Thursday, February 14, 2013

Srikandi Lianpadukan Bertemu Royal Beauty Boxer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH S.W.T. Kerana sampai juga hajat hati saya untuk bertemu dengan srikandi Lianpadukan yang saya hormati dan kagumi iaitu seorang mualaf yang bernama Srikandi Nurhijrah pada 13-2-2013 mashaallah..Best sangat2


Saya sungguh kagum dengan wanita ini dan sedikit sebanyak menjadikan beliau sebagai ikon contoh teladan yang baik buat diri saya dengan kisah kehidupan yang beliau lalui sebagai seorang mualaf dan pengalamannya.Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya hati saya dapat bertemu dengan beliau kerana memang hajat dihati ingin bertemu wanita muslimah ini.Alhamdulillah ALLAH telah sampaikan hajat hati saya..Terima kasih ya Allah....Apapun sedikit sebanyak kami tadi banyak berkongsi ilmu dalam seni pertahanan diri dan juga mendalami perihal Agama Islam...Beliau seorang yang berfikiran terbuka dan memang POSITIVE selalu...Semoga ALLAH S.W.T. Permudahkan perjalanan hidup beliau sekeluarga sehingga ke alam Syurga..Amin Ya Allah..Oh ,apapun tadi kami ada berlatih dan sparing persahabatan teknik pukulan sebagainya...memang AWESOME...nanti kalau dah siap VIDEO kami...saya share dengan semua ek..Muahhhh Assalamaualikum dan salam sejahtera Malaysia...

2 comments: