Sunday, September 7, 2014

Keris Pusaka berbunyi Nobat

Pada 21 August 2014 , saya pun tidak mengerti kenapa saya bangun2 dari beradu terus saya sms seseorang yang bernama adaha untuk sampaikan pada pengasas dan president PKPMWM bahawa saya sebagai Penaung diraja PKPMWM ingin menabalkan panglima berdua itu dengan gelaran yang tiba2 terlintas secara spontan dalam minda saya melalui gerak hati....Untuk Pengasas , Yang Dimuliakan Paduka Abdul Ghapar ( Abang Jebat ) Bin Dato Raja Abdul Majid Saya tabalkan beliau sebagai DATO PADUKA TUAN MAHARAJA DIRAJA WANGSA  dan untuk President Yang Dimuliakan Paduka Tuah (Abang Tuah ) bin Dato Raja Abdul Majid saya tabalkan sebagai DATO PADUKA SETIA MAHARAJA WANGSA ..
Tuan adaha agaknya pelik dan hairan kenapa tiba2 saja saya bertindak begitu, bukan dia jer hairan..saya sendiri pun pelik...AKU NI DAH BUANG TEBIAT KE APA hahahah....dan yang lagi saya pelik ialah saya perintahkan mereka supaya SAYA MAHU KERIS SIMPANAN ABANG JEBAT untuk digunakan semasa pertabalan , dan saya sendiri pada masa itu tidak tahu keris apa yang saya nak...cuma gerak firasat hati saja berkehendak begitu..Pelik kan ? Sampai saya sorang2 fikir "AKU NI BANYAK TENGOK DVD KE SAMPAI JADI GINI ? " ahahah sebab saya ni jenis jarang sangat tengok tv...oklah saya pun malas nak cerita secara terperinci details sangat nanti korang bosan nak baca...
Haa beberapa hari kemudian sampailah saya di gurun kedah , di pusat gelanggang pusaka gayong malaysia sekaligus office pertubuhan pusaka merong wangsa untuk mesyuarat pertubuhan bagi melantik ajk2 terbaru yang dipilih pengasas....disebabkan saya sayang keluarga merong, saya datanglah jugak walau saya terpaksa tolak beberapa jemputan diraja...dan semasa saya borak dekat office, abang tuah bawak keris dan tanya inikah keris yang saya nak ? dan begitu juga dengan abang bat....dan bila beliau tunjuk saja keris itu saya terasa seumpama apa yang saya mahu selama ini saya jumpa dan tak tahu nak cakap bagaimana rasa kasihnya saya pada keris itu....dan abang bat amanahkan serta serahkan pada saya untuk saya jaga...dan tak lama selepas itu beliau bercerita "BUNYI NOBAT ENTAH DARI MANA DATANG SEMASA MEREKA DIGUNUNG JERAI, KUAT DAN BISING KATANYA SEBELUM SAYA MINTA KERIS ITU" dan setelah mereka dapat tahu yang saya berkeinginkan keris itu...baru mereka faham kenapa nobat berbunyi di gunung jerai...Pelik kan ? macam cerita rekaan jer dan rasa macam tahyul pun ada  tapi itulah kenyataan..DEMI ALLAH DAN RASUL benar belaka ...dan abang bat hairan dan tanya adaha...MANA ENGKU TAHU ADA KERIS ? hahaha saya sendiri pun hairan...baik jangan tanya...heheheh....
Semasa waktu hening pagi dalam sekitar 3 4 pagi rasanya...mereka dan rombongan merong datang naik ke gunung jerai untuk acara pertabalan dan saya memang menginap di resort gunung jerai malam tu....dan kami ramai2 ke telaga tok sheikh dan memang gelap la...tapi Wallah hi saya tak rasa seram atau takut sebab saya suka sangat dikawasan itu...tak tahu kenapa...dan kami duduk di satu tempat disitu zikirullah dan pujian2 buat Allah dan rasul dan baru lepas itu saya mulakan...syarat nya hanya saya perlukan Air mawar, pulut kuning dan juga kain kuning sebagai tanda saja....ehh mesti nak cakap jamu jin bagai kan ?? hahahahah jangan cepat melatah...pulut tu kami semua bedal la lepas tu hahhahaha...abang bat yang over makan banyak heheheh....air mawar sedikit saya sapu pada keris masa pertabalan dan selebihnya saya ambil dan saya gunakan ketika solat....selepas ambil wudhuk bagai setiap kali nak solat saya akan sapukan pada jubah dan kulit supaya solat dalam keadaan wangi .....dan majlis itu dalam 30 org saksi kalau tak silap...
Begitulah ceritanya, malas nak tulis panjang sebab bosan pulak korang nak baca....haaa yang paling sukar org nak terima akal kalau saya tulis ini ialah ada beberapa orang nampak selepas pertabalan itu ada munculnya bintang nabi sulaiman dilangit dan yang tunjuk pada saya masa tu seorang ustad, selepas itu pula naga bersisik emas seperti mana terukir dikeris yang diserahkan pada saya itu mengikuti abang bat...lantak koranglah nak cakap saya tahyul ke apa...Tapi segalanya, Allah maha melihat...:-)
 itu saja coretan saya kali ini, saya tak tahu mengapa saya sangat sayang dan kasih pada Pertubuhan kerabat pusaka merong wangsa Malaysia ini....seperti nama itu sebati dengan jiwa saya dan saya rasa kasih sayang yang mesra bersama keluarga merong bila bersama.....Sebagai Penaung diraja PKPMWM , saya amat berharap supaya ahli2 jemaah dibawah naungan saya dapatlah bersatu padu hormat berkasih sayang tanpa mengira darjat dan agama mahupun bangsa....dan istimewanya merong ialah ia terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta kami semua amalkan kerharmonian walaupun ada sikit krisis dalaman berlaku, biasalah kan...adat didunia !! Tapi ? tak pernah la pulak sampai tahap bertumbuk dan berbunuh sesama kami kerana ...janji2 kami adalah menyelsaikan sesuatu perkara dengan baik....
sekian untuk entry kali ini..nanti saya update lagi ok ? in shaa allah. ..

1 comment: