Saya agak terkilan kerana tidak dapat bersama dengan
HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Akhir Zaman) tempohari di Lumut pada 27 Hb January 2013 kerana jadual saya bercanggah dengan program tersebut..tetapi hati saya bersama perjuangan mereka dan saya ingin kongsikan pada semua sajak dari sahabat saya "Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh "yang sungguh menyentuh hati dan sanubari saya...
Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh |
"MELAYU - Tanah Jawi Itu Di Sini"
Dulu..Di sini..Di sini ini..Bermula bicara
Di atas gunung berdiri cerita Tinggi Beruas turun ke lembah Hulu semenanjung sampai ke Manjung Gangga Negara nama ditanda Menjulang tinggi adaban dunia..
Dulu..Di sana..Di sana itu..Ditulis surat Persuratan tua buat umat Tamra ditanda batu bersurat Tinggal sepi dalam negeri Megat..Di Kuala Berang terpecah urat..
Sayup terdengar jeritan kelam..Ini negeri Megat Panji Alam..!Banyak wali Allah dan banyak pula Ahlul Bay'tul Rasul..!Diwartakan buat kalian anak cucu umat Muhammad SAW..Di sini.. Dalam akhir zaman..Ini..
Maka tersurat...Apa yang tersirat...
"Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka..Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam..Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya..Di benua ku ini penentu agama Rasulullah Salallahualaihi Wassalam."DI BENUA KU INI PENENTU AGAMA RASULULLAH SALALLAHUALAIHI WASSALAM..!"Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya..DI DALAM BUMI INI PENENTU FARDHU PADA SEKALIAN..!Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar..Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka;Tuhan..!Tuhan..!Tuhan yang menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama..Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala..Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua.."
"KELUARGA DI BENUA JAUH KAN DATANG BERIKAN.."
"Allahumasoli'ala Muhammad, Wa'ali Muhammad"
Dulu..Di atas..Di atas sana..Tersurat hikayat Merong Maha Wangsa..Kalha.. Kataha..Nama tercipta Negeri Kedah TuaSheikh Abdullah al-Qaumiri dan Sultan Muzzafar sendiri..Berjanji teguh adinda kekanda..Gunung Jerai ke Langkasuka..
Dulu..Di bawah..Dan di seberang sana..Berteguh janji bapa saudara Demang Lebar Daun juga Sang Sapurba "Tak Melayu derhaka pada Rajanya,Adil saksama ganjaran di beri Memberi malu tidak sekali"
Hikayat berlalu pecah gelora Parameswara jadi MaharajaJadi lambang daulat negara Kekallah Melaka jadi seadanya..
Dulu..Di bawah sana..Sultan Mansur Syah dan Bendahara Seri Paduka RajaTun Perak dan Laksamana Tun Tuah memacu tenagaLekir di hilir, Lekiu di huluJebat-Kasturi tinggi berdiri..
Hilang.. Hilang terus perjanjian tua.."Tak Melayu derhaka pada Rajanya..?"
Dulu..Di sana..Tiba giliran Paduka Sultan beraja Sultan Mahmud Shah jadi ingatan Benggali Putih buat belasahan..Terbakarlah Melaka zaman berzaman..
Undur Sultan ke serata peri..Tinggal sekeping hati dan alatan negeri Kampar benteng harapan buat baginda merajaiKekal tak kembali ke Melaka lagi..
Dulu..Di tanah ini..Raja Muzzaffar dijemput pergi..Tanah Tun Saban dan Tok Temong dikongsi-bahagi ,Berangkatlah ke negeri Perak yang belum beraja lagi..Sambil diiring Paduka seberang..Daulat raja di ranah Minang Megat Terawis hulubalang terbilang..
Dulu..Di bumi ini..Datang pula dugaan Tuhan Buat menguji hati sang raja Supaya ingat akan asal dan jasa Usul dititah untuk dijaga..
Lantas..Dia berbisik..Berbisik dari hati yang suci murniBuat jadi benteng diri Dari 'penghuni' segenap negeri..
"Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka.."
Hari ini..Kini di sini..Apa yang tinggal hanya kita-kita..Menggalas tanggungan beban derita..Bukan hanya sekadar cerita..Buat mainan dikala hiba..Atau buat mengulit si kecil lena..
Hari ini..Di bumi ini..Yang tinggal hanyalah aku dan kamu Setelah cukup zaman itu Kini bermula zaman yang baru Kembalilah kita ke Khalifah yang satu..
Aku dan kamu Adalah darah saka,Para panglima silam Yang bergadai nyawa Demi maruah agamabangsa tanahairTanah tumpah nya darahku
Tanah yang sekangkang kera ini..Inilah tanah kita..Ini Tanah para Syed dan Syarifah..Ini tanah Raja-Raja ,Ini tanah Megat-Megat,Ini tanah Daeng-Karaeng ,Ini tanah Meor-Meor,Ini tanah Wan-Wan ,Ini tanah Nik-Nik ,Ini tanah kita semua..Ini tanah Ahlul Bay't..!... Tanah ini 'Tanah Melayu'
Aku dan kamuDi antara saka pustaka Penyambung warisan bangsaPara pertapa ke Batu BelahKe Ulu Perak ke Pulau Besar Untuk bertauliah dan berijazah Antara yang nyata atau Rijalul Ghaibi Dengan para auliah dan para santabi
Aku dan kamu Rajawali mahupun Jentayu Mengembang sayap di angin lalu ,Dengan seruan jihad bertalu-talu..Telah berlalu 500 tahun itu..1511 ke 2011 kini datanglah pula 2013..Di sini kekita menantiDalam hati-hati manusia itu diam sendiri Tentu ada yang tak takut mati..
Maka akan bangkit..Inshaallah Taala akan bangkit nanti..Akan bangkit hati-hati yang umpama kepingan besi..Akan datang panji-panji hitam dari ufuk timur ini..Agama Tauhid akan kembali berdiri..Dari sini..Dari sebelah sini..
Hari ini..Antara Habil dan Qabil,Antara Jalut dan Talut,Antara Harut dan Marut,Antara Hassan dan Hussin,Antara Lekir dan Lekiu ,Antara Osama dan Obama..
Ada sesuatu..Ada sesuatu yang perlu diambil tahu..
Patah tongkat berjeremang..Habis Hulubalang bersiak..
Bukan balang-balang Hulubalang,Hulubalang terbilang jitu..Bukan barang-barang Penjurit,Penjurit Kepetangan jua yang tahu..... Kepetangan itu adalah penamat ilmu kau dan aku...
---------------------------------------------------
- Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh Lumut, Perak Darul Ridzuan
27hb Januari 2013HIKMAH III (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman)* Termasuk curlikan dari Inskripsi Batu Bersurat Terengganu, ucapan dialog Sultan Muzzafar Shah I Negeri Perak Darul Ridzuan dan nukil Ajar-Ajar Tua Pendita Megat Ainuddin al Asyuro Ibni Dato' Megat Mohd Nordin.
I love this article
ReplyDeleteﺍﻥ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻻﺳﻼﻡ
ReplyDeleteAna Al Dayana A'nada Allaha Al Asalaama.
setahun hamba menuntut di pulau besar mengenal erti agama berkat sheikh ismail.
setahun hamba duduk di pondok usang menjaga amal buat bekalan diri.
hamba ke gunung jerai menuntut hak diri keturunan bugis. hamba di kuala kangsar pohon berkat daulat tok nenek. hambalah dari pewaris bani israil nasab turunan nabi sulaiman dan hambalah pewaris nabi Mahamada dari bonda hamba yg turunan sheikh arab wali2 keramat. nantikan kebangkitan akhir zaman ini bersaksikan Makah kembali kpd hamba.
sheikh zaini @ al mahadaya. mahadaya-asalama.blogspot.com