Tuesday, August 26, 2014

Pertubuhan kerabat pusaka merong wangsa Malaysia dimataku..

Assalamualaikum semua ,
sudah lama sangat saya tidak update kan ?
Baru tahu boleh rupanya update blogs melalui telefon dan apa lagi ? download terus la melaluI application kan...

Semenjak saya diangkat sebagai Penaung diraja oleh Pertubuhan kerabat pusaka merong wangsa Malaysia pada tahun ini , saya boleh dikatakan akan selalu sibuk dan mula aktif kembali dengan program2 yang di Jalankan...

semasa saya sedang menaip sekarang ni , saya sedang dalam perjalanan pulang ke kota kuala lumpur dari gurun kedah setelah selesai menghadirkan diri untuk mesyuarat pertubuhan bagi melantik ahli2 jawatankuasa di setiap negeri / daerah masing2 bagi menjalankan tugasan masing2 sebagai ahli berdaftar yang dianjurkan oleh pengasas iaitu Yang Dimuliakan Paduka Abdul Ghapar ( Abang Jebat ) Bin Dato Raja Abdul Majid..Beliau juga bekas juara dunia 5 kali dalam dunia persilatan dan beliau adalah anakda kepada pengasas mahaguru silat tersohor dalam negara dari Aliran Pusaka Gayong Malaysia dimana Almarhum ayahnda saya "Almarhum Sultan Idris Shah II" masih lagi dianggap dan diangkat mereka sebagai Penaung Teragong Gayong Malaysia...Alhamdulillah ia satu penghormatan..

Ramai yang tertanya tanya pada saya , Kenapa saya memilih / berkenan menerima diangkat mereka (Pertubuhan kerabat pusaka merong wangsa Malaysia) sebagai Penaung diraja ??? Saya sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana sebab nama MERONG MAHAWANGSA itu sahaja adalah satu mama besar dalam dunia sejarah ketamadunan melayu iaitu seorang Raja besar yang pertama kali mengislamkan diri baginda dan bagi saya , baginda adalah sesuatu lambang semangat juang serta sedikit sebanyak menjadi inspirasi pada saya....

Dan sejujurnya saya telah banyak perhatikan atau menhadiri jemputan dari majlis2 ngo pertubuhan melayu yang lain tetapi ada sesuatu yang saya jarang nampak pada ahli jemaah lain yang ada pada Merong ..apakah itu ??? jawapan saya ialah : KASIH SAYANG SERTA SIKAP RENDAH DIRI ANTARA SATU SAMA LAIN SERTA SIKAP HORMAT MENGHORMATI TERHADAP AHLI YANG BUKAN DARI KALANGAN MELAYU ATAU ISLAM....MEMANG JELAS BOLEH RASAI PERASAAN KASIH SAYANG SERTA HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN TIDAK MENGIRA BANGSA DAN AGAMA SETIAP KALI BERHIMPUN....setakat ini saya belum pernah lihat ada dikalangan sesama sendiri nak tunjuk siapa besar , siapa kaya dan berpengaruh sebagainya....itu yang membuatkan saya senang sekali....Tapi saya tidaklah bermaksud yang pertubuhan lain tak bagus seumpamanya ..cuma saya hanya dapat rasa kesemua itu ada dalam keluarga pertubuhan meronh wangsa yang dimana sekarang dibawah naungan diraja saya Alhamdulillah....

Semenjak saya bersama mereka , dimana acara rasmi yang saya hadiri sebagai tetamu diraja utama / tetamu kehormat etc...saya lebih selesa dikenali sebagai Penaung diraja PKPMWM...Saya dari lubuk hati yang ikhlas serta penuh dengan azam kasih sayang sangat berharap dam bercita cita untuk membawa nama pertubuhan ini sebagai satu pertubuhan yang gah dengan sikap positif dalam semua perkara dengan usahasama bersama tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa...saya percaya asalkan jika semua jemaah bersatu hati dengan sikap hormat menghormati antara satu sama lain dengan izin yang maha kuasa , pasti kebaikan hasilnya ....ASALKAN IKHLAS DENGAN KEJUJURAN TANPA ADA KEPENTINGAN PERIBADI ...

To be continued ..
KuEss Idris


4 comments:

  1. Salam Sri Paduka Diraja,

    Hamba patik bersyukur ke hadrat Allah SWT krna dgn limpah kurnia dn syafaat NYA di naungi nya hamba patik sakalian nya Merong Wangsa oleh saorang anak raja yg jiwa zahir batin nya rakyat semata, maka Insyaa Allah akan terpelihara lah nama nya PKPMWM di bawah payungan nya YDM Ku... aamiin

    ReplyDelete
  2. Salam YM Kuess..,
    Patik yang merupakan pemegang wasilah ke 8 Panglima Merongwangsa susurgalur Panglima Choh (Harimau Kumbang) berkhidmat sebagai panglima kanan Raja Merongwangsa ingin bertanya apakah perbezaan keturunan raja merongwangsa dengan kerabat Nai Long Mezlan yang memberi tauliah juga mengatakan mereka berasal dari keturunan tersebut serta pemegang kuasa untuk kerajaan Kedah Tua.Juga tuntutan mereka kepada Sultan Idris Shah diatas kerajaan Perak terdahulu.

    ReplyDelete
  3. Salam YM Kuess
    Patik merupakan pemegang wasilah ke8 Panglima Raja Merongwangsa Tok Choh atau panglima choh harimau kumbang yang berkhidmat sebagai panglima kanan merongwangsa ingin bertanya perbezaan PKPMWM dan Kerabat Nai Long Mezlan yg juga mendakwa mewarisi salasilah Raja Merongwansa tetapi menuntut Perak dari Almarhum Ayahanda DYTM Sultan Idris takhta berkenaan? Malah turut memberi tauliah pembesar kedah pada yg berkenaan dengan pelbagai bayaran.

    ReplyDelete