Friday, March 15, 2013

14-3-2013 Melawat kawasan Bukit Jugra



Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua.Maaflah sebab sudah lama tak update blog :-) tengah tak ada mood susah nak tulis cerita sebab tak ada ilham ikhlas..tak best..heheheh..Well entry saya kali ini ialah mengenai perjaalanan saya yang simple dan terasa nak dikongsikan bersama anda.Khamis malam jumaat saya telah dijemput atau dipelawa oleh saudara Harizon dari persatuan Hulubalang melayu untuk bersama beliau ke majlis zikirullah dan bacaaan yasin..

Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH S.W.T. kerana jemputan itu dan saya terima dan redha hendak bersama beliau kerana ALLAH S.W.T. disebabkan pada hari tu saya asyik naik  marah jer heheh..Ayat2 suci al quran lah ubat bagi saya dan saya rasa sungguh tenang selepas itu :-)

Sampai saya dirumah seorang hamba ALLAH ni iaitu salah seorang ahli dari hulubalang melayu , Kami pun mulakanlah upacara majlis dengan diketuai oleh tuan rumah dengan bacaan ayat ayat pembuka semua dan paling saya serobnok ialah apabila kami sama sama membaca surah al fatihah 44x dan selepas itu surah yasin dan juga zikirullah nama ALLAH SWT sebanyak 1000x ,Kami panjangkan khasiat dan nikmat surah Al fatihah itu dan dihadiahkan buat Nabi junjungan besar S.A.W.,Para para rasul,para para wali,para para Keramat,Sultan2 dan juga sebagainya termasuklah untuk yang telah tiada ..Mashaallah,sungguh hebat rasa perasaan ini kerana itulah pertama kalinya zaya berzikir sebanyak itu dan syukur sangat kehadrat ALLAH SWT..! Saya juga rasa bertuah kerana telah diterangkan kepada saya khasiat dan hikmah kebesaran surah AL FATIHAH dan rupa rupanya setiap baris ayat itu jika kita bacanya ALLAH SWT juga mendoakan kita ...ALLAH HU AKHBAR3X...saya akan terangkan nanti di entry saya yang lain yer,sabar :-)



Alhamdulillah selepas selesainya upacara tersebut,dengan limpah kurnia perkenan dari ALLAH SWT,saya telah dihadiahkan oleh seorang hamba ALLAH SWT ini dengan sebuah geliga embun..Subhanallah betapa gembiranya saya rasa,dan bukan geliga embun tu sahaja beliau hadiahkan,Malah surah yasin dan tasbih saya gunakan itu juga dihadiahkannya kepada saya..Sungguh terharu saya rasa dan ia amat tidak ternilai buat saya..Dan yang menjadi menariknya,geliga embun itu selalunya berwarna putih air dan memang tidak nampak jika ia direndam dalam air dan memang geliga itu terendam dalam air yang diletakkan dalam satu bekas sebesar minyak atar oleh beliau.Dan dengan kebesaran ALLAH SWT beliau menceritakan yang Geliga itu bertukar warna seperti kuning keemasan pada hari beliau berniat untuk hadiahkan kepada saya dan ia sesuatu yang luar biasa katanya..wallah hu alam..Apa pun alasannyaitu semua kuasa ALLAH SWT dan saya bersyukur sangat2.



dua orang hulubalang yang mengiringi saya

Setelah berehat sebentar selesai upaca majlis,Tuan rumah cadangkan saya supaya melawat beberapa kawasan bersejarah dan mistik di kawasan jugra terutamanya makam Almarhum Sultan Abdul Samad..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada apa apa halangan yang berlaku..Syukur kehadrat ALLAH SWT kerana mengizinkan semuanya berlaku dengan baik..In shaa allah nanti saya akan kongsi lagi kisah saya pada bulan Feb berkenaan lawatan saya ke kuala kangsar dan juga kemakam Almarhum Sultan Idris murshidul Azmam Shah,Makam Almarhum Sultan Iskandar Shah kadasallah juga Makam Almarhum ayahnda ,Sultan idris Iskandar Shah dan tak lupa Makam Keramat Tok Temong bersama beberapa orang penting dari Hulubalang melayu melakukan beberapa istiadat adat pendekar..tunggu yer...Assalamualaikum dan salam kasih sayang.....:-)




4 comments:

  1. Terbaik Ku.. Moga sentiasa sukses ^_^

    ReplyDelete
  2. wah, cerita yg menarik. yg lbh menarik perhatian sy ialah tentang Geliga Embun... mesti ade cerita yg tersurat. dgn sbr sy menunggu.. :)

    ReplyDelete