Friday, February 1, 2013

Muhammad Ali Yaakub Juara lagi ..!!





Well,entry saya kali ini mengisahkan seorang peninju tomoi yang memang tengah top dan diminati ramai kat Malaysia ni,saya sendiri pun meminati beliau..Beliau juga dikenali dengan gelaran THE HANDSOME WARRIOR Ali Yaakub Katogeri 57 KG Peninju Tomoi No1 Terbaik dalam MALAYSIA dan memang handsome orangnya pun ,Cuma sayang kurang ketinggian jer...kalau tak !! dah lama ambik dia jadikan model sebab tubuh badan dia pun kemas , heheh jangan marah Ali ..Beliau pernah dipilih team Elite Boxing Malaysia (saya sebagai Penasihat Diraja) untuk wakili Malaysia bagi menentang Peninju thailand di Event kami THAILAND VS ASIA 2012 yang berlangsung hari itu di Sunway Pyramid Convention Centre pada 9 Oktober 2012 . Ketika itu ada tiga orang Peninju dari Malaysia dan dua lagi dari negara Iran serta china yang menentang Peninju dari thailand dan Alhamdulillah hanya ALI seorang sahaja yang berjaya bergelar JUARA ketika itu menentang negara Thailand..di bawah ini saya selitkan sikit videography beliau yang di buat oleh Elite Boxing untuk tujuan promosi



Alhamdulillah beliau telah MENGHARUMKAN nama MALAYSIA dengan kejayaan masa itu dan selaku penaung dan penasihat Diraja bagi Elite Boxing Malaysia , semestilah saya gembira dan berbangga sekali ketika itu.Tapi tak bermaksud saya tidak berbangga dengan dua orang lagi peserta ..Mereka juga hebat tetapi rezeki memihak kepada Ali pada malam itu..Alhamdulillah..

ketika sampaikan sijil kemenangan kepada beliau di sunway pyramid convention centre 9 /10/12 sebagai
Penaung Diraja bagi THAILAND VS ASIA 2012


27-1-2013 ketika menyaksikan Perak Amanjaya Muaythai 

Kali ini juga pada 27-01-2013 alhamdulillah sekali lagi beliau telah bergelar juara tapi kali ini untuk Perak Amanjaya Muaythai International Challenge anjuran Pemuda BN Perak di stadium indera mulia,Ipoh .Saya hadiri event tersebut tiada kena mengena atas dasar semnagat politik ke apa , SAYA NEUTRAL.!! saya hadir sebagai penyokong bagi peninju2 negara kita yang bertanding dan juga semangat sebagai seorang FIGHTER MUAYTHAI..saya lupalah di amenang menentang peninju negara mana..Tapi beliau lawan dua kali..Dan akhirnya KEMENANGAN berpihak kepadanya dan sekaligus.Memang beliau berlawan habis habisan dan akhirnya usaha beliau tidak sia sia..Selama saya mengenali beliau , Beliau memang sangat rajin berlatih berusaha dan memang layaklah kemenangan miliknya...


Kemenangan beliau sekali Lagi Membuatkan kami warganegara MALAYSIA merasa amat berbangga..Alhamdulillah,hasil usaha anak kelahiran terengganu ni memang berjaya dan untuk pengetahuan yang tidak tahu.Beliau juga adalah ketua pasukan bagi Muay thai Malaysia bagi peninju2 di Malaysia kalau tidak silap saya lah.

gambar kenangan bersama beliau di stadium indera mulia , ipoh bertarikh 27-1-2013

Kepada Muhammad Ali Yaakub,saya sentiasa doakan kejayaan buat beliau dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang Muaythai di persada antarabangsa dan saya juga bersyukur kerana Muaythai juga telah mendapat tempat di tanah air kita dan telah diberi perhatian oleh pihak Kerajaan..Sebagai salah seorang Peninju Muaythai/Tomoi dalam negara...Saya bangga dengan pencapaian ANAK MALAYSIA dalam bidang ini..SYABAS DAN MALAYSIA BOLEH..!!!

1 comment: