Sunday, March 24, 2013

Melawat Gelanggang Seni Silat Harimau Berantai Sang Penakluk Di Jeram,Kuala Selangor

Assalamualaikum WBT syukur kehadrat ALLAH SWT kerana telah permudahkan perjalanan saya bersama rombongan kecil ditemani pengiring2 saya pada 23-3-2013 untuk melawat Tok Ayah Karim Guru Utama kepada Seni Silat Harimau Berantai Sang Penakluk Di kampung jeram,Kuala selangor.


Sampai juga hajat hati saya nak melawat tok ayah karim dan tapak silat mereka akhirnya dengan izin ALLAH SWT,alhamdulillah...Mula mula perkenalan saya bersama Tok ayah hanya di Facebook dan apabila saya melihat profile beliau saya jadi berminat untuk mengenali tok ayah dengan lebih dekat iaiatu seorang guru silat yang handal di kampung jeram..Saya memang minat benda2 macam ni dan boleh dikatakan memang minat la menjalinkan perhubungan persaudaraan dengan mana mana persatuan silat mahupun mana mana pengamal ilmu seni bela diri bagi menambahkan ilmu pengetahuan seni bela diri saya yang cetek ini.Seperti biasa tak lain tak bukan mesti la adinda saya dari hulubalang melayu yang temani :-)

Saya begitu teruja dengan persembahan silat dari anak anak Melayu yang handal bersilat dan sekaligus ia membuatkan saya rasa terharu dan sangat bangga dengan mereka kerana jiwa dan jati diri mereka sebagai Anak Melayu jati MASIH KEKAL dan TEBAL tidak hilang diarus zaman..Bagus..!!! Bagus mereka jebakkan aktiviti2 sebegini ,salah satunya ialah supaya tak lupa budaya sendiri dan satu lagi dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang baik dari melepak tak tentu arah.

Tetapi sebelum saya berangkat pulang,Tok ayah telah membuatkan kejutan dengan menganugerahkan saya selempang yang utama MANDAT DIRAJA PUNCAK JUANG SANG PENAKLUK Sebagai KEKANDA JIHAD SERTA PENASIHAT YANG UTAMA PSSHBSP BERSAKSI SEUMUR HIDUP..Alhamdulillah.
Tok Ayah Karim sedang menyampaikan Penganugerahan kepada saya..

Gambar Kenangan Bersama Keluarga Perguruan Seni Silat Harimau Berantai Sang Penakluk,
Kampung Jeram Kuala Selangor


Grambit dari kerja hasil tangan sendiri Tok Ayah Karim hadiahkan kepada saya sebagai cenderahati dan juga Selempang Yang Utama MANDAT DIRAJA PUNCAK JUANG SANG PENAKLUK.

DEMI ALLAH dari hati saya tidak mengharapkan apa apa langsung dari pihak mereka dan nawaitu saya datang memang untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kami..Penganugerahan ini terlalu istimewa buat saya dan saya teramat hargainya dengan ucapan kalimah ALLAH HU AKHBAR serta ALHAMDULILLAH..! sebenarnya saya rasa saya tak layak untuk terima pengiktirafan sebegini kerana saya seroang insan yang jahil dan banyak dosa,Apa pun saya percaya ini kehendak ALLAH SWT ia berlaku dan saya terima dengan hati yang penuh syukur dengan merendah diri...

Dengan rendah diri dan perasaan syukur padanya,Saya menadah tangan berdoa kehadrat ALLAH SWT supaya penduduk kampung jeram dan ahli keluarga seni silat harimau berantai sang penakluk supaya sentiasa dilimpahi rahmat yang baik dari ALLAH S.W.T. sehingga ke alam syurga..Amin Ya ALLAH....Terima kasih juga kepada mereka mereka yang telah bersusah payah sediakan makan minum yang lazat2 buat saya dan rombongan..Saya tidak akan lupakan jasa jasa baik penduduk kampung jeram sehingga akhir hayat saya in shaa allah....

TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA, IN SHAA ALLAH TAALA...

P/S:Untuk melihat gambar2 selebihnya,boleh layari page PAGE OFFICAL FB SAYA : http://www.facebook.com/KuEssRBB


1.Megat Faris / Puan Iman Capri
2.Adnan Bin Ismail
3.Kamarul Zaman Abdul Latif
4.Puan Hamidah / Azahari

Nama nama diatas saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana bersusah payah mengeluarkan modal yang banyak untuk menyambut keberangkatan saya..Saya rasa segan dan juga terasa seperti menyusahkan kalian semua kerana kalian sanggup bersusah payah berusaha menyambut kedatangan saya yang tidak mengharapkan layanan sebegini,tetapi kalian tetap mahu buat yang terbaik..Semoga dilimpahi setinggi tinggi kemuliaan oleh yang maha kuasa terhadap anda semua didunia mahupun di akhirat....amin ya ALLAH...

Wednesday, March 20, 2013

Perjalanan Bersama HULUBALANG MELAYU

Pada 15 febuari 2013,saya telah bertemu dengan seorang pemuda yang saya kenali dari Facebook setelah saya memanggilnya dan saya tertarik dengan personaliti beliau yang kuat jiwanya memperjuangkan martabat bangsa Melayu serta pengamal ilmu kebatinan melayu Islam.Hmm memang susah nak cari anak melayu yang begitu pada zaman sekarang kerana umurnya masih muda tetapi kesedaran dirinya itu membuatkan saya menghormati beliau yang bernama Harizon Ramli , panglima dari persatuan Hulubalang Melayu .Kebanyakannya anak muda kita macam dah tak ambik pot hal sejarah pelbagai ni sebab bagi mereka seumpama buang masa..Tapi tidak bagi beliau yang juga seorang pengamal ilmu Seni Silat Gerak Abadi.



Harizon Ramli

Jadi perjumpaan kami pertama kali berlaku di Taman Tun,belakang pasar besar TTDI tempat pot biasa saya lepak dengan member2 layan shisha.Stall shisha belakang tu kepunyaan anak pada pelakon veteran Normah Damanhuri.So,semasa tu Saudara Harizon datang bersama dengan seorang lagi sahabat yang saya kenal dari Fb namanya Faizal Osman yang juga bersemangat juang yang sama.Saya memang sebenarnya tak suka nak jumpa sebarangan orang sebab saya tak suka orang jenis yang mengarut merapu semua ni.Jadi saya percaya pada Firasat saya mengatakan mereka ini insan yang baik2.Tapi sebenarnya takut jugak saya nak jumpa si harizon ni pada mulanya sebab takut kena gossip atau orang salah sangka bukan2 sebab dia ni seorang pemuda yang segak dan tampan , wal hal niat hati saya bukan sebab muka dia ke apa..sebab personaliti dan semangat juang beliau yang sama yang menyebabkan saya tertarik untuk bertemu dan berkongsi ilmu sebagai saudara sesama islam dan atas dasar sialturahim yang ikhlas .Bila fikir balik,pergi mampus la orang nak cakap apa pun , JANJI ALLAH S.W.T. tahu sudahla..

