Sunday, March 24, 2013

Melawat Gelanggang Seni Silat Harimau Berantai Sang Penakluk Di Jeram,Kuala Selangor

Assalamualaikum WBT syukur kehadrat ALLAH SWT kerana telah permudahkan perjalanan saya bersama rombongan kecil ditemani pengiring2 saya pada 23-3-2013 untuk melawat Tok Ayah Karim Guru Utama kepada Seni Silat Harimau Berantai Sang Penakluk Di kampung jeram,Kuala selangor.


Sampai juga hajat hati saya nak melawat tok ayah karim dan tapak silat mereka akhirnya dengan izin ALLAH SWT,alhamdulillah...Mula mula perkenalan saya bersama Tok ayah hanya di Facebook dan apabila saya melihat profile beliau saya jadi berminat untuk mengenali tok ayah dengan lebih dekat iaiatu seorang guru silat yang handal di kampung jeram..Saya memang minat benda2 macam ni dan boleh dikatakan memang minat la menjalinkan perhubungan persaudaraan dengan mana mana persatuan silat mahupun mana mana pengamal ilmu seni bela diri bagi menambahkan ilmu pengetahuan seni bela diri saya yang cetek ini.Seperti biasa tak lain tak bukan mesti la adinda saya dari hulubalang melayu yang temani :-)

Saya begitu teruja dengan persembahan silat dari anak anak Melayu yang handal bersilat dan sekaligus ia membuatkan saya rasa terharu dan sangat bangga dengan mereka kerana jiwa dan jati diri mereka sebagai Anak Melayu jati MASIH KEKAL dan TEBAL tidak hilang diarus zaman..Bagus..!!! Bagus mereka jebakkan aktiviti2 sebegini ,salah satunya ialah supaya tak lupa budaya sendiri dan satu lagi dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang baik dari melepak tak tentu arah.

Tetapi sebelum saya berangkat pulang,Tok ayah telah membuatkan kejutan dengan menganugerahkan saya selempang yang utama MANDAT DIRAJA PUNCAK JUANG SANG PENAKLUK Sebagai KEKANDA JIHAD SERTA PENASIHAT YANG UTAMA PSSHBSP BERSAKSI SEUMUR HIDUP..Alhamdulillah.
Tok Ayah Karim sedang menyampaikan Penganugerahan kepada saya..

Gambar Kenangan Bersama Keluarga Perguruan Seni Silat Harimau Berantai Sang Penakluk,
Kampung Jeram Kuala Selangor


Grambit dari kerja hasil tangan sendiri Tok Ayah Karim hadiahkan kepada saya sebagai cenderahati dan juga Selempang Yang Utama MANDAT DIRAJA PUNCAK JUANG SANG PENAKLUK.

DEMI ALLAH dari hati saya tidak mengharapkan apa apa langsung dari pihak mereka dan nawaitu saya datang memang untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kami..Penganugerahan ini terlalu istimewa buat saya dan saya teramat hargainya dengan ucapan kalimah ALLAH HU AKHBAR serta ALHAMDULILLAH..! sebenarnya saya rasa saya tak layak untuk terima pengiktirafan sebegini kerana saya seroang insan yang jahil dan banyak dosa,Apa pun saya percaya ini kehendak ALLAH SWT ia berlaku dan saya terima dengan hati yang penuh syukur dengan merendah diri...

Dengan rendah diri dan perasaan syukur padanya,Saya menadah tangan berdoa kehadrat ALLAH SWT supaya penduduk kampung jeram dan ahli keluarga seni silat harimau berantai sang penakluk supaya sentiasa dilimpahi rahmat yang baik dari ALLAH S.W.T. sehingga ke alam syurga..Amin Ya ALLAH....Terima kasih juga kepada mereka mereka yang telah bersusah payah sediakan makan minum yang lazat2 buat saya dan rombongan..Saya tidak akan lupakan jasa jasa baik penduduk kampung jeram sehingga akhir hayat saya in shaa allah....

TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA, IN SHAA ALLAH TAALA...

P/S:Untuk melihat gambar2 selebihnya,boleh layari page PAGE OFFICAL FB SAYA : http://www.facebook.com/KuEssRBB


1.Megat Faris / Puan Iman Capri
2.Adnan Bin Ismail
3.Kamarul Zaman Abdul Latif
4.Puan Hamidah / Azahari

Nama nama diatas saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana bersusah payah mengeluarkan modal yang banyak untuk menyambut keberangkatan saya..Saya rasa segan dan juga terasa seperti menyusahkan kalian semua kerana kalian sanggup bersusah payah berusaha menyambut kedatangan saya yang tidak mengharapkan layanan sebegini,tetapi kalian tetap mahu buat yang terbaik..Semoga dilimpahi setinggi tinggi kemuliaan oleh yang maha kuasa terhadap anda semua didunia mahupun di akhirat....amin ya ALLAH...

5 comments:

  1. UMUR SAYA SUDAH 33 TTAHUN,TAPI DARI KECIL SAYA AMAT BERMINAT UNTUK BELAJAR SILAT HARIMAU BERANTAI...HAJAT TRKUBUE SEHINGGA KEHARI INI AKIBAT KEKANGAN MASA DAN KERJA,,,



    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...saya ada dapat hadiah melalui mimpi..di hadiahkan Almarhum Tuanku Sultan Idris..ini email patik amir.perak@gmail.com.

    ReplyDelete
  3. Nti leh belajar sama2

    ReplyDelete
  4. tumpang tanye, adakah persatuan silat ini masih aktif..?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum . . .macam mana saya nak join untuk belajar silat nie eak . .saya memang benar2 nak belajar silat ni . .

    ReplyDelete