Saturday, February 2, 2013

Ediey Selindang Kuning 27-01-2013


Salah satu sebab-sebab yang membuatkan saya lagi berkobar kobar nak datang di PERAK AMANJAYA MUAYTHAI INTERNATIONAL 2013 pada 27-01-2013 yang bertempat di Stadium Indera Mulia ,Ipoh ialah sebabnya salah seorang Trainer saya yang banyak berjasa berikan tunjuk ajar pada saya dalam sukan seni bela diri Muaythai/Tomoi dari Kirsty Muaythai Fight Club iaitu " Ediey Selindang Kuning "  anak kelahiran kelantan yang juga penyandang gelaran Peninju Tomoi no 1 Dalam MALAYSIA Katogeri 67 kg turut juga bertarung di event ini bagi mengantikan The Golden Elbow Faizal Ramli yang tidak dapat sertainya pada beberapa hari sebelumnya . Beliau menentang Peninju yang bernama  Igor Pedote Cabriata di event ini.Apapun ucapan Tahniah saya kepada Bernard Radin selaku President Persatuan Muaythai Perak kerana berjaya menganjurkan event muaythai bertaraf besar buat pertama kalinya di negeri PERAK.



Sebelum beliau mulakan perlawanan , yang penting saya sempat pergi ke backstage untuk bertemu beliau bagi berikan semangat kepada salah seorang guru saya ni walaupun saya sedang duduk di kerusi VIP utama tapi saya tak pedulilah..saya minta orang2 saya bawa saya kesana tempat mereka bersiap dan malas nak fikir apa orang nak cakap walau ramai yang sedang memerhati kemana saya menghala. Yang saya tahu,saya nak pergi backstage jumpa kawan2 sealiran dengan saya.Protocol tu kadang2 tak salah langgar kot..bukan selalu kan ? hehehehe..bukan buat salah apa pun..Just nak pergi jumpa kawan2 ..Kalau nak tengok gambar banyak2 saya disana ? ha boleh click di OFFICAL FB SAYA > KuEss Idris  ..Oh ya,pada yang tak berkesempatan melihat pertarungan hebat ini yang tak sempat habis satu pusingan pun dan bagaimana Ediey perolehi kemenangan ?? Lihatlah video dibawah ini yer..Dan sebelum perlawanan , Ediey telah mulakan tarian langkah sembah yang sangat menarik perhatian ramai termasuklah saya,walau selalu dah tengok tapi setiap kali lihat ediey bertarung di pentas,saya memang sentiasa akan bersorak macam baru first time tengok ..SAKSIKANLAH SENDIRI DI BAWAH INI VIDEONYER :-)






GAMBAR KENANGAN BERSAMA RAKAN2 SEPERJUANGAN MUAYTHAI DALAM DAN LUAR NEGARA SETELAH SELESAI PERTANDINGAN
P/S: SEKALI LAGI SAYA NAK INGATKAN ATAU BERI TAHU WALAUPUN EVENT INI IALAH ANJURAN SEBUAH PARTI POLITIK,TAPI KEDATANGAN SAYA BUKAN ATAS DASAR SEMANGAT POLITIK MAHUPUN KEMPEN KE APA SEBAB SAYA BUKAN AHLI ATAU PENYOKONG MANA2 PARTI POLITIK KERANA SAYA NEUTRAL.SAYA DATANG SEBAGAI SEORANG AHLI SUKAN MUAYTHAI YANG MENUNJUKKAN SOKONGAN PADU PADA RAKAN2 YANG BERTANDING.

No comments:

Post a Comment