Terus terang saya katakan ramai yang keliru apa itu talent dan model.Ramai yang jenis senang senang mendakwa berangan diri mereka model tetapi mereka terlupa ciri2 utama yang dilihat dari seorang model ialah dari segi Raut Wajah , tubuh badan , Dan juga Ketinggian serta PERSONALITI itu mereka tak memilikinya..Sifat2 yang sebegitu kadang2 akan mengelirukan masyarakat luar kerana secara tak langsung mereka akan melihat industri model tempatan kita ni seperti TIADA KUALITI atau CITARASA.Kena ingat bahawa Model untuk gambar dan stage adalah lain.Model gambar tidak berapa pentingkan ketinggian dan kebanyakan mereka hanya layak berada di gambaran sahaja dan bukan di pentas peragaan.Tetapi lain pula bagi model Catwalk / Pentas peragaan .Mereka sesuai berada di dua dua arena sama ada untuk iklan ataupun pentas..Selalunya model2 pentas peragaan adalah pakej yang lengkap.
Lagi satu yang saya pelik ialah , Kenapa ramai model berbangsa Eropah di negara kita ? Kenapa mereka tidak cari makan di negara sendiri ? Kenapa kena datang sini ? Mereka tidak lakukah di negara sendiri ? Tidak cukup segakkah Anak2 temapatan kita sendiri yang terdiri dari bangsa Melayu , Cina dan India ?? Kenapa kena utamakan mereka ?? sedangkan banyak anak2 tempatan kita yang memiliki ketinggian dan paras rupa yang menarik serta Fotogenik...dan kenapa orang yang ketinggiannya kurang dari 5'8 bagi wanita dan kurang dari 6kaki bagi lelaki juga kadang2 boleh berada di pentas peragaan ?? manakah kualiti seorang model ???Saya berpendapat adalah elok agensi2 di negara kita ini utamakan anak2 tempatan yang ada ciri2 untuk menjadi seorang Model ..Jangan main hentam jer terima hanya kerana wang tanpa mementingkan kualiti.Ini akan jejaskan imej modelling di negara kita..Jangan bagi harapan palsu pada orang yang tidak layak menjadi model dengan mengambil duit mereka dan taburkan janji janji manis.Ramai diluar sana idamkan untuk menjadi seorang MODEL tetapi bukan semua mereka layak dijadikan MODEL..Cantik tak semestinya layak menjadi model kalau anda tiada tarikan dan tidak unik di mata pereka dan fashionista...
Bercakap mengenai MODEL berbangsa luar , Bukan mereka tak bagus..Kadang2 memang ada kualiti tapi kenapa tak utamakan anak tempatan ? Kalau kami di negara barat tak hairanlah sangat jika melihat bangsa2 mereka menjadi peragawan dan peragawati..Tetapi kalau di Malaysia ? Sudah semestinya orang luar nak melihat KECANTIKAN dan KEUNIKAN anak anak tempatan kita ? Kenapa kena teggelamkan ? Kenapa tak naikkan martabat anak tempatan ? Kenapa balik2 mesti kena ada MODEL mat saleh kat stage peragaan kita ?Lagi satu,sakit mata saya bila tengok model berbangsa luar ni peragakan busana traditional kita kerana kasar cara mereka bawa baju kita..Tiada kelembutan dan baju nampak macam tiada message dan rosak dibuatnya..Itu pada mata sayalah,tak tahu pulak mata orang lain macam mana...hmm malas nak ulas panjang dah.Faham faham sendirlah yer..Tapi mintak sangatlah supaya kalau yang kurang ketinggian tu seperti yang saya dah sebut diatas tadi janganlah dijadikan model peragaan ..Bukan menghina tapi biarlah kena pada tempatnya..Saya bercakap pasal KUALITI bukan KUANTITI....Banyak anak2 tempatan kita yang cantik,kurus,tinggi lampai dan fotogenic yang anda berkenaan itu TERLEPAS PANDANG....
No comments:
Post a Comment