Wednesday, March 20, 2013

Perjalanan Bersama HULUBALANG MELAYU

Pada 15 febuari 2013,saya telah bertemu dengan seorang pemuda yang saya kenali dari Facebook setelah saya memanggilnya dan saya tertarik dengan personaliti beliau yang kuat jiwanya memperjuangkan martabat bangsa Melayu serta pengamal ilmu kebatinan melayu Islam.Hmm memang susah nak cari anak melayu yang begitu pada zaman sekarang kerana umurnya masih muda tetapi kesedaran dirinya itu membuatkan saya menghormati beliau yang bernama Harizon Ramli , panglima dari persatuan Hulubalang Melayu .Kebanyakannya anak muda kita macam dah tak ambik pot hal sejarah pelbagai ni sebab bagi mereka seumpama buang masa..Tapi tidak bagi beliau yang juga seorang pengamal ilmu Seni Silat Gerak Abadi.



Harizon Ramli

Jadi perjumpaan kami pertama kali berlaku di Taman Tun,belakang pasar besar TTDI tempat pot biasa saya lepak dengan member2 layan shisha.Stall shisha belakang tu kepunyaan anak pada pelakon veteran Normah Damanhuri.So,semasa tu Saudara Harizon datang bersama dengan seorang lagi sahabat yang saya kenal dari Fb namanya Faizal Osman yang juga bersemangat juang yang sama.Saya memang sebenarnya tak suka nak jumpa sebarangan orang sebab saya tak suka orang jenis yang mengarut merapu semua ni.Jadi saya percaya pada Firasat saya mengatakan mereka ini insan yang baik2.Tapi sebenarnya takut jugak saya nak jumpa si harizon ni pada mulanya sebab takut kena gossip atau orang salah sangka bukan2 sebab dia ni seorang pemuda yang segak dan tampan , wal hal niat hati saya bukan sebab muka dia ke apa..sebab personaliti dan semangat juang beliau yang sama yang menyebabkan saya tertarik untuk bertemu dan berkongsi ilmu sebagai saudara sesama islam dan atas dasar sialturahim yang ikhlas .Bila fikir balik,pergi mampus la orang nak cakap apa pun , JANJI ALLAH S.W.T. tahu sudahla..

Jadi,pertemuan kami pada mulanya banyak kami berkongsi ilmu bukan saja kebatinan,malah juga ilmu ketuhanan.Sebab matlamat hidup kita ialah kerana ALLAH SWT .Mesti ramai nak yang tergelak besar sebab saya cakap macam ni kan ? yelah,saya tahu sebab saya ni jahil dan telah dihukum oleh banyak pihak dengan kata kata yang seumpama syurga neraka saya ditentukan oleh manusia..Wal hal ALLAH ialah MALIKIYAU MIDDIN dan mereka lupa akan itu :-) .Biarlah ,asalkan mereka2 itu bahagia.Pada malam itu tergerak lah hati saya untuk sampaikan sesuatu rahsia ilmu yang tidak ramai orang saya boleh beritahu kerana hanya insan2 yang terpilih dan saya percayai saja akan saya beri mereka pengetahuan itu.Dan alhamdulillah,saya merasakan beliaulah orangnya salah satu yang terpilih.Saya ni bukan jenis manusia yang taksub pada JIN , saya akan mulakan menyeru nama ALLAH terlebih dahulu dan mohon gerak darinya.Bukan dari makhluk halus atau ghaib sebab itu akan jadi syirik sebab meminta tolong selain dari ALLAH SWT.Ramai yang suka buat tafsiran tanpa ilmu.

Jadi,setelah apa yang dah diamanatkan pada beliau dari saya , beliau telah sampaikan amanat itu kepada mereka mereka yang berkenaan kepada hulubalang melayu dan semestinya mereka itu dari ahli ahli utama.Jadi dengan mengikut gerak hati yang ditentukan oleh yang maha kuasa,Pada malam pertemuan itu , saya memberitahu mereka bahawa saya mahu membawa mereka bertemu dengan Orang besar 16 negeri perak darul ridzuan , Iaitu Toh Seri Wangsa yang sudah pun berumur 87 tahun.Beliau telah berkhidmat dengan 3 orang Sultan perak iaitu bermula dari Almarhum Sultan Yusoff ,Almarhum Sultan idris iaitu ayahnda saya dan juga sekarang Sultan Azlan Shah.Pak tok ni banyak tahu adat istiadat dan pantang larang orang2 melayu secara traditional terutamanya hal ehwal istiadat diraja melayu.