Jadi,pertemuan kami pada mulanya banyak kami berkongsi ilmu bukan saja kebatinan,malah juga ilmu ketuhanan.Sebab matlamat hidup kita ialah kerana ALLAH SWT .Mesti ramai nak yang tergelak besar sebab saya cakap macam ni kan ? yelah,saya tahu sebab saya ni jahil dan telah dihukum oleh banyak pihak dengan kata kata yang seumpama syurga neraka saya ditentukan oleh manusia..Wal hal ALLAH ialah MALIKIYAU MIDDIN dan mereka lupa akan itu :-) .Biarlah ,asalkan mereka2 itu bahagia.Pada malam itu tergerak lah hati saya untuk sampaikan sesuatu rahsia ilmu yang tidak ramai orang saya boleh beritahu kerana hanya insan2 yang terpilih dan saya percayai saja akan saya beri mereka pengetahuan itu.Dan alhamdulillah,saya merasakan beliaulah orangnya salah satu yang terpilih.Saya ni bukan jenis manusia yang taksub pada JIN , saya akan mulakan menyeru nama ALLAH terlebih dahulu dan mohon gerak darinya.Bukan dari makhluk halus atau ghaib sebab itu akan jadi syirik sebab meminta tolong selain dari ALLAH SWT.Ramai yang suka buat tafsiran tanpa ilmu.

Jadi,setelah apa yang dah diamanatkan pada beliau dari saya , beliau telah sampaikan amanat itu kepada mereka mereka yang berkenaan kepada hulubalang melayu dan semestinya mereka itu dari ahli ahli utama.Jadi dengan mengikut gerak hati yang ditentukan oleh yang maha kuasa,Pada malam pertemuan itu , saya memberitahu mereka bahawa saya mahu membawa mereka bertemu dengan Orang besar 16 negeri perak darul ridzuan , Iaitu Toh Seri Wangsa yang sudah pun berumur 87 tahun.Beliau telah berkhidmat dengan 3 orang Sultan perak iaitu bermula dari Almarhum Sultan Yusoff ,Almarhum Sultan idris iaitu ayahnda saya dan juga sekarang Sultan Azlan Shah.Pak tok ni banyak tahu adat istiadat dan pantang larang orang2 melayu secara traditional terutamanya hal ehwal istiadat diraja melayu.

Jadi 24hb Febuari kami pun bertolaklah dari KL ke Ipoh dan agak lewatlah juga kami gerak kerana seperti biasala ada yang terlambat,dan harizon datang bersama adiknya ambil saya dirumah dan yang lainnya kami berjumpa di highway . Agak lambat la juga kami sampai kuala kangsar and nak dijadikan cerita lupa pulak yang hari tu hari le tour de langkawi dan hotel semua penuh..LOL..! terpaksa lah saya tidur hotel biasa mana entah kat Ku Inn hotel rasanya nama hotel tu setelah jenush kami ronda kat kuala tapi itu jer ada..Sangat lucu hahahah..Semua hotel yang elok tambah2 lagi rest house kuala kangsar penuh.Belasah jer la kan,janji boleh tidur and ada tempat solat.

Makam Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah
(Sultan Perak ke 33 / Sultan idris II)
Hulubalang Melayu bergambar di Hadapan Makam Diraja Kuala Kangsar

Dalam pukul 10 pagi macam tu kami pun mula gerak dari hotel dan sarapan di perkarangan Istana Kuning yang dijadikan Muzium itu.Selepas itu kami semua mula menziarahi makam2 diraja terpilih dengan berzikirullah serta dengan bacaan ayat ayat suci ALLAH bermula di makam Almarhum Sultan idris Murshidul Azam Shah (Sultan idris 1) iaitu moyang saya, Makam Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah (Nenda saya) , Makam Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah (Ayahnda saya) , Makam Almarhum Syeikh Raja Ashman Sultan Azlan Shah dan juga Makam Almarhum Raja Alang Iskandar (Kekanda saya dari berlainan ibu).

Selepas selesai bacaan tahlil semua selsai kami bergerak ke rumah Pembesar negeri perak yang saya kasihi,Toh seri wangsa untuk menemukan mereka dan beliau.Turut menemani saya ialah kekanda angkat saya panglima silat gayong Malaysia yang datang dari taiping atas permintaan saya.



Banyak yang mereka telah belajar ilmu dari orang lama seperti pak tok dan disana pak tok pun terangkanlah cara bersiram panglima dengan beradat dan bagaimana pakaian panglima melayu secara batin dan maaf saya tidak boleh nak terangkan semua secara terperinci kerana sesetengah itu biarlah kami menyimpannya sebagai rahsia diri yang tidak sesuai untuk dikongsikan untuk semua demi mengelakkan dari salah tafsir.Tetapi boleh dikatakan pertemuan kami ni agak pilu dan tersentuh apabila melihat pak tok yang seperti sebak menerima kunjungan kami .Saya dah biasa tengok pak tok tapi saya tak pernah tengok pak tok sebab sampai sebegitu rupa..Seperti memang terasa ikatan silaturahim tu sungguh ikhlas dan memang sebaklah..panglima2 tu pun yang jenis muka ketat pun nampak sebak hahahahah...

Selepas selesai semua upacara istiadat yang telah disempurnakan , Jadi kami semua bertolak ke kampung Temong untuk menziarahi makam Tok Temong empunya negeri Perak Darul Ridzuan yang asal..


Sampai saja di makam,saya mulakan dulu dengan bacaan surah al fatihah dan ayat ayat suci ALLAH SWT untuk dipanjangkan pahalanya buat Tok Temong.Saya berasa sangat gembira kerana hajat saya untuk bawa hulubalang2 menziarahi makam ini berjalan dengan lancar atas izin yang maha kuasa dan ia berjalan teratur dan tertib seperti yang saya mahukan.Selepas chapter pertama selesai , kami turun di tebing sungai perak yang terletak dibawah kawasan makam tok temong.Best tengok yang lain mandi manda tapi saya tak boleh la kan,pakai jubah pulak tu hahahah..Kalau ikutkan kepala sewel ni,mahu terjun dengan selamBa hahaha.





Selepas selesai bermandi manda diorang di bawah , Sementara nak baca yasin balik di makam Tok Temong ,Dekat tebing tu ada pondok kecik atas pokok , best hehehe...tapi boleh sorang dua jer la naik kan,Saya pun ambil kesempatan kat situ untuk solat asar.Seronok solat kat situ sebab tenang jer..Maklumlah kawasan pendalaman dan tepi sungai.,Rasa klasik gitu hehe..Saya gembira sebab saya dapat ambil wudhuk dekat tebing tu yang batunya terbelah dipercayai Sultan Muzaffar Shah menggunakan pedangnya pasal apa saya terlupa la sebab waris tok temnong yang ceritakan pada saya ketika itu kat sana.Bukan la nak percaya taksub ke apa kan,saja ambil wudhuk kat situ ambik berkat.Apapun semua ketentuan ALLAH SWT.Dan buat pertama kalinya juga semasa itu datanglah Daeng Haabeb itu Syeikh Muda ahli tarikat naqsybandi iaitu anak didik Almarhum Syeikh Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah yang memang dah lama saya nak ketemu sangat dan kedatangan beliau ialah untuk turut serta majlis Zikirullah kami di makam tok temong kerana beliau juga warisannya.Dan saya paling sebak sekali sebab beliau hadiahkan saya air dari bekas minuman Nabi Muhammad S.A.W. yang juga air itu direndam dengan rambut rasulullah S.A.W. yang beliau dapati dari guru bagi President negara chechnya..Haaa ni video saya tunjuk kat bawah...Air yang beliau bagi tu dari bekas inilah kerana guru beliau itu juga adalah guru bagi president ini.Mashaallah..ALANGKAH BERTUAHNYA RASA DIRI YANG JAHIL NI APABILA DAPAT Kurniaan begini dari ALLAH S.W.T... 



Mula mula saya nampak seseorang share video ini kat facebook and lepas tu saya pun tulis kat situ,ALANGKAH bertuahnya kalau dapat merasa seperti yang mereka rasa..Sebab itu bekas Rasulullah S.A.W. kekasih ALLAH..Tiba2 daeng habeeb ni cakap beliau ada air tu kerana guru president itu ialah guru bagi beliau juga dan beliau berhajat nak hadiahkan saya air dari bekas itu.Mahu saya tak menangis ? menangis gembira....SYKUR sangat sangat...Dan Air yang beliau telah bubuhkan dalam bekas mineral itu diserahkannya didepan Makam Tok Temong dan saya hanya menadah tangan kelangit tanda syukur saya kepada ALLAH dan terima kasih saya tak terhingga kepada Rasululullah kerana rupa rupanya doa yang saya hadiahkan didengari baginda.Adoii sebak :-( saya ni jahil....tapi ALLAH maha baik....Saya juga bagi setiap hulubalang melayu dan yang ada disitu merasa air tersebut kerana bukan rezeki saya seorang saja.Ia untuk dikongsi mnemang kebetulan rezeki Mereka dan saya juga.



Baiklah,sambung balik cerita..Saya dan hulubalang melayu yang lain mulakanlah membaca zikirullah dan majlis bermula dengan diketuai oleh Syeikh Syahmi an Naqsybandi.



Selepas selesai bacaan dari beliau , gang dari hulubalang melayu pula teruskan dengan bacaan doa,zikirlullah serta tahlil , yasin dan doa..Selepas selesai semua urusan,kami pun pulanglah ke kuala lumpur dan singgah makan dulu sebelum pulang di gerai ayah saudara syekih habeeb.Tetapi apa yang saya bersyukur sangat ialah perjalanan kami berjalan sangat lancar dan sempurna seperti dirancang.Terima kasih ya ALLAH dan yang paling saya gembira ialah saya dapat merasa air dari bekas Nabi Muhammad S.A.W. itu sendiri yang telah direndam dari helaian rambut baginda.SUNGGUH BESAR ANUGERAH ALLAH PADA HAMBA YANG HINA INI :-( , Bila ingat balik dosa dosa diri sendiri,menangis sebab mengenangkan ALLAH maha baik..! Hmmmm sebak terus rasa....apapun,bersangka baiklah terhadap ALLAH walau siapa pun kita..Saddakallah hul azim...Saya ni bukan orang alim atau pun katogeri ulama,saya jahil dan masih banyak yang perlu belajar perbetulkan diri..Tapi walau apa pun kita,Sujudlah pada ALLAH SWT dengan bersolat..jangan sombong....!!!

BISMILLAH HIRROHMA NIRROHHIM AL FATIHAH BUAT 

NABI JUNJUNGAN BESAR , NABI MUHAMMAD S.A.W.
RASUL RASUL ALLAH SWT
ALMARHUM AYAHNDA DAN BONDAKU
WALI WALI ALLAH S.W.T. SERTA PEJUANG2 FISABILILLAH
PARA2 ALMARHUM ULUL AMRI / SULTAN SULTAN / RATU RATU
PARA2 MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG HIDUP DAN YANG MENINGGAL DUNIA...

ALLAH HU AKHBAR3X





Friday, March 15, 2013

14-3-2013 Melawat kawasan Bukit Jugra



Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua.Maaflah sebab sudah lama tak update blog :-) tengah tak ada mood susah nak tulis cerita sebab tak ada ilham ikhlas..tak best..heheheh..Well entry saya kali ini ialah mengenai perjaalanan saya yang simple dan terasa nak dikongsikan bersama anda.Khamis malam jumaat saya telah dijemput atau dipelawa oleh saudara Harizon dari persatuan Hulubalang melayu untuk bersama beliau ke majlis zikirullah dan bacaaan yasin..

Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH S.W.T. kerana jemputan itu dan saya terima dan redha hendak bersama beliau kerana ALLAH S.W.T. disebabkan pada hari tu saya asyik naik  marah jer heheh..Ayat2 suci al quran lah ubat bagi saya dan saya rasa sungguh tenang selepas itu :-)

Sampai saya dirumah seorang hamba ALLAH ni iaitu salah seorang ahli dari hulubalang melayu , Kami pun mulakanlah upacara majlis dengan diketuai oleh tuan rumah dengan bacaan ayat ayat pembuka semua dan paling saya serobnok ialah apabila kami sama sama membaca surah al fatihah 44x dan selepas itu surah yasin dan juga zikirullah nama ALLAH SWT sebanyak 1000x ,Kami panjangkan khasiat dan nikmat surah Al fatihah itu dan dihadiahkan buat Nabi junjungan besar S.A.W.,Para para rasul,para para wali,para para Keramat,Sultan2 dan juga sebagainya termasuklah untuk yang telah tiada ..Mashaallah,sungguh hebat rasa perasaan ini kerana itulah pertama kalinya zaya berzikir sebanyak itu dan syukur sangat kehadrat ALLAH SWT..! Saya juga rasa bertuah kerana telah diterangkan kepada saya khasiat dan hikmah kebesaran surah AL FATIHAH dan rupa rupanya setiap baris ayat itu jika kita bacanya ALLAH SWT juga mendoakan kita ...ALLAH HU AKHBAR3X...saya akan terangkan nanti di entry saya yang lain yer,sabar :-)



Alhamdulillah selepas selesainya upacara tersebut,dengan limpah kurnia perkenan dari ALLAH SWT,saya telah dihadiahkan oleh seorang hamba ALLAH SWT ini dengan sebuah geliga embun..Subhanallah betapa gembiranya saya rasa,dan bukan geliga embun tu sahaja beliau hadiahkan,Malah surah yasin dan tasbih saya gunakan itu juga dihadiahkannya kepada saya..Sungguh terharu saya rasa dan ia amat tidak ternilai buat saya..Dan yang menjadi menariknya,geliga embun itu selalunya berwarna putih air dan memang tidak nampak jika ia direndam dalam air dan memang geliga itu terendam dalam air yang diletakkan dalam satu bekas sebesar minyak atar oleh beliau.Dan dengan kebesaran ALLAH SWT beliau menceritakan yang Geliga itu bertukar warna seperti kuning keemasan pada hari beliau berniat untuk hadiahkan kepada saya dan ia sesuatu yang luar biasa katanya..wallah hu alam..Apa pun alasannyaitu semua kuasa ALLAH SWT dan saya bersyukur sangat2.



dua orang hulubalang yang mengiringi saya

Setelah berehat sebentar selesai upaca majlis,Tuan rumah cadangkan saya supaya melawat beberapa kawasan bersejarah dan mistik di kawasan jugra terutamanya makam Almarhum Sultan Abdul Samad..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada apa apa halangan yang berlaku..Syukur kehadrat ALLAH SWT kerana mengizinkan semuanya berlaku dengan baik..In shaa allah nanti saya akan kongsi lagi kisah saya pada bulan Feb berkenaan lawatan saya ke kuala kangsar dan juga kemakam Almarhum Sultan Idris murshidul Azmam Shah,Makam Almarhum Sultan Iskandar Shah kadasallah juga Makam Almarhum ayahnda ,Sultan idris Iskandar Shah dan tak lupa Makam Keramat Tok Temong bersama beberapa orang penting dari Hulubalang melayu melakukan beberapa istiadat adat pendekar..tunggu yer...Assalamualaikum dan salam kasih sayang.....:-)




Sunday, February 17, 2013

The Royal Beauty Boxer Vs Srikandi lianpadukan ?

Seperti yang saya janjikan tempoh hari di entry sebelumnya " Srikandi Lianpadukan Bertemu Royal Beauty Boxer"...Saksikanlah disini Video saya berkongsi ilmu melalui Sparing Persahabatan bersama Srikandi nurhijrah seperti yang ada dibawah ini...



Dengan izin ALLAH S.W.T. secara rasminya,saya berkenan menjadi anak murid kepada Srikandi Nurhijrah dalam bidang Seni bela diri Lianpadukan ...Semoga ALLAH S.W.T. Permudahkan segalanya..Amin





Thursday, February 14, 2013

Srikandi Lianpadukan Bertemu Royal Beauty Boxer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH S.W.T. Kerana sampai juga hajat hati saya untuk bertemu dengan srikandi Lianpadukan yang saya hormati dan kagumi iaitu seorang mualaf yang bernama Srikandi Nurhijrah pada 13-2-2013 mashaallah..Best sangat2


Saya sungguh kagum dengan wanita ini dan sedikit sebanyak menjadikan beliau sebagai ikon contoh teladan yang baik buat diri saya dengan kisah kehidupan yang beliau lalui sebagai seorang mualaf dan pengalamannya.Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya hati saya dapat bertemu dengan beliau kerana memang hajat dihati ingin bertemu wanita muslimah ini.Alhamdulillah ALLAH telah sampaikan hajat hati saya..Terima kasih ya Allah....Apapun sedikit sebanyak kami tadi banyak berkongsi ilmu dalam seni pertahanan diri dan juga mendalami perihal Agama Islam...Beliau seorang yang berfikiran terbuka dan memang POSITIVE selalu...Semoga ALLAH S.W.T. Permudahkan perjalanan hidup beliau sekeluarga sehingga ke alam Syurga..Amin Ya Allah..Oh ,apapun tadi kami ada berlatih dan sparing persahabatan teknik pukulan sebagainya...memang AWESOME...nanti kalau dah siap VIDEO kami...saya share dengan semua ek..Muahhhh Assalamaualikum dan salam sejahtera Malaysia...

Friday, February 8, 2013

Modelling Di Malaysia



Terus terang saya katakan ramai yang keliru apa itu talent dan model.Ramai yang jenis senang senang mendakwa berangan diri mereka model tetapi mereka terlupa ciri2 utama yang dilihat dari seorang model ialah dari segi Raut Wajah , tubuh badan , Dan juga Ketinggian serta PERSONALITI itu mereka tak memilikinya..Sifat2 yang sebegitu kadang2 akan mengelirukan masyarakat luar kerana secara tak langsung mereka akan melihat industri model tempatan kita ni seperti TIADA KUALITI atau CITARASA.Kena ingat bahawa Model untuk gambar dan stage adalah lain.Model gambar tidak berapa pentingkan ketinggian dan kebanyakan mereka hanya layak berada di gambaran sahaja dan bukan di pentas peragaan.Tetapi lain pula bagi model Catwalk / Pentas peragaan .Mereka sesuai berada di dua dua arena sama ada untuk iklan ataupun pentas..Selalunya model2 pentas peragaan adalah pakej yang lengkap. 


Lagi satu yang saya pelik ialah , Kenapa ramai model berbangsa Eropah di negara kita ? Kenapa mereka tidak cari makan di negara sendiri ? Kenapa kena datang sini ? Mereka tidak lakukah di negara sendiri ? Tidak cukup segakkah Anak2 temapatan kita sendiri yang terdiri dari bangsa Melayu , Cina dan India ?? Kenapa kena utamakan mereka ?? sedangkan banyak anak2 tempatan kita yang memiliki ketinggian dan paras rupa yang menarik serta Fotogenik...dan kenapa orang yang ketinggiannya kurang dari 5'8 bagi wanita dan kurang dari 6kaki bagi lelaki juga kadang2 boleh berada di pentas peragaan ?? manakah kualiti seorang model ???Saya berpendapat adalah elok agensi2 di negara kita ini utamakan anak2 tempatan yang ada ciri2 untuk menjadi seorang Model ..Jangan main hentam jer terima hanya kerana wang tanpa mementingkan kualiti.Ini akan jejaskan imej modelling di negara kita..Jangan bagi harapan palsu pada orang yang tidak layak menjadi model dengan mengambil duit mereka dan taburkan janji janji manis.Ramai diluar sana idamkan untuk menjadi seorang MODEL tetapi bukan semua mereka layak dijadikan MODEL..Cantik tak semestinya layak menjadi model kalau anda tiada tarikan dan tidak unik di mata pereka dan fashionista...


Bercakap mengenai MODEL berbangsa luar , Bukan mereka tak bagus..Kadang2 memang ada kualiti tapi kenapa tak utamakan anak tempatan ? Kalau kami di negara barat tak hairanlah sangat jika melihat bangsa2 mereka menjadi peragawan dan peragawati..Tetapi kalau di Malaysia ? Sudah semestinya orang luar nak melihat KECANTIKAN dan KEUNIKAN anak anak tempatan kita ? Kenapa kena teggelamkan ? Kenapa tak naikkan martabat anak tempatan ? Kenapa balik2 mesti kena ada MODEL mat saleh kat stage peragaan kita ?Lagi satu,sakit mata saya bila tengok model berbangsa luar ni peragakan busana traditional kita kerana kasar cara mereka bawa baju kita..Tiada kelembutan dan baju nampak macam tiada message dan rosak dibuatnya..Itu pada mata sayalah,tak tahu pulak mata orang lain macam mana...hmm malas nak ulas panjang dah.Faham faham sendirlah yer..Tapi mintak sangatlah supaya kalau yang kurang ketinggian tu seperti yang saya dah sebut diatas tadi janganlah dijadikan model peragaan ..Bukan menghina tapi biarlah kena pada tempatnya..Saya bercakap pasal KUALITI bukan KUANTITI....Banyak anak2 tempatan kita yang cantik,kurus,tinggi lampai dan fotogenic yang anda berkenaan itu TERLEPAS PANDANG....



Saturday, February 2, 2013

"MELAYU - Tanah Jawi Itu Di Sini"


Saya agak terkilan kerana tidak dapat bersama dengan 
HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Akhir Zaman) tempohari di Lumut pada 27 Hb January 2013 kerana jadual saya bercanggah dengan program tersebut..tetapi hati saya bersama perjuangan mereka dan saya ingin kongsikan pada semua sajak dari sahabat saya "Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh "yang sungguh menyentuh hati dan sanubari saya...

Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh





"MELAYU - Tanah Jawi Itu Di Sini"

Dulu..Di sini..Di sini ini..Bermula bicara
Di atas gunung berdiri cerita Tinggi Beruas turun ke lembah Hulu semenanjung sampai ke Manjung Gangga Negara nama ditanda Menjulang tinggi adaban dunia..

Dulu..Di sana..Di sana itu..Ditulis surat Persuratan tua buat umat Tamra ditanda batu bersurat Tinggal sepi dalam negeri Megat..Di Kuala Berang terpecah urat..

Sayup terdengar jeritan kelam..Ini negeri Megat Panji Alam..!Banyak wali Allah dan banyak pula Ahlul Bay'tul Rasul..!Diwartakan buat kalian anak cucu umat Muhammad SAW..Di sini.. Dalam akhir zaman..Ini..

Maka tersurat...Apa yang tersirat...

"Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka..Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam..Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya..Di benua ku ini penentu agama Rasulullah Salallahualaihi Wassalam."DI BENUA KU INI PENENTU AGAMA RASULULLAH SALALLAHUALAIHI WASSALAM..!"Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya..DI DALAM BUMI INI PENENTU FARDHU PADA SEKALIAN..!Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar..Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka;Tuhan..!Tuhan..!Tuhan yang menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama..Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala..Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua.."

"KELUARGA DI BENUA JAUH KAN DATANG BERIKAN.."

"Allahumasoli'ala Muhammad, Wa'ali Muhammad"

Dulu..Di atas..Di atas sana..Tersurat hikayat Merong Maha Wangsa..Kalha.. Kataha..Nama tercipta Negeri Kedah TuaSheikh Abdullah al-Qaumiri dan Sultan Muzzafar sendiri..Berjanji teguh adinda kekanda..Gunung Jerai ke Langkasuka..

Dulu..Di bawah..Dan di seberang sana..Berteguh janji bapa saudara Demang Lebar Daun juga Sang Sapurba "Tak Melayu derhaka pada Rajanya,Adil saksama ganjaran di beri Memberi malu tidak sekali"

Hikayat berlalu pecah gelora Parameswara jadi MaharajaJadi lambang daulat negara Kekallah Melaka jadi seadanya..

Dulu..Di bawah sana..Sultan Mansur Syah dan Bendahara Seri Paduka RajaTun Perak dan Laksamana Tun Tuah memacu tenagaLekir di hilir, Lekiu di huluJebat-Kasturi tinggi berdiri..

Hilang.. Hilang terus perjanjian tua.."Tak Melayu derhaka pada Rajanya..?"

Dulu..Di sana..Tiba giliran Paduka Sultan beraja Sultan Mahmud Shah jadi ingatan Benggali Putih buat belasahan..Terbakarlah Melaka zaman berzaman..

Undur Sultan ke serata peri..Tinggal sekeping hati dan alatan negeri Kampar benteng harapan buat baginda merajaiKekal tak kembali ke Melaka lagi..

Dulu..Di tanah ini..Raja Muzzaffar dijemput pergi..Tanah Tun Saban dan Tok Temong dikongsi-bahagi ,Berangkatlah ke negeri Perak yang belum beraja lagi..Sambil diiring Paduka seberang..Daulat raja di ranah Minang Megat Terawis hulubalang terbilang..

Dulu..Di bumi ini..Datang pula dugaan Tuhan Buat menguji hati sang raja Supaya ingat akan asal dan jasa Usul dititah untuk dijaga..

Lantas..Dia berbisik..Berbisik dari hati yang suci murniBuat jadi benteng diri Dari 'penghuni' segenap negeri..

"Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka.."

Hari ini..Kini di sini..Apa yang tinggal hanya kita-kita..Menggalas tanggungan beban derita..Bukan hanya sekadar cerita..Buat mainan dikala hiba..Atau buat mengulit si kecil lena..

Hari ini..Di bumi ini..Yang tinggal hanyalah aku dan kamu Setelah cukup zaman itu Kini bermula zaman yang baru Kembalilah kita ke Khalifah yang satu..

Aku dan kamu Adalah darah saka,Para panglima silam Yang bergadai nyawa Demi maruah agamabangsa tanahairTanah tumpah nya darahku

Tanah yang sekangkang kera ini..Inilah tanah kita..Ini Tanah para Syed dan Syarifah..Ini tanah Raja-Raja ,Ini tanah Megat-Megat,Ini tanah Daeng-Karaeng ,Ini tanah Meor-Meor,Ini tanah Wan-Wan ,Ini tanah Nik-Nik ,Ini tanah kita semua..Ini tanah Ahlul Bay't..!... Tanah ini 'Tanah Melayu'

Aku dan kamuDi antara saka pustaka Penyambung warisan bangsaPara pertapa ke Batu BelahKe Ulu Perak ke Pulau Besar Untuk bertauliah dan berijazah Antara yang nyata atau Rijalul Ghaibi Dengan para auliah dan para santabi

Aku dan kamu Rajawali mahupun Jentayu Mengembang sayap di angin lalu ,Dengan seruan jihad bertalu-talu..Telah berlalu 500 tahun itu..1511 ke 2011 kini datanglah pula 2013..Di sini kekita menantiDalam hati-hati manusia itu diam sendiri Tentu ada yang tak takut mati..

Maka akan bangkit..Inshaallah Taala akan bangkit nanti..Akan bangkit hati-hati yang umpama kepingan besi..Akan datang panji-panji hitam dari ufuk timur ini..Agama Tauhid akan kembali berdiri..Dari sini..Dari sebelah sini..

Hari ini..Antara Habil dan Qabil,Antara Jalut dan Talut,Antara Harut dan Marut,Antara Hassan dan Hussin,Antara Lekir dan Lekiu ,Antara Osama dan Obama..

Ada sesuatu..Ada sesuatu yang perlu diambil tahu..

Patah tongkat berjeremang..Habis Hulubalang bersiak..

Bukan balang-balang Hulubalang,Hulubalang terbilang jitu..Bukan barang-barang Penjurit,Penjurit Kepetangan jua yang tahu..... Kepetangan itu adalah penamat ilmu kau dan aku...




---------------------------------------------------

- Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh Lumut, Perak Darul Ridzuan
27hb Januari 2013HIKMAH III (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman)* Termasuk curlikan dari Inskripsi Batu Bersurat Terengganu, ucapan dialog Sultan Muzzafar Shah I Negeri Perak Darul Ridzuan dan nukil Ajar-Ajar Tua Pendita Megat Ainuddin al Asyuro Ibni Dato' Megat Mohd Nordin.

Ediey Selindang Kuning 27-01-2013


Salah satu sebab-sebab yang membuatkan saya lagi berkobar kobar nak datang di PERAK AMANJAYA MUAYTHAI INTERNATIONAL 2013 pada 27-01-2013 yang bertempat di Stadium Indera Mulia ,Ipoh ialah sebabnya salah seorang Trainer saya yang banyak berjasa berikan tunjuk ajar pada saya dalam sukan seni bela diri Muaythai/Tomoi dari Kirsty Muaythai Fight Club iaitu " Ediey Selindang Kuning "  anak kelahiran kelantan yang juga penyandang gelaran Peninju Tomoi no 1 Dalam MALAYSIA Katogeri 67 kg turut juga bertarung di event ini bagi mengantikan The Golden Elbow Faizal Ramli yang tidak dapat sertainya pada beberapa hari sebelumnya . Beliau menentang Peninju yang bernama  Igor Pedote Cabriata di event ini.Apapun ucapan Tahniah saya kepada Bernard Radin selaku President Persatuan Muaythai Perak kerana berjaya menganjurkan event muaythai bertaraf besar buat pertama kalinya di negeri PERAK.



Sebelum beliau mulakan perlawanan , yang penting saya sempat pergi ke backstage untuk bertemu beliau bagi berikan semangat kepada salah seorang guru saya ni walaupun saya sedang duduk di kerusi VIP utama tapi saya tak pedulilah..saya minta orang2 saya bawa saya kesana tempat mereka bersiap dan malas nak fikir apa orang nak cakap walau ramai yang sedang memerhati kemana saya menghala. Yang saya tahu,saya nak pergi backstage jumpa kawan2 sealiran dengan saya.Protocol tu kadang2 tak salah langgar kot..bukan selalu kan ? hehehehe..bukan buat salah apa pun..Just nak pergi jumpa kawan2 ..Kalau nak tengok gambar banyak2 saya disana ? ha boleh click di OFFICAL FB SAYA > KuEss Idris  ..Oh ya,pada yang tak berkesempatan melihat pertarungan hebat ini yang tak sempat habis satu pusingan pun dan bagaimana Ediey perolehi kemenangan ?? Lihatlah video dibawah ini yer..Dan sebelum perlawanan , Ediey telah mulakan tarian langkah sembah yang sangat menarik perhatian ramai termasuklah saya,walau selalu dah tengok tapi setiap kali lihat ediey bertarung di pentas,saya memang sentiasa akan bersorak macam baru first time tengok ..SAKSIKANLAH SENDIRI DI BAWAH INI VIDEONYER :-)






GAMBAR KENANGAN BERSAMA RAKAN2 SEPERJUANGAN MUAYTHAI DALAM DAN LUAR NEGARA SETELAH SELESAI PERTANDINGAN
P/S: SEKALI LAGI SAYA NAK INGATKAN ATAU BERI TAHU WALAUPUN EVENT INI IALAH ANJURAN SEBUAH PARTI POLITIK,TAPI KEDATANGAN SAYA BUKAN ATAS DASAR SEMANGAT POLITIK MAHUPUN KEMPEN KE APA SEBAB SAYA BUKAN AHLI ATAU PENYOKONG MANA2 PARTI POLITIK KERANA SAYA NEUTRAL.SAYA DATANG SEBAGAI SEORANG AHLI SUKAN MUAYTHAI YANG MENUNJUKKAN SOKONGAN PADU PADA RAKAN2 YANG BERTANDING.

Friday, February 1, 2013

Muhammad Ali Yaakub Juara lagi ..!!





Well,entry saya kali ini mengisahkan seorang peninju tomoi yang memang tengah top dan diminati ramai kat Malaysia ni,saya sendiri pun meminati beliau..Beliau juga dikenali dengan gelaran THE HANDSOME WARRIOR Ali Yaakub Katogeri 57 KG Peninju Tomoi No1 Terbaik dalam MALAYSIA dan memang handsome orangnya pun ,Cuma sayang kurang ketinggian jer...kalau tak !! dah lama ambik dia jadikan model sebab tubuh badan dia pun kemas , heheh jangan marah Ali ..Beliau pernah dipilih team Elite Boxing Malaysia (saya sebagai Penasihat Diraja) untuk wakili Malaysia bagi menentang Peninju thailand di Event kami THAILAND VS ASIA 2012 yang berlangsung hari itu di Sunway Pyramid Convention Centre pada 9 Oktober 2012 . Ketika itu ada tiga orang Peninju dari Malaysia dan dua lagi dari negara Iran serta china yang menentang Peninju dari thailand dan Alhamdulillah hanya ALI seorang sahaja yang berjaya bergelar JUARA ketika itu menentang negara Thailand..di bawah ini saya selitkan sikit videography beliau yang di buat oleh Elite Boxing untuk tujuan promosi



Alhamdulillah beliau telah MENGHARUMKAN nama MALAYSIA dengan kejayaan masa itu dan selaku penaung dan penasihat Diraja bagi Elite Boxing Malaysia , semestilah saya gembira dan berbangga sekali ketika itu.Tapi tak bermaksud saya tidak berbangga dengan dua orang lagi peserta ..Mereka juga hebat tetapi rezeki memihak kepada Ali pada malam itu..Alhamdulillah..

ketika sampaikan sijil kemenangan kepada beliau di sunway pyramid convention centre 9 /10/12 sebagai
Penaung Diraja bagi THAILAND VS ASIA 2012


27-1-2013 ketika menyaksikan Perak Amanjaya Muaythai 

Kali ini juga pada 27-01-2013 alhamdulillah sekali lagi beliau telah bergelar juara tapi kali ini untuk Perak Amanjaya Muaythai International Challenge anjuran Pemuda BN Perak di stadium indera mulia,Ipoh .Saya hadiri event tersebut tiada kena mengena atas dasar semnagat politik ke apa , SAYA NEUTRAL.!! saya hadir sebagai penyokong bagi peninju2 negara kita yang bertanding dan juga semangat sebagai seorang FIGHTER MUAYTHAI..saya lupalah di amenang menentang peninju negara mana..Tapi beliau lawan dua kali..Dan akhirnya KEMENANGAN berpihak kepadanya dan sekaligus.Memang beliau berlawan habis habisan dan akhirnya usaha beliau tidak sia sia..Selama saya mengenali beliau , Beliau memang sangat rajin berlatih berusaha dan memang layaklah kemenangan miliknya...


Kemenangan beliau sekali Lagi Membuatkan kami warganegara MALAYSIA merasa amat berbangga..Alhamdulillah,hasil usaha anak kelahiran terengganu ni memang berjaya dan untuk pengetahuan yang tidak tahu.Beliau juga adalah ketua pasukan bagi Muay thai Malaysia bagi peninju2 di Malaysia kalau tidak silap saya lah.

gambar kenangan bersama beliau di stadium indera mulia , ipoh bertarikh 27-1-2013

Kepada Muhammad Ali Yaakub,saya sentiasa doakan kejayaan buat beliau dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang Muaythai di persada antarabangsa dan saya juga bersyukur kerana Muaythai juga telah mendapat tempat di tanah air kita dan telah diberi perhatian oleh pihak Kerajaan..Sebagai salah seorang Peninju Muaythai/Tomoi dalam negara...Saya bangga dengan pencapaian ANAK MALAYSIA dalam bidang ini..SYABAS DAN MALAYSIA BOLEH..!!!

Thursday, January 31, 2013

Ucapan Di Sidang Media Elite Boxing Pada 9 August 2012


UCAPAN DAN VIDEOGRAPHI SAYA DALAM BAHASA INGGERIS SEMPENA SIDANG MEDIA 9 AUGUST 2012 DI SUNWAY HOTEL AND RESORT SEBAGAI PENASIHAT DIRAJA ELITE BOXING MALAYSIA SDN BHD....





9-08-2012 di Sidang Media Thailand Vs Asia THE BEST OF MALAYSIA 2012 bertempat di Sunway Hotel , 





Assalamualaikum and a very Good morning everybody, it was my desire and love for the sport of muaythai that made me feel it was befitting in becoming the Royal Advisor for Elite Boxing Malaysia.

