YA ALLAH Jika benar ALLAH JADIKAN HAMBA INI KETURNUNAN SUSUR GALUR YANG BERDAULAT,kabulkanlah permintaan hamba ini untuk pulihkan rakyat ini dan tunaikanlah hajat di hati supaya jin itu akur dengan titah perintah hamba jika benar hamba ini dari susur galur yang HAQ...akhirnya dengan kuasa ALLAH, Jin itu mengalah dan saya memaksa jin itu shahadah mengaku bahawa ALLAH itu tuhan yang satu dan Nabi Muhammad S.A.W. rasul ALLAH...dan jin itu akur mengucap dan Jin itu telah berjanji akan pergi dan tidak akan menganggu lagi dan akan kembali kepada tuannya atas nama ALLAH dan telah DIISLAMKAN ..ALLAH HU AKHBAR3X..apa jadi dengan orang yang menghantar tu? wallah hu alam dn itu adalah urusan MALIKIYAU MIDDIN..bukan saya..

P/S: PADA ijoy dan Hunny..sis sayangkan korang  berdua dan perasaan kasih sayang itulah yang membuatkan sis bertindak sedemikian kerana ALLAH S.W.T. I LOVE YOU GUYS SO MUCH AND SIS NAK KORANG SENTIASA HIDUP BAHAGIA MACAM NI ..ITU PUN SUDAH CUKUP BUAT SIS RASA BAHAGIA....SIS DOAKAN SUPAYA KORANG KEKAL BAHAGIA HINGGA KE ALAM SYRUGA..AMIN YA ALLAH




6 comments:

  1. AllahuAkbar. Menarik ceritanya dan patut di buat teladan dan pengajaranBila kita dekat dgn Allah,tiada makhluk jin yg dapat mengganggu kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada jampi serapah apa pun dalam dunia ini lebih hebat dari ayat2 quran...

      Delete
  2. wow amazing story..x sangke kuess nih leh bomoh2 nih...hee baddewey...cantik sgt blog kuess...penuh dgn kesenian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pandai , saya ikut firasat dan gerak hati dengan izin ALLAH SWT jer...

      Delete
  3. Terima kasih kerana sudi share pengalaman, memang benar ilmu Allah itu Maha luas dan saya kagum dengan kesederhanaan anda semoga ianya menjadi contoh kepada keluarga di raja yang lain. By the way sememangnya keluarga di raja negeri perak memang di lahirkan dengan peribadi kesederhanaan, ini berdasarkan pada pengamatan dan pengalaman saya. Teruskan dengan penglibatan anda di dalam memertabatkan seni warisan bangsa..syabas.

    ReplyDelete