Jadi 24hb Febuari kami pun bertolaklah dari KL ke Ipoh dan agak lewatlah juga kami gerak kerana seperti biasala ada yang terlambat,dan harizon datang bersama adiknya ambil saya dirumah dan yang lainnya kami berjumpa di highway . Agak lambat la juga kami sampai kuala kangsar and nak dijadikan cerita lupa pulak yang hari tu hari le tour de langkawi dan hotel semua penuh..LOL..! terpaksa lah saya tidur hotel biasa mana entah kat Ku Inn hotel rasanya nama hotel tu setelah jenush kami ronda kat kuala tapi itu jer ada..Sangat lucu hahahah..Semua hotel yang elok tambah2 lagi rest house kuala kangsar penuh.Belasah jer la kan,janji boleh tidur and ada tempat solat.

Makam Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah
(Sultan Perak ke 33 / Sultan idris II)
Hulubalang Melayu bergambar di Hadapan Makam Diraja Kuala Kangsar

Dalam pukul 10 pagi macam tu kami pun mula gerak dari hotel dan sarapan di perkarangan Istana Kuning yang dijadikan Muzium itu.Selepas itu kami semua mula menziarahi makam2 diraja terpilih dengan berzikirullah serta dengan bacaan ayat ayat suci ALLAH bermula di makam Almarhum Sultan idris Murshidul Azam Shah (Sultan idris 1) iaitu moyang saya, Makam Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah (Nenda saya) , Makam Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah (Ayahnda saya) , Makam Almarhum Syeikh Raja Ashman Sultan Azlan Shah dan juga Makam Almarhum Raja Alang Iskandar (Kekanda saya dari berlainan ibu).

Selepas selesai bacaan tahlil semua selsai kami bergerak ke rumah Pembesar negeri perak yang saya kasihi,Toh seri wangsa untuk menemukan mereka dan beliau.Turut menemani saya ialah kekanda angkat saya panglima silat gayong Malaysia yang datang dari taiping atas permintaan saya.



Banyak yang mereka telah belajar ilmu dari orang lama seperti pak tok dan disana pak tok pun terangkanlah cara bersiram panglima dengan beradat dan bagaimana pakaian panglima melayu secara batin dan maaf saya tidak boleh nak terangkan semua secara terperinci kerana sesetengah itu biarlah kami menyimpannya sebagai rahsia diri yang tidak sesuai untuk dikongsikan untuk semua demi mengelakkan dari salah tafsir.Tetapi boleh dikatakan pertemuan kami ni agak pilu dan tersentuh apabila melihat pak tok yang seperti sebak menerima kunjungan kami .Saya dah biasa tengok pak tok tapi saya tak pernah tengok pak tok sebab sampai sebegitu rupa..Seperti memang terasa ikatan silaturahim tu sungguh ikhlas dan memang sebaklah..panglima2 tu pun yang jenis muka ketat pun nampak sebak hahahahah...

Selepas selesai semua upacara istiadat yang telah disempurnakan , Jadi kami semua bertolak ke kampung Temong untuk menziarahi makam Tok Temong empunya negeri Perak Darul Ridzuan yang asal..


Sampai saja di makam,saya mulakan dulu dengan bacaan surah al fatihah dan ayat ayat suci ALLAH SWT untuk dipanjangkan pahalanya buat Tok Temong.Saya berasa sangat gembira kerana hajat saya untuk bawa hulubalang2 menziarahi makam ini berjalan dengan lancar atas izin yang maha kuasa dan ia berjalan teratur dan tertib seperti yang saya mahukan.Selepas chapter pertama selesai , kami turun di tebing sungai perak yang terletak dibawah kawasan makam tok temong.Best tengok yang lain mandi manda tapi saya tak boleh la kan,pakai jubah pulak tu hahahah..Kalau ikutkan kepala sewel ni,mahu terjun dengan selamBa hahaha.





Selepas selesai bermandi manda diorang di bawah , Sementara nak baca yasin balik di makam Tok Temong ,Dekat tebing tu ada pondok kecik atas pokok , best hehehe...tapi boleh sorang dua jer la naik kan,Saya pun ambil kesempatan kat situ untuk solat asar.Seronok solat kat situ sebab tenang jer..Maklumlah kawasan pendalaman dan tepi sungai.,Rasa klasik gitu hehe..Saya gembira sebab saya dapat ambil wudhuk dekat tebing tu yang batunya terbelah dipercayai Sultan Muzaffar Shah menggunakan pedangnya pasal apa saya terlupa la sebab waris tok temnong yang ceritakan pada saya ketika itu kat sana.Bukan la nak percaya taksub ke apa kan,saja ambil wudhuk kat situ ambik berkat.Apapun semua ketentuan ALLAH SWT.Dan buat pertama kalinya juga semasa itu datanglah Daeng Haabeb itu Syeikh Muda ahli tarikat naqsybandi iaitu anak didik Almarhum Syeikh Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah yang memang dah lama saya nak ketemu sangat dan kedatangan beliau ialah untuk turut serta majlis Zikirullah kami di makam tok temong kerana beliau juga warisannya.Dan saya paling sebak sekali sebab beliau hadiahkan saya air dari bekas minuman Nabi Muhammad S.A.W. yang juga air itu direndam dengan rambut rasulullah S.A.W. yang beliau dapati dari guru bagi President negara chechnya..Haaa ni video saya tunjuk kat bawah...Air yang beliau bagi tu dari bekas inilah kerana guru beliau itu juga adalah guru bagi president ini.Mashaallah..ALANGKAH BERTUAHNYA RASA DIRI YANG JAHIL NI APABILA DAPAT Kurniaan begini dari ALLAH S.W.T... 



Mula mula saya nampak seseorang share video ini kat facebook and lepas tu saya pun tulis kat situ,ALANGKAH bertuahnya kalau dapat merasa seperti yang mereka rasa..Sebab itu bekas Rasulullah S.A.W. kekasih ALLAH..Tiba2 daeng habeeb ni cakap beliau ada air tu kerana guru president itu ialah guru bagi beliau juga dan beliau berhajat nak hadiahkan saya air dari bekas itu.Mahu saya tak menangis ? menangis gembira....SYKUR sangat sangat...Dan Air yang beliau telah bubuhkan dalam bekas mineral itu diserahkannya didepan Makam Tok Temong dan saya hanya menadah tangan kelangit tanda syukur saya kepada ALLAH dan terima kasih saya tak terhingga kepada Rasululullah kerana rupa rupanya doa yang saya hadiahkan didengari baginda.Adoii sebak :-( saya ni jahil....tapi ALLAH maha baik....Saya juga bagi setiap hulubalang melayu dan yang ada disitu merasa air tersebut kerana bukan rezeki saya seorang saja.Ia untuk dikongsi mnemang kebetulan rezeki Mereka dan saya juga.



Baiklah,sambung balik cerita..Saya dan hulubalang melayu yang lain mulakanlah membaca zikirullah dan majlis bermula dengan diketuai oleh Syeikh Syahmi an Naqsybandi.



Selepas selesai bacaan dari beliau , gang dari hulubalang melayu pula teruskan dengan bacaan doa,zikirlullah serta tahlil , yasin dan doa..Selepas selesai semua urusan,kami pun pulanglah ke kuala lumpur dan singgah makan dulu sebelum pulang di gerai ayah saudara syekih habeeb.Tetapi apa yang saya bersyukur sangat ialah perjalanan kami berjalan sangat lancar dan sempurna seperti dirancang.Terima kasih ya ALLAH dan yang paling saya gembira ialah saya dapat merasa air dari bekas Nabi Muhammad S.A.W. itu sendiri yang telah direndam dari helaian rambut baginda.SUNGGUH BESAR ANUGERAH ALLAH PADA HAMBA YANG HINA INI :-( , Bila ingat balik dosa dosa diri sendiri,menangis sebab mengenangkan ALLAH maha baik..! Hmmmm sebak terus rasa....apapun,bersangka baiklah terhadap ALLAH walau siapa pun kita..Saddakallah hul azim...Saya ni bukan orang alim atau pun katogeri ulama,saya jahil dan masih banyak yang perlu belajar perbetulkan diri..Tapi walau apa pun kita,Sujudlah pada ALLAH SWT dengan bersolat..jangan sombong....!!!

BISMILLAH HIRROHMA NIRROHHIM AL FATIHAH BUAT 

NABI JUNJUNGAN BESAR , NABI MUHAMMAD S.A.W.
RASUL RASUL ALLAH SWT
ALMARHUM AYAHNDA DAN BONDAKU
WALI WALI ALLAH S.W.T. SERTA PEJUANG2 FISABILILLAH
PARA2 ALMARHUM ULUL AMRI / SULTAN SULTAN / RATU RATU
PARA2 MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG HIDUP DAN YANG MENINGGAL DUNIA...

ALLAH HU AKHBAR3X





6 comments:

  1. Memang bertuah jumpa orang2 lama tambahan pula orang besar istana. Adat dan adab melayu dahulukala ramai orang sekarang tak tahu. Belum kesempatan pula saya nak pergi menziarahi Makam Tok Temong. Mungkin suatu hari nanti, insyaAllah.

    Alang
    Keturunan Tun Saban Balik

    ReplyDelete
  2. sallam,

    can you explain about 'Rahsia Nisab Sultan" sorry out of topic... but if you knew about it. thanks a lot.

    ReplyDelete