It is not just through my personal interest for the sport but I am also an actual muay thai fighter who even competes in the ring just like any other commoner or muay thai practitioner would. Muaythai has taught me true humbleness and changed my life or in a way we can say Muaythai has saved my Life. My involvement in muay thai started back in 2008 when I fell in love with the sport's movement of art which I feel is filled with tenderness behind the violence. Only in 2010 was I ready and invited to compete in the ring professionally under my own personally by my state, Perak's President of the Muaythai (Mr. Bernard Radin). To fight in the ring and earn the wages of a normal fighter, it made me so humble to know that making a living from the sport is such an admirable thing to do.

When I first fought in the ring, there was much doubt in my family as well as the other Royals who would usually pick up polo or golf as their sport. They didn't think I would last long, but here I am today after 5 years and still loving it Therefore, my advice to people who are interested, do not be afraid to try something that you are interested as long as you use positive thinking. No matter who you are, where you from, if your trust and have confidence in your own ability, you can do it. Muaythai is not only a sport for men, it can also be learned by women, children, mothers and old people as well. Trust me, there's no discrimination in learning muaythai ladies and gentlemen. I hope my strong participation can help inspire the people to learn that muaythai is for all.

Together in organizing this iconic event, Elite Boxing respects Malaysia as a Muslim country and will ensure that the event upholds the country's practices from their ring girls dress codes to the country's arts and culture. Elite Boxing truly brings muaythai to the next level with the success they have achieved in other countries and with the level of class they bring to the sport.

Aside from muaythai, I am also actively involved in the fashion scene in Malaysia. Sitting as the first ROYAL Members of Bumiputera Designer's Association, it occured to me that an entertaining evening would be to combine both my passions, muaythai and fashion together. Taking a look at Sunway Pyramid Convention Centre and what Sunway Resort & Hotel has to offer, in my opinion it is the ideal venue for an event of this calibre well suited for an audience of Royals and A-listers and I'm positive everyone's going to have a wonderfully entertaining evening.


(ROYAL ADVISOR OF ELITE BOXING MALAYSIA SDN BHD) 

9 AUGUST 2012







kisah dikuala kangsar dan makam Tok Temong

BISMILLAH HU AKHBAR , ini adalah kali KE 2 saya ke makam tok temong setelah beberapa tahun tidak ziarah dan kali ini ada kisahnya... sebelum saya nak mulakan cerita saya...saya sedekahkan Al fatihah dahulu kepada Almarhumah Tok Temong , Almarhum paduka ayahnda dan bonda saya serta muslimin dan muslimat yang seadanya...Setelah sampai saya ke kuala kangsar pada 28-1-2013 bersama adik2 angkat saya dalam waktu petang selepas seBELUMNYA PADA 27-1-2013 kami menyaksikan PERAK AMANJAYA MUAYTHAI INTERNATIONAL CHALLENGE..di stadium indera mulia....selepas santapan tengahari,saya terus bertolak ke makam Almarhum ayahnda saya , iaitu Almarhum Sultan idris Iskandar Shah (D.Y.M.M.Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke 33).Kali ini suasana sangat berbeza kerana saya tidak lagi mampu menahan sebak di dada bila mengenangkan saya hidup hari ini tanpa ayah dan bonda disisi dengan menempuhi segala onak ranjau sakit perit yang tiada siapa tahu...hanya saya dan kakak saya jer dari satu ibu yang tahu..

Di makam diraja bukit chandan , kuala kangsar dan saya di pusara Almarhum ayahnda

Selepas itu pula,saya buat kunjungan hormat bertemu dengan Pembesar Negeri Perak yang amat saya kasihi iaitu Y.D.H.Toh Seri Wangsa ( Orang Besar 16 Negeri Perak) ,Pak tok berahim yang dah pun berusia 87tahun tapi still maintain...Dah lama sangat tak jumpa,rindu...yang pentingggg...Beliau,Boleh drive kereta lagi...Beliau ni orang lama and dah berkhidmat dengan tiga Sultan sebelum ayahnda saya memerintah lagi..jap,nak selitkan gambar beliau..

Y.D.H.Toh Seri Wangsa ( Orang Besar 16 Negeri Perak  Darul Ridzuan)
Tuan Haji Abdul Rahim Bin Mohammad AMP , PKS

Segak kan ? dah 87 tu umurnya...beliau memang seorang yang taat setia pada Raja dan budi bahasa dan adabnya,Mashaallah...Sungguh indah sentiasa dan terpelihara selalu..Semoga ALLAH SWT rahmati pak tok sentiasa..amin Ya Allah...

Setelah selesai menziarahi beliau , saya dan adik2 angkat saya dan tak lama lepas tu rakan2 niaga yang dibawah naungan saya pun sampai juga dan kebetulan orang yang sangat saya nak jumpa ini membalas SMS saya yang dah lama saya hantar,kalau tak memang saya nak balik Ipoh terus..Pertama kali saya bertemu beliau kerana sebelum ni hanya berhubung melalui FACEBOOK dan apabila bersua kami pun minum2 sambil bersoreh bercerita panjang tentang asal usul sejarah dan beliau ialah keturunan dari susur galur tok temong..Selepas itu beliau pun ada cerita yang beliau pernah di datangi oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai kerabat diraja and anak kepada ayahnda saya dan mendakwa yang itu saya....hahahaha semua orang tahu saya macam mana orangnya and kesian pun ada sebab beliau ni tak tahu and terkena la jugak labun sebab si penipu tu nak mintak tengok barang pusaka dan nak pinjam,tapi nasib baikla beliau tak bagi pinjam..lagipun memang licik si Hashim Bin Ahmad Ong ni yang menyamar sebagai RAJA RIZWIN ISKANDAR SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS,memang banyak cerita dan maklumat keluarga saya dia tahu dan hairan macam mana dia tahu ..wal hal mana ada adik beradik saya nama tu..heheheh...yang hairan pun,masa dia sakit siap masuk wad diraja lagi kat HB..hehehe hospital pun boleh kena tipu ..adoiii...ni saya terpaksa dedahkan siapa diri beliau and beliau pernah di tangkap oleh bodyguard saya dan juga PDRM semasa di KL sebab nasib baikla orang2 saya tanya saya dimana,dan masa tu saya di rumah tapi orang cakap saya ada di hotel..tu sebab mereka bertindak...Niat saya dedahkan supaya jangan ramai yang tertipu dengan si laknat ni..dia dah banyak tipu duit orang kampung semua..macam2 cerita peliklah dia buat .BTW sampai ramai yang terkena kiranya dia ni memang liciklah...hati hatilah korang..haa ni kat bawah ni gambar dia..gambar yang pernah di tangkap and gambar dia sedang berangan jadi anak raja..LOL

CLICK DISINI UNTUK LIHAT FB BELIAU...

CLICK DISINI UNTUK LIHAT FB BELIAU
























http://www.facebook.com/rajarizwin.iskandarshah.3     http://www.facebook.com/rajarizwin.iskandarshah  1.Tiada Nama Anaknda Al-Marhum Sultan Idris A'fifullah Shah Namanya Raja Rizwin..  2.Gelaran Y.T.M.RAJA KECHIL BESAR PERAK DARUL RIDZUAN (Masih Kosong Dan Belum Dilantik Perkenan Oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak)


Ok,lupakan kisah dia tapi korang hati hatilah supaya jangan terkena pulak......


Dan hari agak lewat dah sebab bila ralit sembang dengan salah seorang waris tok temong,saya pun cakap yang agaknya tidak sampai hajat saya untuk melawat makam sebab hari dah nak larut malam.Tapi beliau berkata EH , MALAM PUN TAK MENGAPA KALAU NAK ZIARAH dan saya pun gembira lah sebab memang hajat saya nak kesana,tak kiralah pukul berapa sekalipun sebab saya hanya mahu sampaikan sedekah al-fatihah dan zikirullah ringkas disana untuknya tanda ingatan dan hormat pada empunya asal negeri.Dia pun balik dulu rumah and tunggu saya dirumah sebab katanya isteri nak pakai kereta.Dan saya pun dan orang2 saya pergi ke rumahnya untuk ambil beliau dan selepas tu beliau ajak saya turun dan lihat sendiri barang pusaka yang lama warisan tok temong wallah hu alam..Tapi saya rasa bertuah sebab saya dapat melihatnya dan sentuhnya juga dan dibenarkan sendiri oleh beliau WALAUPUN SAYA TAK PERNAH TERLINTAS NAK MELIHAT ATAUPUN SENTUH sebab niat saya datang ikhlas untuk kenal dan mencari sejarah serta menghormati warisan tok temong.Saya pun dapat melihat salasilah waris2 kerajaan sebanr dan telah faham sedikit sebnyak.Alhamdulillah..Tapi ada rahsia yang perlu saya jaga sebab saya dah berjanji dengan beliau tidak akan cerita apa yang tidak perlu di ketahui oleh orang lain.

Setelah itu saya naik satu kereta bersama rakan2 niaga saya yang memang rapat macam kawan pun dah,dan juga lagi satu kereta yang ada adik2 angkat saya bergerak sekali ke Makam Temong di kampung Temong selepas itu kami tunggu lagi satu kereta dekat kawasan JPJ situ,iaitu mereka dari susur galur tok temong juga yang jaga makam selama ini..saya malas nak turun dari kereta selagi tak sampai kat makam kerana saya tak nak jadi perhatian ramai...

Setelah sampai ke makam,dan memang jalan masuk situ dalam dan gelap..dan tambah2 lagi kawasan makam tu tengah di perbaiki kembali untuk dibaik pulih...maknanya tiga kereta la ke sana dengan dua kereta yang mengiring untuk menjaga keselamatan saya..Alhamdulillah..,terima kasih kepada adik2 dan rakan2 yang setia menjaga saya..Sampai2 situ saya melihat tempat kawasan makam tu memang sedang dalam proses di baik pulih dan itu ialah kali kedua saya kesitu.Dan sebelum tu saya ada dengar cerita dari warisnya sendiri yang semasa kerja baik pulih situ,orang2 yang melakukan kerja itu DISERANG TEBUAN DAN LEBAH..pelikkan ? mana boleh tebuan dan lebah bersatu..tapi kuasa ALLAH? wallah hu alam..

Makam Tok Temong di siang hari


Jadi sebelum saya naik ke makam itu,saya salam dulu waris2nya yang lain kenal kenalan untuk rapatkan silaturahim .MAAF SEBAB KEBETULAN SIAPA PUN TAK INGAT NAK AMBIL GAMBAR SEBAB MEMANG GELAP.HANYA LAMPU KERETA SAHAJA MENYULUH TEPAT KE MAKAM.dua orang adik angkat perempuan saya tak berani nak turun :-) Hanya yang lelaki jer turun.Saya pun mula buka kasut saya dan naik melangkah ke makam serta memegang batu nisan itu dengan memberi salam hormat serta berselawat , zikirullah dan sedekahkan al fatihah sebanyak 7 kali serta mendoakan kesejahteraan buat keturunana NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN JUGA NABI IBRAHIM A.S....Setelah selesai segala urusan saya pun mohon untuk pulang ke Ipoh sebab besoknya kami perlu berangkat segera ke KL sebab ada urusan.Saya pun baliklah homestay tempat kami menginap di Ipoh dan pada malam saya tidur,Saya rasa dipeluk oleh seseorang dan seperti ada orang memeluk saya dengan kasih sayang dengan seumpama meletakkan dagunya di belakang bahu saya.Saya dapat rasa dan agak terkejut SERAM tapi saya bacalah ayatul kursi.Tapi memang ternyata bukan niat jahat sebab tidak pulak benda tu menjerit mengamuk ke apa walau baca ayat kursi.Semuanya baik belaka..WALLAH HU ALAM selebihnya

Pagi selepas bangun,memang saya terlajak la solat subuh sebab penat..And bila semua dah bangun dan masa untuk check out..adik angkat saya sorang ni si Ijoy (click kalau nak tahu siapa) minta izin kat saya supaya boleh tak dia nak ceritakan sesuatu masa kat makam masa saya tengah berzikirullah and apa yang dia nampak sebab selama ni dia tak percaya dengan semua tu dan dengan apa yang isteri dia cakap pernah nampak semua..,kalau nak tahu kisah isteri dia boleh click sini .DIRIKU,JIN DAN MANGSA SIHIR .. dan dia cerita yang semasa saya sedang kusyuk membaca ayat2 suci alquran dengan hanya disuluh oleh lampu kereta...Dia nampak TIGA LEMBAGA YANG BERPAKAIAN PUTIH SETINGGI HAMPIR SEPULUH KAKI tetapi berselindang dan kemas bersih tapi tiada kepastian jantina makhluk itu sebab jauh..yang dia jadi takut ialah sebab besar dan tinggi..Makhluk itu merenung tepat pada makam semasa saya disitu tidak pada tempat lain dan adik angkat saya tu melihat MAKHLUK ALLAH itu merenung dari hutan yang boleh katakan beberapa langkah jer dari saya..Saya ingatkan dia seorang jer nampak,rupa2nya isteri dia dan seorang lagi teman saya juga melihat yang ada juga sedang bertenggek DARI ATAS POKOK..tapi malam masa kami tidur,rupa2nya semua tidur lambat ingatkan saya sorang jer ,diorg tak boleh nak tidur sebab mereka rasa ada sesuatu bersama tapi mereka tak lah layan sangat.Tapi mereka cerita ada yang kena baling dengan ampaian,pintu tingkap di ketuk and mereka di sakat..heheheh mungkin di uji kot..nasib baikla mereka tu kuat semangat juga sebab saya selalu train diorg supaya kenal diri yang kita ni dicipta oleh ALLAH semulia mulianya dan darjat kita lebih mulia dari Jin dan makhluk yang lain..Masha Allah...nak kata saya berani dan bijak sangat tak la jugak..sederhana jer.saya sendiri pun masih banyak yang tak betul...
Jadi itulah kisah yang terjadi dan hanya itu sahaja yang saya boleh cerita ..nak percaya atau tidak,terpulanglah,..wallah hu alam ,tapi DEMI ALLAH itu lah yang berlaku,tiada tokok tambah kat sini..tapi kita kena ingat yang makhluk halus ni memang wujud dan mereka juga makhluk ALLAH macam kita cuma tak serupa.dan Apa YANG TERJADI PADA SAYA BILA PULANG KE KL PULA kalau nak tahu boleh click di entry saya yang ini LABAH LABAH HITAM ,

Sekian,Dan apa yang berlaku semua atas izin ALLAH YANG MAHA AGONG..dan ini bukan cerita REKAAN...ini adalah pengalaman yang benar...

hasbunallah wa ni'mal wakil ...