Saturday, January 19, 2013

Kepada BLOGGER2 Yang Berkenaan






Well,saya agak terkejut apabila ada seorang Blogger tu menulis pasal diri saya yang berbunyi TOMOI PRINCESS katanyer,Sedap jer engkau kutuk aku auww yer..????..Ishhhh serius sebenarnya saya dah jadi kepala hangin pasal apa sebab tiba2 nak tulis pasal saya pulak ? Saya ada usik hidup orang lain ke yang duk sibuk nak tulis pasal saya ? Saya ada beri ancaman ke pada dia atau sesiapa ? Gerammmmm jer aku tengok muka dia sebenarnya, tapi memandangkan saya diasuh supaya kuat bersabar dan di didik arwah ibu saya adab dan adat,jadi saya pun ISTIGHFAR ler banyak2 supaya bersabar.Kalau takkkkkkkkkkk,mahu meletop rahang dia aku bagi penendang betul2..Biar dia tahu langit tinggi ke rendah..Tapi bila fikir balik nak buat macam tu apa faedahnya pun ? Perlu ke ? Dalam hati ni hanya menyebut ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’ ,


KuEss Idris a.k.a. Royal Beauty Boxer


 Saya betul2 tak faham kenapa saya ? WHY ME? dan pasal apa abang saya (DARI BERLAINAN IBU) nak pergi mengadu damba nasib kat dia pun wallah hu alam.Tapi tak ada orang lain ke ? Tak cukup ke mengadu tadah tangan doa kat ALLAH ??? hasihhh saya stress bila orang ramai tanya kenapa abang you itu ini la..Meh saya nak jawab melalui blog ni..DEMI ALLAH i have no idea and TAK CAMPUR urusan dia bahagian tu...TERKEJUT lagi ada bila macam2 cerita keluar kat blog..DEMI ALLAH terus jadi blur...

Saya ni membesar tidak ada ayah disisi dari kecil lagi..Ayahnda saya mangkat umur saya ketika itu 1 tahun macam tu la..So,apa jadi pada masa dulu saya tak la tahu dan tidak menyaksikan dengan mata kepala sendiri dan kebanyakan yang apa saya tahu semuanya melalui arwah ibu saya..Saya ni kalau nak ikutkan,nak cerita apa yang saya,ibu dan kakak hadapai dan bagaimana kami harungi hidup lagi la sedih dan susah ..!! Siapa pun tak ambil kisah.. Banyak air mata ibu saya mengalir tapi buat apa nak bubuh tulis kat Blog ? Buat apa kita nak buka aib orang lain ? Tambah2 orang sesama ISLAM pulak tu..Saya masih ingat semasa saya kecil saya pernah bersumpah dan cakap kat ibu saya "UMMI , BILA KU'ESS DAH BESAR NANTI , KU'ESS AKAN BALAS DENDAM UNTUK UMMI" terus arwah ibu saya menjawab , KALAU KAMU BETUL2 ANAK YANG BAIK DAN SAYANGKAN UMMI ! KAMU JANGAN BUAT MACAM TU..UMMI TAK IZINKAN..! lepas tu saya tanya kenapa pulak ? Arwah jawab "ALLAH KAN MAHA PEMBALAS ? ORANG YANG BERSABAR ITU BESAR MANFAATNYA,PERCAYALAH SAYANG.! LAGIPUN SUSAH ROH ORANG2 YANG MATI DALAM KEADAAN DENDAM NI NAK LEPAS "

Memandangkan saya sangat rapat dengan arwah , maka saya pun turutilah amanatnya hingga sekarang.SAYA BUKAN NAK TUNJUK SAYA NI BAIK ATAU NAK BERLAKON ALIM.Saya sendiri pun banyak tak betulnya tapi alhamdulillah ler,Solat tetap saya jaga dan berdoa mohon pada ALLAH supaya bimbinglah saya kejalannya.Yer,saya tahu mesti ramai nak cakap..DIRI PUN MACAM TU? MACAM MANALAH KU'ESS TU SEMBAHYANG..CARA LAKI KE PEREMPUAN? well,cara laki ke apa ke..Solat tu urusan saya dengan ALLAH yang Malikiyau middin..Tak perlu la nak kutuk2 saya ke apa..Nak kutuk pun suka hati koranglah sebab esok lusa pasti ALLAH balikkan kat batang hidung korang sendiri kan ? Yelah,kot anak korang ke,cucu ke apa ke yang akan senasib seperti saya mana lah tahu ! Wallah hu alam..Nauzubillah ...Astaghfirullah hal azim..(TIBA TIBA TER EMOSI JAP)



KuEss Idris & Y.A.M.Permaisuri Siti Aishah

Yer,memang saya yang kuat membela Y.A.M.Permaisuri Siti Aishah (Mantan Raja Permaisuri Agong ke 11) masa orang tu menulis cerita tentang dia sebab saya tahu kebenarannya yang saya tak perlu nak ceritakan.Kalau nak cerita pun boleh tapi fikir balik and ingatkan pesan Permaisuri supaya biarkanjelah..Permaisuri cakap Beliau redha kalau itu yang ALLAH takdirkan untuk dia jika itu balasan ALLAH pada beliau yang mungkin banyak buat kesilapan sebelum ini.I respect Her desicion.

semasa perlawanan saya yang kedua di Stadium Cheras



Berbalik pada cerita tadi,hmmm entahla...Kadang2 saya pelik dengan orang yang berani betul tulis buruk pasal orang ni,kutuk la itu la ini la..Korang tak risau ke Tuhan balikkan segala kutukan yang korang lempar tu pada diri korang ataupun keturunan korang ? Jangan tau..!! Kadang2 apa yang kita selalu kutuk and benci tu ..ITULAH YANG TUHAN BAGI SEBAGAI UJIAN...saya malas nak cakap orang la..Saya sendiri dah terkena..Saya benci sangat orang yang menyiarkan gambar Permaisuri Aishah tu and tak lama tu saya terserempak pulak dengan dia kat stadium titiwangsa semasa Kelab Tomoi Kuda Merah buat Pertandingan tomoi and masa tu saya datang sebab nak support trainer saya iaitu Ediey Selindang Kuning .Masa tu Kirsty sambut saya and beliau owner pada  Kirsty Muaythai Fight Club dan ada pulak dengan dia ..Punyalah Istighfar dalam hati.Tapi kirsty tahu i ni jeni sproffesional dan beliau pun begitu..Sebab saya jenis kalau awak kawan saya and awak kawan dengan orang yang saya tak suka,itu tak ada masalah sebab ITS BETWEEN ME AND HIM ..So kita kena Proffesional.....

Pendekkan cerita,Nampak tak UJIAN TUHAN pada saya ? sabar jelah....Tak perlah setakat ni dulu saya tulis.Nak mandi2 jap bersihkan diri sedia untuk solat subuh..nanti bila ada mood lagi saya akan sambung lagi yer...




Peninju Tomoi Idola saya :Nong Toom


P/S=Arwah Ummi saya ajar supaya jaga budi bahasa kita bila bercakap dengan orang yang lebih tua,berpangkat mahupun tidak berpangkat pada kita sebab orang yang berakhlak itu orang yang pandai menghormati orang lain dan dirinya sendiri....Arwah bonda saya pesan juga jika seseorang itu biadap , kasar dan tidak tahu hormat orang lain...Dari situ kita kena perhatikan bagaimana pula adab ibu bapa mereka dan dari situ kita boleh faham sendiri bagaimana mereka diasuh oleh keluarga...wallah hu alam..



5 comments:

  1. nice shoot ku ess .. we'll always support you ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih majlis bahtera kerana sentiasa berikan sokongan terhadap saya

      Delete
  2. Ku ess ni mesti uncle . . . Saya ada baca blog tu pasal ur brother

    ReplyDelete
  3. saya ade baca..tp kan ku saya rasa ok je apa yg abg u cerita..secara jujurnya saya enjoy sebab dapat tahu cerita pasal almarhum..cuma bila tuan empunya blog menyelit seperti becerita yg u ni auww, saya x berapa kenan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. well yup but mungkin saya kurang berkenan dengan tuan punya blog tu kot sejak dia menulis perkara yang aibkan mantan permaisuri agong tu..tak apa lah dia nak cakap saya AUWW ke apa ke sebab satu hari nanti mesti dia ada cucu pelbagai kan? kita tengok je lah...ALLAH kan maha adil ...wallah hu alam

      Delete