Monday, January 21, 2013

Kenangan 27 March 2011 Pertarungan Tomoi Saya Yang Ke 2








27/03/2011 pertarungan saya buat kali keduanya dalam dunia muay thai dengan seorang jejaka yang sangat hebat dan keras dari segi mental dan fizikal nya yang berasal dari kelantan dengan gelaran nama peninjunya "AMIN SELSEMA BURUNG".Heheheheh kelakar pun ada namanya,saya siap boleh tanya lagi kenapa nama itu ambiknya..:-) tak ada nama lain ke amin..! well,apa yang seronok dalam muay thai ni ialah kita hanya bergaduh atas gelanggang sahaja,dibawah gelanggang kita terus jadi kawan dan bertukar pendapat masing masing dan walaupun kalah dengan teruknya dibelasah oleh beliau,Tetapi itu semua tidak kami bawa semasa habis bertarung.Itu hanya cerita gelanggang dan ia habis disitu sahaja antara kami.Apa yang saya belajar dari pengalaman ini dan saya terpanggil untuk menulisnya disini untuk berkongsi bersama anda semua apa yang saya rasa.Memang ramai yang MENGUTUK, mengritik dan cuba mempertikaikan perlawanan saya,dan saya ingin jelaskan disini bahawa sebenarnya saya memang tidak setaraf untuk berentap dengan beliau kerana beliau jauh lebih hebat dan berpengalaman lebih lama dari saya.Sepatutnya saya perlu bertarung dengan seseorang yang lebih berat pada saya (87Kg) yang nama gelaran peninjunya "AWANG JANGGUT" kickboxing bukit bintang yang tak pernah ada pengalaman berentap atas gelanggang.Atas sebab sebab yang tertentu beliau tidak dapat berentap dengan saya.Jadi saya gak cemas kerana saya telah pun berjanji yang saya akan bertarung untuk 27 march 2011.Dan bila saya dapat tahu yang saya kena hadapi beliau iaitu saudara AMIN SELSEMA BURUNG..! Saya memang cuak dan gentar tetapi sedikit pun perasaan untuk berundur tidak wujud walaupun saya tahu saya akan kalah dengan teruk dan aibnya :-)



Bila pertama kali saya jumpa beliau kat stadium semalam,berdengup jantung bila lihat fizikal nya.Dalam hati saya terus berkata,alamakkkk mampus aku,keras mamat ni :-) mahu tersungkur aku dibuatnya.Tetapi belum cuba belum tahu sebab saya perlukan pengalaman.Bila dibelakang stage sebelum perlawanan dia agak terkejut kerana lawannya ialah saya,hehehhe..!  Memang dari awal dia tak tahu yang dia kena lawan dengan saya dan saya juga suruh penganjur rahsiakan kerana saya tahu dia akan tarik diri sebab saya bukan tarafnya dan belum layak berentap dengannya dan termasuk la jugak paras rupa saya.Tetapi saya sangat kagumi semangat nak muay beliau yang betul betul jati dalam diri,apa yang dia tunjukkan diatas gelanggang dekat saya ialah,KITA TIADA PILIHAN LAIN ...! HIDUP ATAU MATI..! LAWAN TETAP LAWAN..! 





Saya memang dinasihati untuk tenangkan diri diatas gelanggang dan jangan gopoh di pusingan pertama.Tetapi bila dia terus terjah saya begitu,saya terus cuak dan gabra dibuatnya sampai lupa semua langkah yang patut saya buat :-) hahahahah lawak pun ada! bila dia tendang peha saya,teramatlah sakit tetapi saya masih mampu untuk bertahan dan membalas tendangannya.Tetapi yang saya terkejut ialah bila saya terkena lutut di perut saya secara tetiba..! itu yang amat menyakitkan sebab ia tepat dan padat ..! Memang susah nak bernafas masa tu..! Itu yang buatkan saya tak mampu bertahan dan saya akui saya perlu lebih banyak latihan yang berdisiplin.



Lah Peninju Proffesional yang juga trainer saya sedang menekan perut saya yang sakit akibat tujahan lutut yang kena ..Hheheheh..Sakitt woooooooo


Saya tak salahkan trainer saya seperti edie selindang kuning,Lah kirsty,Emie sampuri.Mereka telah ajar saya apa yang patut dan saya salahkan diri saya sendiri kerana saya selalu ambil jalan mudah masa training...! padan muka kat aku,hahahaha inilah hasilnya :-) saya tahu mereka menghormati saya disebabkan kedudukan saya sebagai kerabat diraja dan anaknda kepada Almarhum Sultan yang memerintah negeri Perak satu ketika dulu.Apa yang saya belajar kat sini ialah kita jangan sekali ambil jalan mudah semasa latihan dan dengar nasihat coach kita kerana ia untuk kebaikan kita..! saya dengar nasihat meraka tetapi saya banyak ambil jalan mudah ( shortcut) semasa latihan dan saya akui saya tidak ikut disiplinnya serauts peratus.Terima kasih tak terhingga saya kepada KIRSTY ,MARZUKI BIN ISMAIL DAN banyak lagi kerana mereka mereka ini kerana memberikan kepercayaan kepada saya walaupun saya sangat menghampakan mereka kali ni.Oh ya,bila saya dapat tahu yang kaki Amin luka akibat tendangan tulang keting saya,bangga jugakla saya sekejapkan walaupun tak menang..hehheheeh janji kena !


luka merah yang diatas tu yer,bukan yang lebam tu...




Apa yang saya gembira disini ialah,perlawanan saya berakhir dengan persahabatan dengannya :-) Dia seorang insan yang merendah diri dan baik budi bahasanya.
Semoga ALLAH SWT murahkan rezekinya di dunia dan akhirat.Amin





Dibawah ini ada video saya yang kalah dengan teruk , malu nak tunjuk tapi tak perlah kan..Pengalaman..
PERLAWANAN SAYA START DARI SAAT 2:32



AKAN BERSAMBUNG KISAH PERLAWANAN SAYA YANG KETIGA BERTARIKH 9-10-11..TUNGGGUUUUUUUUUUUUUUUUUU

3 comments:

  1. ASSALAM SAYA AKAN TUNGGU HEHEEH...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam http://kuess82.blogspot.com/2013/01/9-10-11-selangor-muaythai-charity.html

      Delete
  2. Assalam..first time saya tgk tomoi ladies, bila tgk empunya blog sparring rasa cemas n kesian pun ada, tp anyway bangga ada ladies tomoi yg hati kental.kalau saye yg blawan mmg skali kene hentak je alamat tumbang ler saye, x pun bpusing keliling gelanggang. tringat kisah srikandi melaka tun teja etc,gulp..!

    ReplyDelete